Friday 3 January 2020

TIPS MEMILIH HOTEL DI MEKAH



Assalamualaikum semua. Tahukah anda sebelum anda berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Haji atau Umrah anda perlu mengetahui di manakah lokasi hotel yang travel agensi anda tawarkan. Ini kerana lokasi hotel penting untuk anda merancang urusan ibadah anda di Tanah Suci Mekah nanti. Jarak dari Masjidil Haram, harga dan juga suasana di sekitar hotel pasti memainkan peranan penting dalam membuat pilihan hotel yang terbaik. Dalam posting kali ini kami akan kongsikan tips memilih hotel di Mekah. Hotel di Mekah ada TIGA kawasan. Iaitu di Misfalah, Ajyad dan Janadriah.

1.       MISFALAH
Hotel di kawasan Misfalah ni terletak betul – betul di belakang hotel Millenium Tower (nama lama Hilton Tower) atau menara zam zam. Kawasan di sini merupakan kawasan landai dan menjadi tumpuan para Jemaah yang ingin membeli belah. Kawasan hotel di Misfalah ini juga banyak dihuni oleh Jemaah Pakistan. Boleh dikatakan 50% adalah Jemaah Pakistan.

Oleh kerana kawasan Misfalah yang landai dan juga merupakan kawasan membeli – belah dan juga sebagai tempat tumpuan, mejadikan hotel di kawasan ini agak mahal berbanding di kawasan – kawasan yang lain. Hotel di kawasan Misfalah ini terletak dalam jarak 500m sehingga 1km. Ada juga yang lebih dekat dengan jarak 50m hingga 500m (kawasan elite) boleh di dapati di bahagian depan Masjidil Dalam sehingga Jabal Omar. Hotel di jarak yang dekat ini kebanyakkannya memang premium.

Kebiasaan Jemaah yang duduk hotel di kawasan Misfalah mereka akan masuk melalui pintu King Abdul Aziz atau King Fahd dan tidak mudah sesat ketika Jemaah berulang alik dari hotel kerana jalannya lurus dan mudah.

Image: Google

2.       AJYAD
Sekarang kita beralih pula ke kawasan Ajyad. Hotel di kawasan Ajyad ini agak popular di kalangan travel agensi Malaysia. Kawasan Ajyad ini sedikit berbukit dan memerlukan kita untuk mendaki sedikit. Jika ada membawa Jemaah yang berkerusi roda agak kurang sesuai sedikit untuk duduk hotel di kawasan ini. Namun, bukanlah tidak boleh cuma perlu usaha sedikit lah jika duduk di kawasan Ajyad yang berbukit ini.

Terdapat 2 jalan utama yang menghubungkan Ajyad ke Masjidilharam. Satu melalui Hotel Al-Massa dan kedua bermula dari Hotel Makarem Ajyad, selepas jejambat di belakang Safwah Tower. Kawasan Ajyad ini agak sibuk sedikit dengan Jemaah. Ditambah pula dengan kenderaan yang tak putus – putus keluar masuk menjadikan kawasan ini hidup dan meriah.

Jika kita menginap di hotel sepanjang jalan utama menuju ke Terowong Aziziyah, kita akan rasa santai sikit berjalan. Hotel pula menghadap Istana jadi tak Nampak sangat kesibukan manusia. Jika di kawasan ini mudah nak ke Aziziyah hanya mengambil masa 5-10 minit sahaja. Jika nak ziarah Gua Hirak di Jabal Nur pula hanya ambil masa 20 minit sahaja.

Jika duduk di kawasan Ajyad kebanyakkan Jemaah terdiri dari orang Malaysia dan Indonesia. Sudah pasti tidak terasa kekok jika menginap di kawasan ini. Hotel di kawasan Ajyad juga adalah lebih murah berbading di Misfalah. Kebiasaan Jemaah dari Ajyad akan masuk melalui pintu nombor 93 ke atas, bermula dari pintu Ajyad terus ke pintu King Abdul Aziz.

Image: Google

3.       JANADRIAH
Kawasan seterusnya adalah kawasan Janadriah. Agak kurang popular di kalangan travel agensi Malaysia namun perlu juga untuk kita mengetahui serba sedikit mengenai Hotel di Kawasan Janadriah ini. Kawasan Janadriah ini berada di sebelah kawasan Saie. Kena keluar melalui pintu Marwah atau Babussalam.

Di kawasan Saie ini terdapat banyak lorong – lorong yang jika kita tak familiar dengan tempat tu memang agak mudah untuk sesat. Ini kerana ia agak jauh dari landmark seperti menara jam sebagai pandu arah kita. Kawasan Saie ini juga agak berbukit sedikit, jadi memerlukan tenaga sedikit untuk berulang alik ke hotel.

Antara hotel yang popular di sini adalah Hotel Abraj Al Janadriyah. Jarak Masjidil Haram dengan Abraj lebih kurang 700 meter. Kena berjalan melintasi kawasan lapang stesyen bas. Walaupun Nampak agak jauh, namun tidak terasa sangat apabila berjalan di kalangan Jemaah yang berpusu – pusu berulang alik di kawasan ini.

Di sekitar kawasan Janadriah ini banyak tempat – tempat ziarah yang menarik. Antaranya Masjid Jin, Masjid Shajarah dan Masjid Kucing. Di bahagian atas sedikit pula terletaknya Makam Maala. Tidak jauh dari Hotel Abraj Al Janadriyah ini juga, di bahagian pintu masuk dan hadapan abraj saja terdapat pelbagai kedai. Amatlah mudah untuk mendapatkan barang keperluan seperti sabun, roti, baldi, pakaian, jubah dan lain – lain lagi.

Image: Google

Itulah serba sedikit mengenai 3 kawasan di Tanah Suci Mekah yang perlu kita pertimbangkan dalam membuat pilihan hotel apabila nak book pakej Umrah dengan travel agensi nanti. Jauh atau dekat atas pilihan kita. Haruslah disesuaikan dengan bajet, jarak serta kemampuan kita. Ambil kira juga area hotel itu nanti mesra keluarga atau tidak. Semoga dengan sedikit info ini bermanfaat untuk merancang urusan Ibadah di Tanah Suci nanti. Di doakan semoga segala ibadah yang dilakukan diterima Allah S.W.T. InsyaAllah

Credit: Facebook Shauqi Hasan

No comments:

Post a Comment