Assalamualaikum semua pembaca
setia Lady S! Apa khabar semua? Harap-harpnya semua semakin sihat macam Lady S!
Hiks! Jadi hari ini Lady S nak share dengan semua satu tips yang mana kakak2
adik2 abang2 di luar sana boleh buat untuk lebatkan bulu mata korang! Haaa…!
Mestilah Lady S tahu sekarang ni bulu mata lebat memang IN sangat. Tak payah
lah nak keluar duit beli bulu mata palsu lagi!
Tentunya semua dah kenal dengan
bahan semulajadi yang satu ini. Yup, lidah buaya sangatlah baik untuk merawat rambut, termasuk salah satunya dapat
menebalkan bulu mata. Namun begitu, kita harus berhati-hati dalam menggunakan lidah
buaya sebagai agen pelebat bulu mata. Ini kerana lidah buaya memiliki getah
yang boleh menggatalkan kulit. Getah tersebut sekiranya terkena pada bahagian
mata, maka akan menjadi masalah yang sangat serius. Jadi, hati-hati ok?
Di bawah ini Lady S senaraikan
cara penggunaan lidah buaya dalam melebatkan bulu mata agar bulu mata kakak2
adik2 abang2 semua melentik-lentik dengan lebatnya :
1)
Terlebih dahulu siapkan daun lidah buaya yang masih segar. Ambil
gel dan lendir yang ada di lidah buaya tersebut.
2)
Sapukan secara perlahan-lahan cairan tadi secara merata pada bahagian
bulu mata. Untuk memastikan sapuan terkena kemas pada bulu mata, dinasihatkan
untuk gunakan bantuan maskara atau cotton bud.
3)
Setelah sapuan dilakukan secara merata, biarkan seketika selama kurang
lebih 30 minit. Kemudian bilas dengan menggunakan air sejuk sehingga bersih.
Amalkan secara kerap dan
berterusan untuk hasil yang MELETOP! Sekali lagi harus diingatkan supaya
berhati-hati menggunakan lidah buaya untuk melebatkan bulu mata. Nanti kalau
bulu mata dan melentik cantic jangan lupa share dengan Lady S ok! Ok lah. Lady
S nak pergi cari lidah buaya kejap. Jumpa lagi semua!
Salam saying,
Lady S
No comments:
Post a Comment