Friday 7 February 2020

GAYA TUDUNG YANG BERSESUAI DENGAN BENTUK MUKA


BUJUR
Buat anda yang memiliki bentuk wajah seperti ini, anda sungguh bertuah kerana anda bebas memillih sebarang gaya tudung. Jika anda peminat selendang anda boleh gayakan selendang dari jenis fabrik kapas, sifon ataupun net. Manakala peminat tudung yang berwajah bujur, anda boleh juga gayakan tudung yang bersengkuap atau jenis Syria.


ARIANNA INSTANT BY SOFIA ELLEN


PANJANG
Wanita yang memiliki bentuk muka panjang pula, bentuk mukanya mirip seperti bujur namun lebih panjang dibahagian dahi atau dagu. Buat anda yang mempunyai bentuk muka seperti ini, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.
Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang ini dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.

BULAT
Jika anda mempunyai bentuk muka ini, ia bermakna saiz muka dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan adalah sama.

Gaya pemakaian tudung bagi wanita yang mempuyai bentuk wajah bulat digalakkan menggunakan cekak lembut sebelum memakai tudung. Pilih anak tudung yang diperbuat daripada material yang anjal agar ukuran kepala tidak tampak terlalu kelihatan.

Untuk pemilihan selendang pula, bagi anda yang berwajah bulat, digalakkan memilih selendang dari material nipis. Pemakaian selendang bersama anak tudung bawal adalah disarankan agar bentuk muka kelihatan bujur.

PETAK
Selalunya, kelebaran kepala, tulang pipi dan rahang adalah sama pada muka yang petak. Bahagian tulang rahang bagi wajah berbetuk petak juga lebih ketara.

Penggunaan anak tudung sebelum memakai tudung dapat menjadikan wajah tampak memanjang. Untuk penggayaan selendang pula, pilih gaya yang menjurus kepada liltan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.


IMAGE: GOOGLE


SEGI TIGA
Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang.
Untuk bentuk wajah segi tiga, gunakan tudung yang ditarik boleh memakai tudung ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net.
Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga pemakaian selendang bukan satu masalah kerana bentuk wajah menghampiri bentuk muka bujur. Tetapi, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.

CREDIT: HARIAN METRO

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete