Sunday, 22 October 2017

DETOX DAN KURUS


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua pembaca setia blog Lady S. Harapnya semua sihat sihat belaka lah ye 😊 Macam biasalah, kalau Lady S menaip ni mestilah sebab Lady S ada tips BAIK PUNYAAA nak kongsi dengan anda semua! 

Jadi hari ini Lady S nak kongsikan resipi air detox yang anda semua boleh buat sendiri di rumah. Resipinya mudah dan tak perlukan modal yang banyak. Siapa tak nak kan kurus tanpa melabur banyak duit?! Mestilah nak!!! So, boleh teruskan membaca kalau nak tahu resipi air detox oleh Lady S! 



1) Timun + Limau + Lemon

Mudah sahaja. Anda hanya perlukan beberapa hirisan timun, limau dan lemon untuk resipi yang pertama ini. Dan tentulah perlukan juga air kosong dan jag kaca 😊 campurkan kesemua bahan dan masukkan ke dalam jag kaca kemudian boleh disimpan di dalam peti sejuk selama beberapa jam. Siap! Mudah kan? 

Resipi di atas ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Timun, limau dan lemon mampu mengawal nafsu makan selain mengelakkan masalah perut kembung. Terbaik kan?! 😊



2) Lemon + Daun Pudina

Sama seperti yang di atas, campurkan kesemua bahan dan masukkan ke dalam jag kaca kemudian boleh disimpan di dalam peti sejuk selama beberapa jam. Siap dan sedia diminum. 

Kombinasi di antara lemon dan daun pudina ini pula sesuai buat mereka yang sibuk dan aktif. Lemon dapat menyingkirkan toksin dalam badan manakala daun pudina pula membantu proses penghadaman. Ia sangat membantu menurunkan berat badan. 



3) Oren + Limau + Lemon

Seperti sebelumnya, kesemua bahan hendaklah dicampurkan dan dimasukkan ke dalam jag kaca kemudian disimpan di dalam peti sejuk selama beberapa jam. 

Ramuan detox yang ini pula sangat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan perut kerana oren dan limau nipis baik untuk sistem pencernaan. Lemon pula membersihkan sistem pencernaan. Berkesan untuk mengatasi masalah perut buncit.


4) The Hijau + Pudina + Oren

Untuk resipi terakhir ini, hanya perlu bancuhkan teh hijau terlebih dahulu secara berasingan tanpa gula. Kemudian dibiarkan sejuk seketika. Kemudian, hirisan oren dan daun pudina di campurkan kepada teh hijau tadi. Simpan sejuk kemudian bolehlah diminum. Senang sangat tau! 

Ramuan terakhir ini amat berkesan untuk membakar lemak, melancarkan penghadaman, mengatasi sakit kepala dan bau mulut. Teh hijau pula memang terkenal dalam membantu meningkatkan metabolisme tubuh. 



Okay semua, itu sahaja untuk entry kali ini 😊 harap anda semua suka dan manfaatkan resipi air detox yang boleh membantu untuk menguruskan serta membuang toksin di dalam badan. Banyak manfaatnya jika kita minum air sebegini berbanding air air lain yang banyak gula tu tau! Haaaa… okay sampai sini sahaja dulu celoteh Lady S. jumpa lagi di entry yang lain ya! 😊

Salam sayang,
Lady S

No comments:

Post a Comment