Saturday, 18 January 2020

Manfaat Senaman Kardio Yang Perlu Diketahui


Senaman kardio atau ‘cardio workout’ merupakan senaman yang dilakukan berulang kali bagi tempoh masa yang tertentu dengan intensiti yang tertentu. Apa sahaja jenis senaman yang meningkatkan degupan jantung serta mengeluarkan peluh boleh dikategorikan sebagai senaman kardio. Antara senaman kardio yang popular di kalangan orang ramai adalah aktiviti seperti jogging , berlari, berbasikal, berenang, bersukan mahupun Zumba.



Terdapat pelbagai manfaat senaman kardio ini kepada tubuh badan kita. Antara manfaat senaman kardio adalah:

1.       Meningkatkan Kesihatan Jantung
- Organ jantung juga mempunyai otot – otot yang memerlukan senaman bagi melatih ia bekerja dengan lebih baik lagi. Bagi memastikan jantung sentiasa sihat dan dapat menjalankan fungsinya untuk mengepam darah dengan baik, maka melakukan senaman kardio secara konsisten dapat menjadikan jantung sentiasa sihat.

2.       Meningkatkan Metabolisma
– Senaman kardio juga membantu dalam meningkatkan metabolism badan. Apabila metabolisma badan meningkat, kadar pembakaran kalori juga meningkat. Lebih mudah untuk mendapatkan berat badan yang ideal dengan bersenam secara rutin.

3.       Meransang Hormon dan Mercerdaskan Otak
- Senaman kardio dapat merangsang hormon yang menimbulkan perasaan ‘gembira dan tenang’. Secara tak langsung latihan kardio ini dapat mengurangkan stress dan menjadikan kita lebih ceria sekaligus mencerdaskan otak.

4.       Mempercepat proses ‘recovery’
- Latihan kardio dapat mepercepat kadar ‘recovery’ badan kita. Senaman kardio dapat melancarkan pengepaman darah yang membawa oxygen ke otot yang dapat membantu pembentukan otot-otot baru sekaligus mepercepat proses pembaikan.

5.       Menangani Masalah Diabetes
- Latihan kardio dapat membantu meningkatkan kemampuan otot pesakit menggunakan glukosa sehingga mampu membantu mengawal kadar gula dalam darah.

Antara tips sebelum anda menjadikan senaman kardio sebagai rutin harian anda adalah, anda harus mula dengan kadar intensiti yang rendah dahulu. Setelah anda biasa dengan senaman barulah anda meningkatkan kadar intensiti senaman kardio. Hal ini supaya senaman yang dilakukan tidak menyusahkan anda dan anda akan rasa lebih berminat untuk bersenam untuk jangka masa yang panjang. Bersenamlah untuk gaya hidup sihat !



No comments:

Post a Comment