Wednesday, 26 April 2017

Fidyah: Hukum & Kiraan yang Betul

Apa itu Fidyah? 


Menurut Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), fidyah adalah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada') bulan Ramadhan.

Hukum fidyah adalah WAJIB, mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah S.W.T sekiranya ia tidak dilaksanakan.


Selalunya, kita kaum wanita perlu membayar fidyah apabila:

a) Hamil

b) Ibu menyusu

c) Lambat ganti puasa (Qada')

Ketiga-tiga sebab ini memerlukan kita untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan dan juga membayar fidyah (denda) berdasarkan kiraan yang telah termaktub.


Jika anda ada lagi puasa yang belum berganti, bersegeralah kerana sekarang sudah pun penghujung bulan Rejab.

Cuba anda ingat, ada tak puasa yang belum berganti 2 - 3 Ramadhan yang lepas? Jika ada, kiraan fidyah sudah menjadi lain. Mari kita kira bersama-sama.


Taksiran Fidyah


(Hari yang ditinggalkan) x (Tahun gandaan) x (1 cupak = RM1.75) = FIDYAH

Maka, jika anda meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, anda perlu membayar:

RM 1.75 (1 cupak) x 3 hari x 3 tahun = RM 15.75


Jika anda masih lagi mempunyai denda tertunggak, cepat-cepat buat kiraan dan bayar kepada pihak yang berkuasa mengambil bayaran. Jangn lengahkan ya! - LadyS

No comments:

Post a Comment