Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua pembaca blog Lady S. Terima kasih tak terhingga sebab
tak pernah letih baca celoteh dari Lady S tau! Apa khabar semua? Rindu tak nak
tips-tips berguna dari Lady S?
Haa… Hari ini istimewa untuk semua
Lady S bawakan DUA tips memutihkan gigi agar senyuman tu Nampak berseri-seri
gitew! Lepas ni, takdelah bila nak mengorat tu asyik kena reject je kan?! Hiks!
Nak tau ke tak DUA tips tu? Kalau nak teruskan membaca ok?
GARAM
DAN LEMON
Di bawah ini Lady S senaraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan
bagi memutihkan gigi dengan hanya menggunakan garam dan lemon :
1)
Campurkan satu sudu teh garam dan beberapa titis lemon
2)
Gosokkan campuran tersebut pada gigi dan biarkan beberapa minit
3)
Bilas dengan berkumur menggunakan air suam
Mudah bukan? Jimat
duit dan tenaga untuk ke klinik demi rawatan gigi yang mahal! Selain
menggunakan cara diatas, boleh juga menggunakan kulit lemon sahaja dengan cara
menggosok kulit lemon tadi pada gigi dan biarkan selama beberapa minit sebelum berkumur
dengan air bersih. Lakukan rawatan ini dua kali seminggu untuk mendapatkan
kesan yang da’ bomb!
ARANG
BATU
Tak ramai yang tahu sebenarnya arang batu yang kita selalu guna untuk BBQ tu boleh memutihkan gigi dengan cepat! Haa… Mesti semua yang baca pun tertanya-tanya macam mana arang yang hitam legam tu boleh putihkan gigi pulak? Itulah yang kita tak tahu.
Arang batu mengandung bahan aktif karbon yang boleh
membantu mengikis kotoran pada enamel gigi dengan cepat. Namun perlu berhati-hati
kerana arang tidak boleh digunakan sebagai bahan pemutih gigi secara rutin. Jom
kita tengok macam mana caranya nak putihkan gigi dengan hanya menggunakan arang batu :
1)
Tumbuk arang kayu sehingga menjadi serbuk
2) Campurkan serbuk arang bersama sedikit air dan sapukan campuran
tersebut pada gigi selama beberapa minit.
3)
Kumur dengan menggunakan air suam.
VoilĂ ! Hasilnya gigi
putih berseri serta kelihatan cantik dan sihat! Tapi mesti beringat untuk hanya menggunakan arang secara
maksimumnya sebanyak dua kali sahaja dalam sebulan kerana arang mampu merosakkan
lapisan pelindung gigi dan mengakibatkan gigi menjadi sensitif.
Ok semua! Selamat mecuba dua tips memutihkan
gigi agar gigi cantik berseri dari Lady S! mmmuah!
Salam sayang,
Lady S
Lady S
No comments:
Post a Comment