Baru-baru ini negara dikhabarkan dengan pemergian adik Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang mana kedua-dua kakinya terpaksa dipotong sebelum ini akibat jangkitan kuman dan darah beku.
Arwah didakwa sering dibuli dan dipukul semasa belajar di sebuah sekolah Tahfiz dan arwah ada meninggalkan 'bukti' penderaan tersebut dalam sebuah buku latihan. Di dalam nota tersebut, arwah berada dalam keadaan tertekan dan sering berdoa agar ibu bapanya memindahkan arwah ke sekolah lain kerana sudah tidak selesa berada di madrasah itu lagi.
Terdapat banyak spekulasi mengenai kes ini dan Lady S berharap agar semua pihak dapat memberi kerjasama yang baik terhadap pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes ini dengan baik dan adil.
Cara Rasulullah S.A.W Mendidik Anak
Sebagai ibu, bapa atau penjaga, seharusnya kitalah yang lebih tahu dan arif dalam mengawal emosi dan tingkah laku agar tidak mengangkat tangan secara berlebihan terhadap anak-anak. Ada masa ianya perlu tetapi janganlah sampai mencederakan.
Mari kita lihat empat sunnah Rasulullah S.A.W dalam cara mendidik anak:
Isu Penderaan Dalam Islam
Dalam Islam, anak-anak seharusnya dijaga dan diberi sepenuh perhatian dan kasih sayang. Seharusnya tiada istilah 'dera' dalam isu membesarkan anak-anak kerana hukum syarak telah memberi garis panduan yang jelas dalam hal ini.
Al-Quran dan Sunnah merupakan sumber rujukan yang terpenting dalam semua aspek kehidupan terutama sekali dalam membesarkan anak-anak, maka janganlah kita abaikan pengajian Al-Quran dan Sunnah untuk diri kita sendiri dan juga keluarga.
Allah S.W.T berfirman:
"Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar." - Surah Al-Nisaa, ayat 9 -
Sebagai ibu bapa dan ahli masyarakat, kita harus peka dan buka mata akan isu ini dan sentiasa memerhatikan tingkah laku anak-anak kita untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa. Kita juga harus meningkatkan ilmu dan didikan agama terutama sekali kepada diri sendiri agar boleh terhindar dari menjadi orang-orang yang mengangkat tangan kepada anak-anak yang tidak berdosa.
Lady S mendoakan agar arwah adik Mohamad Thaqif Amin dimasukkan di kalangan orang-orang yang beriman dan semoga Allah memberi kekuatan kepada semua ahli keluarga arwah. Aminn.. - LadyS
No comments:
Post a Comment