·
JUBAH YANG SELESA
Pemilihan jubah haruslah tepat supaya
sentiasa selesa ketika beribadah. Pilih jubah yang longgar serta tidak melekap.
Seterusnya jubah juga haruslah wudhuk friendly agar mudah nak ambil wudhuk.
Jubah juga seharusnya tidak meleret supaya tidak mudah kotor serta memudahkan
pergerakan.
·
JUBAH SELUAR LEBIH MEMUDAHKAN
Sediakan juga sekurang – kurangnya 2 pasang
jubah seluar. Jubah seluar lebih memudahkan pergerakkan. Ketika mengerjakan
umrah dan juga ziarah pasti memerlukan anda untuk bergerak dari satu tempat ke
satu tempat yang lain. Jadi memakai pakaian yang berseluar lebih selesa dan mudah berbanding jubah.
SUIT MAREAM by SOFIA ELLEN
·
TUDUNG YANG CEPAT DAN RINGKAS
Pastikan tudung yang di bawa ketika umrah
memudahkan. Pilihan tudung sarung atau tudung instant lebih baik berbanding
tudung yang memerlukan pin. Ini kerana dapat menjimatkan masa serta melancarkan
urusan sepanjang di Tanah Suci. Kerana tujuan utama ke sana adalah fokus ibadah, jadi seharusnya merlukan tudung yang cepat supaya tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk bersiap.
ARIANNA INSTANT HIJAB by SOFIA ELLEN
·
MINIMUM IRONING
Penting juga untuk membawa pakaian dari jenis
material yang tidak berkedut supaya tidak perlu bersusah payah nak iron baju yang
nak dipakai. Hal ini supaya masa yang terluang boleh di isi dengan menambah ibadah
ataupun berehat di bilik hotel.
·
MATERIAL YANG RINGAN
Pastikan juga anda memilih pakaian dari
jenis material yang ringan. Hal ini kerana dapat menjimatkan ruang bagasi serta
menjadikan bagasi anda terasa lebih ringan. Ruang bagasi yang lebih itu nanti, boleh anda gunakan
untuk isi barangan yang anda ingin beli ketika di Tanah Suci seperti cenderahati dan air zam zam.
Credit: cutiumrah.com
No comments:
Post a Comment