Tuesday, 24 October 2017

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat pembaca setia Lady S. Apa khabar semua? Harap semuanya berada dalam kesihatan yang baik baik aje ye 😊 Memandangkan sekarang sudah masuk fasa hujung tahun, pastinya ramai adik adik yang bakal menduduki peperiksaan tak lama lagi kan? Lady S dapat tahu juga yang tak lama lagi dah musim SPM 😊

Jadi hari ni Lady S nak share la sedikit tips bagi adik adik yang bakal nak exam tu boleh bersedia dengan jayanya supaya nanti bila dapat kertas periksa boleh jawab dengan baik. Haa gituu… jadi tanpa perlu Lady S celoteh panjang jom kita tengok apakah 7 tips tersebut.


1) SEMAK JADUAL

Sebelum peperiksaan berlangsung, para pelajar kebiasaannya akan dibekalkan dengan jadual peperiksaan. Adalah sangat penting untuk setiap pelajar menitik beratkan kandungan jadual peperiksaan tersebut. Ini kerana ia akan memudahkan para pelajar untuk merangka perjalanan ulangkaji. Matapelajaran mana yang perlu diutamakan. 

Antara tips yang boleh Lady S berikan ialah mulakan ulangkaji bagi kertas peperiksaan yang terakhir. Ini kerana kebiasaannya apabila tiba minggu peperiksaan pelajar akan mengulangkaji matapelajaran yang bakal diduduki pada hari pertama dan seterusnya.

Ini juga bermakna anda telah membuat ulangkaji yang menyeluruh jika anda dahulukan dengan kertas terakhir dan diakhiri dengan kertas yang pertama. 


2) KUNCI PEPERIKSAAN

Untuk kita menjadi seorang yang Berjaya, kita hendaklah mengetahui tujuan dank unci sesuatu yang kita lakukan. Contohnya dalam menghadapi peperiksaan kuncinya adalah usaha yang berterusan. Ulangkaji dan latihan yang dibuat secara berterusan menjadikan seseorang pelajar itu bersedia sepenuhnya dan boleh mengelak diri dari terlupa fakta bagi menjawab soalan. 

Justeru, para pelajar dinasihatkan untuk tidak jemu dan putus asa dalam mengulangkaji. Usaha yang berterusan setiap hari meskipun sedikit in shaa Allah akan membawa hasil yang baik. 


3) TENTUKAN KEUTAMAAN

Sekiranya seseorang pelajar merasa kurang yakin akan kebolehannya menguasai sesuatu subjek, maka pelajar tersebut perlulah mengutamakan subjek dan kemahiran yang kurang dikuasainya itu. Tahu kemampuan dan kebolehan diri dalam meletakkan keutamaan untuk mengulangkaji. 

Para pelajar tidak digalakkan untuk melebihkan mata pelajaran yang digemari sahaja. Ini kerana system peperiksaan di Malaysia membabitkan semua mata pelajaran yang dipelajari di sekolah bukan mengikut kepada minat pelajar sahaja. Justeru, para pelajar perlu bersedia untuk menguasai semua mata pelajaran yang ditetapkan oleh KPM.   



4) MENGINGAT DAN MEMBUAT KAITAN

Apabila menghadapi peperiksaan, mengingat fakta dan formula adalah antara kunci untuk menjawab soalan dengan baik. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh para pelajar dalam membantu untuk mengingat dan membuat kaitan. Contohnya penggunaan mindmap, nota ringkas dan sebagainya. Belajar dan mengulangkaji secara berulangan juga mampu mengasah kemahiran mengingat dan membuat kaitan.

Apapun cara yang digunakan adalah mengikut citarasa anda. Apa yang penting ialah cara tersebut membantu anda dalam mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan. 



5) ELAKKAN AKTIVITI SIA-SIA
Pelajar memerlukan fokus yang tinggi dalam menghadapi peperiksaan. Justeru, para pelajar disarankan untuk menjauhkan diri dari aktiviti yang tidak baik agar kesihatan fizikal dan mental sentiasa berada dalam keadaan yang baik. 

Dalam menghadapi peperiksaan juga, para pelajar akan berdepan dengan pelbagai dugaan. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, sentiasalah berbincang dengan yang lebih mengetahui seperti ibu bapa dan guru. Juga perlu bagi setiap pelajar untuk bersedia dengan pelbagai dugaan yang diterima. Sentiasalah berdoa kepada tuhan agar diberikan kesenangan dan kemudahan dalam menghadapi peperiksaan 😊


6) PERSIAPAN TERANCANG

Terdapat tiga perkara yang boleh dipraktikkan oleh para pelajar dalam menghadapi pepriksaan. Tiga perkara tersebut mampu mebantu para pelajar untuk bersiap sedia menghadapi peperiksaan.

  • Semakin mendekat hari peperiksaan, pelajar perlu lebih berusaha dan semangat untuk membuat latihan secara beterusan. Bukan hanya bergantung kepada latihan yang diberikan oleh guru di sekolah. Pelajar perlulah mencari inisiatif sendiri mencari buku latihan. Minta pada ibu bapa untuk bekalkan buku latihan tertentu supaya ulangkaji dapat dilakukan secara berterusan. 
  • Latih diri anda untuk sentiasa bangun awal pagi. Ini supaya anda boleh bangun awal dan bersiap sedia pada hari peperiksaan. Bangun awal, bersiap awal dan bolehlah ke sekolah dengan lebih awal. Jika anda terlewat bangun, dikhuatiri anda tergesa-gesa untuk bersiap sehingga ada perkara yang tertinggal di rumah seperti slip masuk dewan periksa, alat tulis dan lain-lain. Juga, jika ada terlewat anda mungkin akan menjawab periksa dengan perut kosong!
  • Terkahir, selesai peperiksaan berlangsung jangan anda terus berbincang dengan rakan-rakan mengenai soalan yang sudah dijawab. Berikan anda masa untuk bertenang dan habiskan semua kertas periksa terlebih dahulu. Ini bagi mengelakkan anda rasa kurang yakin untuk meneruskan peperiksaan sekiranya anda mendapati anda bakal mendapat keputusan yang kurang memuaskan.


7) DOA DAN TAWAKAL

Selesai musim peperiksaan, anda yakinlah diri anda akan berjaya. Jangan anda ragui kebolehan dan kemampuan diri. Sentiasalah berdoa dan bertawakkal kepada Allah agar diberikan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Anda telah habiskan bahagian anda untuk berusaha dan menjawab peperiksaan. Selebihnya, rezeki kejayaan adalah ketentuan tuhan.



Semoga perkongsian Lady S kali ini sedikit sebanyak memberi kesan positif kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi 😊 doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal lah kepada yang Maha Memberi Rezeki agar dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat.



Salam sayang,
Lady S

No comments:

Post a Comment