1) Ketika tawaf:
·
Para
wanita digalakkan memakai seluar di dalam jubah dan jika anda mahu lebih selesa
untuk melangkah adalah apabila anda memakai seluar tight dari jenis
cotton.
·
Pakai kasut bersih khas untuk tawaf. Untuk pengetahuan anda, lantai di tempat tawaf adalah lantai tile. Jika anda hanya memakai sarung kaki, agak tak selesa untuk berjalan sebab sedikit licin dan kaki pun cepat sakit.
Pakai kasut bersih khas untuk tawaf. Untuk pengetahuan anda, lantai di tempat tawaf adalah lantai tile. Jika anda hanya memakai sarung kaki, agak tak selesa untuk berjalan sebab sedikit licin dan kaki pun cepat sakit.
Kasut Tawaf SOFIA ELLEN.
2) Ketika Sa’ie:
- Sama seperti tawaf; iaitu pakai seluar di dalam jubah dan pakai kasut. Biasanya perjalanan saie lebih laju berbanding tawaf sebab kurang sesak. Anda digalakkan untuk memakai stoking grip pada bahagian bawah tapak kaki agar memudahkan untuk melangkah kerana permukaan tile ditempat tawaf agak licin.
3) Pakai Niqab:
- Selain untuk mengelakkan diri daripada diganggu, niqab juga membantu melindungi wajah ketika panas terik dan juga ketika ribut pasir (adakala ia berlaku).
4) Pakaian
- Untuk jubah, tidak perlu membawa banyak,anda juga boleh membawa dalam 4-5 helai jubah. Anda juga boleh membasuh sendiri (boleh beli sabun di sana) atau hantar ke laundry service di hotel (biasanya ada servis ni di setiap hotel).
- Disana juga,anda boleh memakai blouse labuh dengan skirt dan memakai baju kurung. (Sopan dan tidak mengikut bentuk badan)
- Membawa mini telekung,di sana anda boleh memakai mini telekung siap-siap dari hotel ke masjid dan jadi lebih mudah untuk pakai telekung sahaja tanpa kainnya.
5) Isu Tandas
- Di Mekah, tandas memang agak jauh dari tempat solat. Kalau anda tinggalkan tempat solat untuk pergi ke tandas, biasanya anda takkan dapat duduk semula di tempat yang sama, terutamanya jika sudah hampir masuk waktu solat.
No comments:
Post a Comment