Friday 27 March 2020

Petua Jaga Jantung Sihat, Amalkan Minum Jus Tomato


Jantung adalah organ yang sangat penting di dalam tubuh kita. Kegagalan jantung untuk berfungsi dengan baik boleh mendatangkan maut.

Menjaga kesihatan jantung sangat penting. Fungsi utama jantung adalah mengalirkan darah kaya oksigen ke seluruh bahagian tubuh. Jika organ ini tidak dijaga dengan baik boleh menyebabkan serangan jantung sekaligus menyebabkan kematian.

Salah satu petua kesihatan untuk menjaga jantung yang boleh diamalkan adalah dengan minum jus tomato selalu. Buah tomato sangat banyak khasiatnnya untuk kesihatan tubuh kerana tinggi anti oksida. Tomato mengandungi komponen seperti lycopene, fenolik, flavonoid, vitamin C, dan vitamin E yang berfungsi sebagai agen antioksida juga antikanser.


IMAGE: GOOGLE

Jemput baca perkongsian daripada Puan SuzyHoney ini.Sesiapa yang rasa jantung sudah nak tersumbat atau hendak jaga jantung rajin-rajinlah minum jus Tomato ya.

Bahan-Bahan Jus Tomato:
2 biji tomato
1 atau 2 gelas Susu Segar
Caranya mudah sahaja.
1. Carilah tomato yang baik keadaannya dan pastikan rendam dengan air garam sekejap untuk buang racun- racun buah yang pasti di semburkan oleh penanamnya. Kecuali tomato yang di tanam sendiri.
2. Di ambil tomato 2 biji dan saya campurkan blend dengan 1 ke 2 gelas
2. Di ambil tomato 2 biji dan saya campurkan blend dengan 1 ke 2 gelas susu segar rendah lemak ( low fat) dan kali ini saya memilih susu lebih protein untuk tulang sekali. Blenderkan semua lepas itu terus diminum . Jangan dibiarkan lama.

Sudah pasti minuman yang kita buat sendiri selamat dan sesuai juga jika mahu diberikan kepada anak- anak seisi keluarga.Sesekali apa salahnya paksa mereka minum untuk jaga kesihatan.

Buah tomato memang banyak khasiatnya. Jika mengalami masalah jantung bolehlah cuba amalkan minum jus tomato ini untuk kesihatan.Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Sumber - Sehinggit Media News
Diolah oleh SOFIA ELLEN


No comments:

Post a Comment