Pastikan anda mengikuti kelas yang telah disediakan bagi memudahkan perjalanan dan ibadat anda sepanjang berada di sana kelak.
Mari Lady S beritahu anda mengenai 12 perkara khusus yang khas untuk wanita sahaja yang harus anda berikan perhatian yang serius.
1. Wanita diharuskan memakai pakaian yang berjahit di dalam Ihram dengan syarat pakaian tersebut tidak dicelup dengan pewarna seperti pewarna merah, kuning atau oren.
2. Wanita diharuskan memakai sepasang khuf dan sepasang sarung tangan di sisi mazhab Hanafi sedangkan di sisi mazhab yang lain melarang dari memakai sepasang sarung tangan.
3. Wanita diwajibkan menutup kepalanya.
4. Wanita tidak boleh menguatkan suaranya dengan talbiah.
5. Tidak berlari-lari anak pada tawaf.
6. Tidak perlu mengikut cara lelaki ketika bersaie di antara dua garisan hijau dan tidak perlu bersegera.
7. Tidak perlu mencukur rambutnya bahkan memadai dengan mengguntingkannya.
8. Tidak perlu mengucup Hajarulaswad ketika terdapat sekumpulan lelaki malah memadai dengan mengisyaratkan kepadanya sahaja.
9. Tidak perlu memberi upah kerana meninggalkan tawaf Wida' apabila dia berada dalam keadaan haid.
10. Tidak perlu memberi upah kerana terlewat tawaf Ziarah pada hari-hari menyembelih jika ketinggalan atau kelewatan tersebut disebabkan oleh haid atau nifas.
11. Dia hendaklah tawaf di kawasan pinggir tempat tawaf.
12. Tidak wukuf berhampiran Jabal Rahmah dan kedua-dua perintah terakhir ini adalah supaya dia tidak bersesak-sesak dengan lelaki.
Jadi, walaupun kita rasa sangat mahu beribadat sebaik mungkin, pastikan kita tidak melampaui batas-batas yang telah digariskan untuk seorang wanita Muslim. Jagalah diri dan kehormatan sepanjang berada di sana.
Sofia Ellen akan memberikan potongan harga 10% bagi semua busana Haji dan Umrah rekaan lama kami bersempena jualan penghabisan stok! Saiz tersangat terhad jadi segera whatsapp kami di nombor +6012-278 8747 untuk pembelian segera.
Atau layari laman web kami www.sofiaellen.com untuk pembelian pada bila-bila masa. Juga like facebook kami Sofia Ellen Haji Umrah and RTW dan PM kami di sana. - LadyS
No comments:
Post a Comment