Assalamualaikum semua. Apa khabar? Haaa… Mesti ada yang dah merindui celoteh Lady S kan? Jadi hari ini Lady S nak kongsikan 7 kebaikan chia seed yang awak-awak semua perlu tahu. Jika aada dalam kalangan pembaca yang masih belum mengenali chia seed ni, meh Lady S nak cerita sikit.
Chia Seed merupakan bijian organik yang berasal dari tumbuhan Salvia hisvanica yang kebiasaannya hidup di kawasan panas dan bergurun pasir seperti di negara Mexico, Amerika Latin. Sehingga kini, Chia Seed terkenal sebagai makanan bernutrisi tinggi untuk meningkatkan tenaga seharian. Sifatnya sebagai antioksidan yang aktif mampu menghindarkan kita dari kesan buruk akibat daripada radikal bebas.
Kandungan Omega-3 juga tinggi di dalam chia seed. Chia seed tidak mempunya sebarang rasa. Justeru, chia seed boleh diambil dengan makanan lain seperti oat, yogurt, salad, buah dan gandum tanpa menukar rasa makanan dan menjejaskan kandungan nutrien di dalamnya. Jika anda ingin campurkan sesudu chia seed ke dalam nasi yang hendak di tanak pun OK! Fyi, Lady S sendiri dah pernah cuba tau dan memang terbukti bagus untuk kesihatan 😊
Tanpa berlengah lagi jom kita lihat apakah 7 KHASIAT CHIA SEED yang Lady S dah ceritakan di atas :
1) Membantu mengurangkan berat badan
Chia seed sangat popular dijadikan sebagai agen menguruskan badan. Penggunaan chia seed mampu mengurangkan rasa lapar yang kerap dengan cara menghalang penyerapan makanan ke dalam sistem tubuh badan. Pembentungan penyerapan kalori ini menjadikan chia seed sangat berguna dalam membantu kita diet secara sempurna.
2) Menjadikan kita cepat kenyang
Chia seed juga membantu diet kita dengan cara menjadikan kita lebih cepat kenyang. Ini kerana, chia seed menyerap 10 kali berat badannya apabila dimasukkan ke dalam air, kemudian terbentuk menjadi gel yang besar.
3) Penghidratan untuk para atlet
Chia seed juga bagus untuk para atlet kerana “chia gel” yang terbentuk boleh membantu hidratkan tubuh badan.
4) Mengurangkan tekanan darah
Chia seed juga terbukti mampu mengurangkan tekanan darah. Jika anda mengalami tekanan darah tinggi, elok sangat untuk anda amalkan minuman chia seed ini!
5) Omega-3
Chia seed merupakan tumbuhan yang paling kaya dengan Omega-3 (Lemak penting yang melindungi daripada keradangan seperti arthritis dan penyakit jantung). Sebenarnya, kandungan Omega-3 di dalam chia seed jauh lebih banyak dari dalam ikan salmon.
6) Baik untuk pesakit diabetes
Oleh kerana sifat chia seed yang mampu mengurangkan kadar penukaran karbohidrat kepada simple sugars, kajian menunjukkan bahawa chia seed mampu mengawal kadar gula di dalam darah. Ini menjadikan para saintis percaya bahawasannya chia seed sangat bermanfaat untuk diamalkan oleh pesakit kencing manis.
7) Mudah dihadam
Chia seed jauh lebih mudah untuk dicerna oleh tubuh badan berbanding biji rami.
Kesimpulannya, penggunaan chia seed sangat bermanfaat untuk tubuh badan kita. Lady S sarankan kepada pembaca semua untuk mulakan meminum air yang mengandungi chia seed di dalamnya! Chia seed boleh dibeli secara online atau di supermarket berhampiran. Selamat mencuba! 😊
Salam sayang,
Lady S
No comments:
Post a Comment