Assalamualaikum wbt dan
apa khabar semua? Haaa…. Kan Lady S dah share tips menghadapi peperiksaan untuk
semua kna? Jadi hari ini Lady S nak kongsikan doa-doa yang boleh adik adik
amalkan menjelang musim peperiksaan J
a) Doa Penerang Hati
اَللَّهُمَّ نَوِّرْ قَلْبِيْ بِنُوْرِ هِدَايَتِكَ كَمَا
نَوَّرْتَ ﭐلأَرْضِ بِنُوْرِ شَمْسِكَ أَبَدًا بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ
الرَّاحِمِيْنَ
Terjemahan: “ Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya
petunjuk-Mu sebagaimana Engkau bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya, Ya Allah
Yang Maha Mengasihani. ”
b) Doa Pembuka Hati
اَللَّهُمَّ اَلْهِمْنِيْ رَشْدِيْ وَقِنِيْ شَرَّ نَفْسِيْ
Terjemahan:
“ Ya
Allah, berikan aku petunjuk dan peliharalah aku dari kejahatan sendiri. ”
c) Doa Mengulangkaji Pelajaran
اَللَّهُمَّ أَخْرِجْنِيْ مِنْ ظُلُمَاتِ ﭐلوَهْمِ وَأَكْرِمْنِيْ
بِنُوْرِ ﭐلفَهْمِ وَﭐفْتَحْ عَلَيَّ بِمَعْرِفَتِكَ وَسَهَّلْ لِيْ
أَبْوَابَ فَضْلِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Terjemahan: “ Ya Allah, jauhilah aku dari kebingungan, muliakanlah aku
dengan cahaya ilmu dan pengertian, bukakanlah kepadaku makrifat-Mu, dan
mudahkanlah bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, wahai Yang Paling Pengasih di antara
yang pengasih.”
d) Doa Sebelum Belajar
اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيْنَا
مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
“ Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu
dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, Wahai Allah Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Penyayang. ”
e) Doa Sedang Belajar
اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا فُتُوْحَ ﭐلعَارِفِيْنَ
وَارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّـيْنَ وَإِلْهَامَ ﭐلمَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِيْنَ
بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحمِيِْنَ
“ Ya
Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif ,
Kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para Malaikat yang
hampir dengan-Mu, dengan Rahmat-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang. ”
f) Doa Selepas Belajar
اَللَّهُمَّ إِنِِِّيْ أَسْتَوْدِعُكَ مَا عَلِمْتَنِـيْهِ
فَارْدُدْهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ وَلاَ تَنْسَنِيـْهِ يَا رَبَّ
العَالَمِيْنَ
“ Ya
Allah, aku pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka
kembalikanlah semula kepadaku jika aku memerlukannya dan janganlah Engkau buat
aku melupainya, Wahai Tuhan Yang Sekalian Alam. ”
g) Doa Mohon Diberi Kecerdasan Berfikir
اَللَّهُمَّ اَلْهِمْنِيْ رَشْدِيْ وَأَعِذْنِى مِنْ شَرِّ
نَفْسِيْ
“ Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku kecerdasan
dan lindungilah dari kejahatan nafsuku.”
h) Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan
رَبِّ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْلِيْ أَمْرِيْ
“ Ya Allah, Lapangkanlah dada(jiwaku) dan
permudahkanlah urusanku.”
i)
Doa
supaya Dijauhkan Dari Sifat Malas, Bakhil Dan Pengecut
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنْ وَأُعُوْذُبِكَ
مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلْ وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ الجُبْنِ وَالبُخْلِ وَأَعُوْذُبِكَ
مِنَ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung
pada–Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan
malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku
berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). ”
j) Doa Supaya Beroleh Ilmu Yang Bermanfaat
اَللَّهُمَّ إِِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ , وَمِنْ
قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ , وَمِنْ نَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ , وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَ
يُسْتَجَابُ لَهاَ
“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung
kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yanh tidak khusyuk, dari
nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”
k) Doa menuntut Ilmu Pengetahuan
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا بَدِيْعُ السَّمَٰوَاتِ وَالأَرْضِ
يَا ذَالجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ يَا ﭐﷲُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ
أَسْـأَلُكَ أَنْ تُحْيِيَ قَلْبِيْ بِنُوْرِ هِدَايَتِكَ يَا أَرْحَمَ
الرَّاحِمِـيْنَ
“Ya
Allah, Tuhan Yang Maha Hidup yang Berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi,
Tuhan Yang Maha Besar dan Maha Mulia, Ya Allah, Tidak ada Tuhan yang patut
disembah hanya Engkau, aku memohon kepada-Mu semoga kiranya Engkau hidupkan akan
hatiku dengan Nur hidayah-Mu, Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih dan Penyayang.”
l)
Doa
Dimudahkan Faham Dan Hafal Pelajaran ( Surah Al-Anbiya’: ayat 79)
فَفَهَمْنَاهاَ سُلَيْمَانَ وَكُلاَّ اَٰتَيْناَ حِكْماً وَعِلْمً
وَسَخََّرْناَ مَعَ دَاوُدَالجِْبَالَ يُسَّبِحْنَ وَالطَّيْرِ وُكناَّ
فَاعِلِيْنَ , وَ ياَ حَيُّ يَا قَيُّومُ ياَ رَبَّ مُوسَىٰٰ وَهَارُوْنَ وَرَبَّ
إِبْرَاهِيْمَ وَياَ رَبَّ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ (صلى الله عليه وسلم)
عَلَيْهِمْ أَجمْـَعِيْنَ , اَللَّّهُمَّ ارْزُقْنِيَ الفَهْمَ وَالعِلْمَ وَالحِكْمَةً
وَالعَقْلَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَاحِمِيْنَ
“ Kami fahamkan Sulaiman akan dia, dan
masing-masing kami berikan hukum dan ilmu, kami tundukkan gunung-ganang dan
burung kepada Daud, dan semuanya itu Kamilah yang membuatnya. Ya Allah, Tuhan Musa
dan Tuhan Harun, Tuhan Ibrahim dan Tuhan sekalian makhluk, berilah aku rezeki,
faham ilmu dan hikmah, dan fikiran dengan-Mu, Ya Allah, Tuhan yang Maha
Pengasih.”
OK lah itu sahaja dari Lady S khas untuk adik adik semua pada
hari ini ya J pada
ibu bapa yang membaca, bolehlah print out kan dan diberikan kepada anak anak ya
J doa
doa di atas boleh diamalkan bukan sahaja pada musim peperiksaan, tetapi
sepanjang kehidupan juga ya! Semoga bermanfaat!
Salam sayang,
Lady S
No comments:
Post a Comment