Assalamualaikum
wbt semua.. Lady S berharap semuanya sihat-sihat belaka dan sentiasa dibawah
rahmat-Nya.
Alhamdulillah
saban hari semakin ramai rakyat Malaysia yang berhasrat dan dijemput untuk menunaikan ibadah
Umrah dan Haji. Malangnya hasrat yang suci dan murni ini sering diambil kesempatan oleh agent atau pengelola umrah yang tidak bertanggungjawad untuk mengaut untung dan
menipu jemaah Umrah dan Haji.
Ada juga
jemaah yang tidak bertanyakan butiran perjalanan yang lengkap kerana keterujaan
bakal menunaikan ibadah Umrah.
Jadi bagaimanakah untuk memilih pakej Umrah?
1. HARGA MINIMA YANG DITAWARKAN
- Harga pakej minima untuk standard pakej ekonomi 12 hari 10 malam adalah rm4900. Kebiasaannya harga akan berubah mengikut musim dan juga jenis pakej yang dipilih.
- Tidak termasuk kos visa bagi Jemaah kali kedua dan seterusnya.
2. PASTIKAN PAKEJ MERANGKUMI
- Tiket penerbangan pergi dan balik.
- Jenis bilik penginapan.
- Kemudahan pengangkutan darat.
- Jarak hotel ke Masjidil Haram.
- Kekerapan makan dan minum.
- Lawatan ziarah jika ada.
- Diiringi oleh wakil syarikat sepanjang tempoh perjalanan.
- Perkhidmatan mutawif (pembimbing) yang bertauliah.
- Perlindungan skim takaful umrah untuk kecemasan, penyakit dan kematian.
3. FAHAMI DAN TANDA TANGAN PERJANJIAN PEMBELIAN PAKEJ UMRAH
- Pastikan ada peruntukan atau gantirugi jika berlaku sebarang pembatalan.
- Pastikan juga caj pembatalan dan terma syarat pembatalan dinyatakan dengan jelas.
- Pastikan semua bayaran dibuat terus kepada akaun syarikat pelancongan dan bukan melalui akaun peribadi ejen atau wakil syarikat terbabit.
4. BERHATI-HATI DENGAN PENGENDALI UMRAH TIDAK BERLESEN
- Hanya berurusan dengan syarikat
berstatus sendirian berhad (sdn bhd) dan dilesenkan di bawah bidang agensi
pengembaran (ticketing) dan perniagaan perlancongan luar negeri (outbound)
sahaja dibenarkan untuk mengelola pakej Umrah.
- Yayasan atau koperasi atau individu
adalah tidak dilesenkan sebagai pengendali Umrah.
- Penggunaan ejen atau wakil syarikat
persendirian adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Sumber www.motac.gov.my
**BELILAH PAKEJ UMRAH DAN ZIARAH DARIPADA
AGENSI PELANCONGAN YANG
BERLESEN
DENGAN
KEMENTERIAN PERLANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
MALAYSIA BAGI
MENGELAKKAN RISIKO PENIPUAN.
Lady S
berharap dengan perkongsian ini, pembaca akan lebih berhati-hati serta membuat
perbandingan sebelum membuat pembayaran bagi mengelakkan kerugian pada pihak
pengguna. Disarankan juga buat anak-anak yang mempunyai ibubapa yang sudah
berumur supaya membantu ibubapa anda bagi menyelesaikan urusan pendaftaran umrah
dan haji mereka. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang yang memerlukan perbelanjaan yang
besar dan sukar untuk menyimpan wang. Apabila wang sudah mencukupi ditipu dan
diambil kesempatan pula oleh mereka yang tidak bertanggungjawad.
Lady S juga
tidak mencadangkan bagi Jemaah umrah yang telah berusia atau ingin membawa anak
kecil mengambil pakej Umrah transit. Ini adalah kerana dikhuatiri jika terdapat
masalah teknikal seperti masa penerbangan yang ditunda lama. Semestinya Jemaah akan
merasa penat dan anak kecil terus merengek dengan pelbagai ragam kerana terpaksa menunggu untuk waktu yang
lama.
Semoga
urusan Umrah dan Haji anda berjalan dengan lancar…. InsyaAllah.
salam sayang,
Lady S
No comments:
Post a Comment