Alat mekap semestinya akan menjadikan kulit kita tampak halus, mulus dan gebu. Tetapi, apabila mekap ditanggalkan realiti kondisi kulit akan ternampak jelas. Bukan Lady S sahaja yang mengalami situasi ini, tetapi ramai lagi wanita di luar sana yang merasai 'derita' ini.
Siapa yang tidak suka pakai mekap? Mekap dapat membantu menaikkan seri wajah kita. Tetapi jika kulit muka sememangnya tak 'flawless', kita bagus macam mana pun mekap tetap nampak sembap dan tiada seri.
Mari Lady S berikan LIMA tip mudah untuk tampil cantik tanpa secalit solekan.
1) Tinted Moisturizer dengan SPF
Pemakaian pelembap adalah WAJIB! Jadi, buat dua kerja dalam satu masa dengan memakai pelembap yang mempunyai 'tinted'. Ini bermaksud pelembap tersebut berwarna kulit. Pastikan juga pelembap ini memiliki SPF 30 ke atas untuk menghalang sinar UV dari merosakkan kulit anda.
2) Secawan Vitamin C panas
Meminum secawan lemon panas sudah cukup untuk memberikan tubuh dan wajah anda Vitamin C yang sangat diperlukan. Lemon bukan sahaja kaya dengan Vitamin C, ia juga boleh melegakan tekak, meningkatkan deria serta membuang toksin dari dalam badan (ini membantu juga membaiki sel kulit wajah!).
3) Memakai toner wajah
Majoriti dari kita selalu 'skip' produk ini pada hal ianya sangat penting dalam regimen kecantikan harian wajah. Cari toner yang boleh membantu mengimbangkan pH wajah, dan bebas alkohol untuk memastikan kulit anda kekal sekata dan segar.
4) Skrub wajah
Ini merupakan cara termudah untuk memastikan wajah tampak bersih, berseri dan 'glowy' sepanjang masa. Jika anda jarang skrub, wajah akan tampak kusam dan gelap kerana pengumpulan sel kulit mati pada wajah.
Gunakan produk sedia ada di pasaran atau DIY sahaja resepinya untuk mendapatkan skrub yang tepat dengan kondisi wajah anda.
5) Jangan asyik pegang wajah dengan TANGAN!
Habit ini sudah tentu biasa kita lakukan dan sebenarnya ianya sangat tidak baik untuk kulit wajah anda. Tidak perlu belek-belek, kopek, picit atau sapu-sapu tangan pada wajah. Sebaiknya elakkan!
Ini kerana tangan anda tu sudah merata-rata pergi, kemudian anda belek-belek wajah. Manalah jerawat tu tidak timbul. 'Hands off' ok?
Selepas ini, bolehlah amalkan supaya kita tak perlu bermekap je 24 jam. Berikan rehat pada wajah untuk bernafas agar ia sentiasa dalam kondisi yang tip top. Selamat mencuba! - LadyS
No comments:
Post a Comment