Monday 29 May 2017

Wanita "The Fantastic Four" Di Dunia & Akhirat

Sebagai seorang wanita, siapa yang tidak mahu menjadi yang terbaik. Tidak kiralah sebagai seorang anak, seorang isteri, seorang ibu mahupun sebagai seorang Muslimah. Setiap dari kita mahu menjadi yang terbaik.

Jadi, apabila mahu jadi yang terbaik kita juga harus mengikut contoh yang terbaik. Rasulullah S.A.W telahpun memberi kita empat wanita yang merupakan terbaik di dunia.

"Wanita terbaik di dunia ini ada EMPAT: Maryam Bint Imran, Asiyah Bint Mazaahim, Khadija Bint Khuwailid, dan Fatima Bint Muhammad." - Rasulullah S.A.W -

Siapakah wanita-wanita ini? Mari kita kenal sedikit latar belakang mereka.

1) Khadija Bint Khuwailid (R.A)
Beliau merupakan isteri Nabi Muhammad S.A.W dan merupakan orang pertama yang memeluk agama Islam. Walaupun beliau merupakan seorang ahli pernigaan wanita yang kaya dan berjaya, beliau mengorbankan segala-galanya demi agama yang tercinta.

2) Fatima Bint Muhammad (R.A)
Beliau merupakan anak perempuan Nabi Muhammad S.A.W dan beliau bakal menjadi ketua wanita di Syurga. Beliau terkenal dengan ketakwaannya dan juga 'modest'. Beliau digelar "Al-Zahra" yang bermaksud "yang bersinar".

3) Asiyah Bint Mazaahim (R.A)
Beliau merupakan isteri kepada Firaun. Beliau mencapai tahap tertinggi dalam ketakwaan atas ketabahannya. Beliau diberi sebuah istana di dalam Syurga di sisi Allah S.W.T dan beliau merupakan 'contoh buat semua orang beriman'.

4) Maryam Bint Imran (R.A)
Beliau merupakan ibu kepada Nabi Isa A.S. Beliau disebut di dalam Al-Quran sebagai "wanita yang terpilih dari semua wanita". Beliau terkenal dengan sifat malu dan juga 'modest'. Beliau juga terpelihara dari fitnah-fitnah yang dilemparkan kepadanya.

- Musnad Ahmad 2663 Sahih -

Semoga Allah S.W.T memberi kita kekuatan dan juga keupayaan untuk mengikuti jejak langkah keempat-empat wanita agung ini. Sesungguhnya apa yang mereka lalui lebih berat berbanding apa yang kita lalui sekarang. 

Maka, jangan sesekali kita berputus asa atau harapan kepada rahmat Allah S.W.T. Kerana Allah tidak pernah mensia-siakan doa hamba-hambaNya. - LadyS

No comments:

Post a Comment