Friday, 27 December 2019

11 TIPS SEBELUM MENGERJAKAN UMRAH YANG ANDA PERLU TAHU


·         NIAT
Sebelum anda berlepas ke tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah, anda wajib memasang niat. Ini adalah kerana, setiap ibadah bermula dengan niat kerana Allah. Niat juga bagi mengekang diri kita dari bersifat lalai. Sepatutnya pergi ke Makkah untuk mengerjakan umrah nanti jadi berselfie pula yang lebih. Jadi pastikan niat ke Makkah itu betul untuk ikhlas beribadah kepada Allah.

·         ILMU
Jika anda sudah memasang niat yang betul, seterusnya nada boleh lah mula mencari ilmu berkaitan cara mengerjakan umrah. Anda boleh melakukan pembacaan, bertanya kepada mereka yang telah menunaikan umrah atau boleh menghadiri kursus umrah yang din ajurkan oleh travel agency.

·         SEMPURNA RUKUN
Sebagai seorang muslim rukun islam adalah wajib untuk kita patuhi. Jadi sebaiknya anda menyempurnakan dahulu rukun yang lima itu sebelum mengerjakan umrah. Namun, terdapat perselisihan pendapat dimana perlu mencukupkan rukun yang lima sebelum mengerjakan umrah selari dengan hadis daripada Zaid bin Thabit R.A.  katanya: Rasulullah S.A.W.bersabda: “Mengerjakan haji dan umrah itu dua fardhu cuma sekali sahaja, dan bolehlah dikerjakan mana-mana satu (sama ada haji atau umrah) dahulu.”

·         KEWANGAN
Pastikan juga anda mempunyai simpanan kewangan yang cukup bagi menampung kos untuk anda berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah umrah. Pastikan juga sumber kewangan anda adalah dari sumber yang halal dan tidak diragui. Hal ini kerana sumber wang yang halal dan bersih penting bagi meraih keberkatan dalam beribadah.





·         IMUNISASI & KESIHATAN
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Begitu juga situasinya dengan bakal-bakal Jemaah yang akan menunaikan umrah dan haji.  Suntikan imunisasi ini merupakan salah satu langkah pencegahan yang perlu dilakukan oleh bakal Jemaah sebelum berangkat ke Makkah. Ini kerana, suntikan vaksin dapat membantu bakal-bakal Jemaah mengelakkan diri mereka daripada dijangkiti wabak-wabak penyakit ketika berada di luar negara. Pihak berkuasa Arab Saudi telah mewajibkan pengambilan Vaksin Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135) kepada mana-mana Jemaah yang belum pernah mengambil suntikan ini sebelum berlepas ke Tanah Suci. Ini bagi mengelakkan diri mereka daripada terdedah kepada penyakit berjangkit dan boleh disebarkan kepada orang lain. Bagi bakal jemaah yang belum pernah mengambil suntikan ini, kita diwajibkan mengambil suntikan ini sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum berlepas ke Tanah Suci.

·         PASSPORT & VISA
Sebelum anda berangkat menunaikan umrah, pastikan anda mempunyai passport yang sah. Ini adalah untuk mengelakkan anda ditahan oleh pihak imigresen. Untuk Jemaah yang pertama kali dan belum mempunyai passport, anda boleh membuat atau memperbaharui passport anda di mana – mana cawangan Jabatan Imigresen di seluruh Malaysia.

·         SOLAT
Sebelum berangkat ke tanah suci, digalakkan untuk bakal Jemaah memperbanyakkan solat sunat di samping memperbaiki bacaan – bacaan dalam solat. Hal yang demikian supaya ibadah umrah yang bakal dilakukan nanti berjalan dengan lancar serta mendapat keberkatan-Nya. Bakal Jemaah juga boleh memperbanyakkan solat berjemaah di masjid sebelum berangkat ke tanah suci.




·         TAUBAT NASUHA
Menunaikan umrah ini adalah sebagai tanda penyerahan kita kepada Allah Taala. Jadi sebaiknya sebelum kita menjadi tetamu Allah di Tanah Suci kita menunaikan Solat Sunat Taubat dengan niat memohon taubat dari segala dosa- dosa kita yang lalu.

·         SABAR/KAWAL PERASAAN
Sebelum menunaikan umrah, kita juga disarankan untuk belajar mengawal sabra dan kawal perasaan marah. Hal ini untuk menyediakan diri kita menghadapi sebarang dugaan ketika mengerjakan umrah nanti. Tambahan pula kita akan bersama – sama Jemaah dari pelbagai Negara yang pastinya mempunyai ragam masing – masing.

·         SENAMAN
Bakal Jemaah umrah juga digalakkan untuk banyakkan bersenam untuk meningkatkan stamina di samping mengekalkan kecergasan tubuh badan. Senaman juga penting kerana tubuh yang cergas dapat menjadikan ibadah yang dijalankan nanti lebih focus dan lancar.

·         DOA & TAWAKKAL
Akhir sekali perbanyakkan berdoa kepda Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan sepanjang menunaikan umrah di Tanah Suci nanti. Jika segala persipan telah dibuat sebaik mungkin dan telah berdoa dengan bersungguh – sungguh, kita haruslah berserah dan bertawakkal kepada Allah. Semoga ibadah yang dilakukan nanti diterima Allah SWT.




Credit: cutiumrah.com

No comments:

Post a Comment