Assalamualaikum wbt dan apa khabar semua? Lady S harap semua dalam keadaan sihat dan bahagia di samping keluarga tersayang ya. Haaa dengar kata ramai yg bakal dapat bonus selepas Perdana Menteri kita bentangkan Budget 2018 semalam. Wah!! Pasti senyum lebar semua kan hari ini?
Da dapat bonus, jangan lupa menyimpan ya darling2 semua… Kita tidak tahu bila kesusahan akan dtg ke kita. Lebih baik kita menyimpan dari sekarang. Betul ke tidak? 😊
Haa, hari ini, Lady S nak share sikit pasal mcm mana nak uruskan kewangan peribadi kita. Ingat ya, tanpa pengurusan kewangan yg betul, wang yg tinggi melangit pun boleh habis. 😊
Jadi dibawah ini Lady S nak share sikit tips2nya, 😉
1. Simpan 10%-30% daripada gaji bulanan
Lady S percaya, semua pembaca blog Lady S semua sudah mempunyai gaji bulanan kan? Jadi, Lady S ingin nasihatkan , selepas mendapat gaji, asingkan siap2 untuk simpanan. Dan duit simpanan itu jangan usik kecuali ada hal2 kecemasan yg berlaku. 😊
2. Membayar komitment
Selepas selesai asingkan gaji bulanan, baru laa kita boleh membayar segala komitment yg perlu kita bayar setiap bulan. Seperti bill elektrik, bill air, bill telefon dan sebagainya. Seeloknya, jadikan amalan untuk membayar komitment tepat pada waktunya. Untuk mengelakkan iaanya menjadi satu bebanan pada bulan akan dtg.
3. Belanja mengikut keperluan bukan kehendak
Lady S ingin nasihatkan supaya berbelanja mengikut keperluan bukan mengikut kehendak semata-mata. Sebaiknya, jauh kan diri dari pergi ke tempat membeli –belah ataupun jauhkan diri daripada melayari website2 yg boleh cenderung untuk “online shopping”. Perkara ini membolehkan kita membelanja melebihi daripada sepatutnya dan akan menyebabkan istilah “TERBELI” sering terjadi.
4. Jangan lupa kepada kedua ibubapa
Kepada pembaca – pembaca blog Lady S yg masih mempunyai ibubapa, Lady S suka nak ingatkan, asingkan laa duit gaji kita setiap bulan untuk ibubapa kita. Sebaiknya bagi laa setiap seorang. Walaupun jumlah duit yg kita berikan kepada mereka tidak berapa banyak(walaupun sekadar RM50), tapi percayalah, ibubapa kita pasti akan berasa sangat gembira apabila anaknya memberikan nya duit poket. Jangan jadi kedekut dengan ibubapa kita. Ingatlaa tanpa keberkatan daripada ibubapa kita, gaji kita tinggi mana pun akan berasa tidak cukup jika kita sering melupakan ibubapa kita. 😊
5. Elakkan Pinjaman Peribadi
Usah buat pinjaman peribadi untuk kenduri kahwin. Apabila pinjam RM50K untuk kenduri kahwin, pasangan berkenaan melangkah ke alam rumahtangga dengan hutang. Apa guna jadi Raja Sehari kalau selepas itu kita jadi Hamba Hutang bertahun-tahun?
6. Elakkan Kad Kredit
Gunakan kad debit, elakkan kad kredit. Ia sama seperti bayar tunai, tak berhutang. Ada duit beli, tak ada duit tak perlu beli.
7. Bayar Semula Setiap Bulan
Kalau nak gunakan kad kredit, pastikan bayar balik penuh setiap bulan. Usah berhutang. Gunakan credit limit yang rendah, bergantung kepada keperluan dan kemampuan bayar. Ramai orang muflis kerana kad kredit. Kalau kita tak mampu bayar balik kesemua baki kad kredit setiap bulan, itu petanda kita sudah berbelanja di luar kemampuan.
8. Elakkan Buat Bisnes Bermusim
Usah habiskan duit untuk buat bisnes bermusim. Orang buat bisnes ikan keli dalam kanvas, kita pun nak buat bisnes ikan keli dalam kanvas. Orang tanam serai wangi, kita pun nak tanam serai wangi. Ramai yang habis wang tabungan (dan rugi) kerana buat bisnes bermusim.
9. Jangan Jadi Penjamin
Elakkan menjadi penjamin pinjaman walaupun kepada adik-beradik dan kawan-kawan terdekat sekiranya mereka tidak mampu. Buat penilaian, sekiranya anda percaya mereka tidak ada kemampuan bayar balik atau tidak ada disiplin kewangan, usah jadi penjamin. Ramai hadapi masalah kewangan kerana jadi penjamin kepada orang lain. Hidup jadi kacau-bilau kerana jadi penjamin orang lain.
10. Dapatkan Nasihat
Walau berapa pun gaji kita, pastikan ada simpanan. Mulakan dengan menyimpan 10% gaji bulanan dan tingkatkan jumlah tersebut dari semasa ke semasa. Ada banyak instrumen simpanan dan pelaburan yang ada. Dapatkan nasihat mereka yang ada ilmu dalam soal pengurusan kewangan peribadi.
Dalam pengurusan kewangan peribadi, ingat tiga perkara: “Ikat Perut, Usah Berhutang Dan Buat Simpanan”.
Semoga apa yg Lady S sharekan hari ini menjadi titik permulaan untuk kita semua , dapat menguruskan kewangan peribadi kita dengan betul.
Salam sayang
Lady S
No comments:
Post a Comment