Tuesday 23 May 2017

CARA SOLAT TERAWIH DI RUMAH BUAT PARA IBU

Artikel ini khas buat ibu-ibu yang ada anak kecil dan jugak ibu-ibu yang siangnya bekerja, malamnya jadi 'supermum'. Jom baca cara-cara bagaimana nak buat solat terawih di rumah.

Solat Terawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'.

Sebenarnya sangat mudah nak beribadah. Ibu-ibu janganlah bersedih jika tidak dapat mengikuti solat Terawih di masjid. Terdapat beberapa faktor yang besar Lady S dapat lihat jika para ibu tidak dapat berterawih di masjid. Antaranya:

● Mungkin mereka ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar untuk membawa si kecil bersama ke masjid.

● Mungkin mereka ibu bekerja yang sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.

● Solat Terawih dikerjakan setelah mengerjakan solat Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu. Ia sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Bagi yang baru nak berjinak-jinak untuk solat Terawih dirumah, para ibu boleh mengikuti cara di bawah ini:

SOLAT SUNAT TERAWIH

● Niatnya :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

● Bilangan rakaat buatlah yang termampu. Paling ringkas buat 11 rakaat; 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.

● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat Terawih jika ditinggalkan.


SOLAT SUNAT WITIR

Solat sunat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat Witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat-solat sunat yang lain.

● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

● Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ [3x]

● Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

Sangatlah mudah. Jadi, tiada alasan untuk para ibu tidak dapat melakukan solat Terawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik!

Kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat Terawih, tahun ni mari kita bersama-sama berusaha melakukannya. - LadyS

Kredit: Facebook (Suamiku IMAMKU Isteriku MAKMUMKU)

No comments:

Post a Comment