Tuesday, 10 October 2017

6 PETUA MENGHILANGKAN JERAWAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca blog Lady S! J apa khabar? Harapnya semua sihat-sihat hendaknya lah ya. Hari ini, macam biasa Lady S nak kongsikan sedikit tips untuk kakak2 abang2 adik2 di luar sana. Tips apa?? Haaaa… Hari ini special untuk semua Lady S nak kongsikan tips MENGHILANGKAN JERAWAT dengan cepat!
            Wow sangat kan tajuk dia? Haaa… Apatah lagi kalau esok ada event/appointment penting lepastu jerawat pulak naik besar gedabak haaa dekat muka! Ya Allah! Mesti segan nak keluar rumah kan?! Mesti rasa inferior teruk! Jadi meh sini baca tips dari Lady S supaya chuols boleh tangani masalah jerawat dengan pap pup sekejap je hilang okay?!


  1. Serbuk Kunyit
    -Campurkan beberapa titisan air pada sesudu serbuk kunyit.
    -Sapu pada jerawat beberapa minit.
    -Lakukan sehingga hilang jerawat.


  2. Bawang Putih
    -Potong bawang putih kepada dua.
    -Tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat.
    -Lakukan ini sehingga jerawat hilang.
    -Jus ini mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan cepat. 

  3. Kulit Buah Oren
    -Kisarkan kulit oren bersama air.
    -Ambil pes kulit oren dan sapu pada jerawat.
    -Lakukan ini setiap hari sehingga jerawat hilang.     

  4. Madu
    -Dengan menggunakan bebola kapas, ambil sedikit madu.
    -Tekap pada jerawat.
    -Lakukan ini setiap hari sehingga jerawat hilang.   

  5. Jus Timun
    -Hiris timun dan rendam dalam air selama sejam.
    -Kemudian minum airnya.
    -Lakukan ini setiap hari sehingga jerawat hilang.   
  6. Ubat Gigi
    -Sapu ubat gigi pada jerawat.
    -Biarkan semalaman.
    -Lakukan ini setiap kali sebelum tidur sehingga jerawat hilang.

Friday, 6 October 2017

BULU MATA LEBAT DENGAN LIDAH BUAYA!



Assalamualaikum semua pembaca setia Lady S! Apa khabar semua? Harap-harpnya semua semakin sihat macam Lady S! Hiks! Jadi hari ini Lady S nak share dengan semua satu tips yang mana kakak2 adik2 abang2 di luar sana boleh buat untuk lebatkan bulu mata korang! Haaa…! Mestilah Lady S tahu sekarang ni bulu mata lebat memang IN sangat. Tak payah lah nak keluar duit beli bulu mata palsu lagi!

Tentunya semua dah kenal dengan bahan semulajadi yang satu ini. Yup, lidah buaya sangatlah baik untuk merawat rambuttermasuk salah satunya dapat menebalkan bulu mata. Namun begitu, kita harus berhati-hati dalam menggunakan lidah buaya sebagai agen pelebat bulu mata. Ini kerana lidah buaya memiliki getah yang boleh menggatalkan kulit. Getah tersebut sekiranya terkena pada bahagian mata, maka akan menjadi masalah yang sangat serius. Jadi, hati-hati ok?

Di bawah ini Lady S senaraikan cara penggunaan lidah buaya dalam melebatkan bulu mata agar bulu mata kakak2 adik2 abang2 semua melentik-lentik dengan lebatnya :

1)       Terlebih dahulu siapkan daun lidah buaya yang masih segar. Ambil gel dan lendir yang ada di lidah buaya tersebut.
2)       Sapukan secara perlahan-lahan cairan tadi secara merata pada bahagian bulu mata. Untuk memastikan sapuan terkena kemas pada bulu mata, dinasihatkan untuk gunakan bantuan maskara atau cotton bud.
3)       Setelah sapuan dilakukan secara merata, biarkan seketika selama kurang lebih 30 minit. Kemudian bilas dengan menggunakan air sejuk sehingga bersih.

Amalkan secara kerap dan berterusan untuk hasil yang MELETOP! Sekali lagi harus diingatkan supaya berhati-hati menggunakan lidah buaya untuk melebatkan bulu mata. Nanti kalau bulu mata dan melentik cantic jangan lupa share dengan Lady S ok! Ok lah. Lady S nak pergi cari lidah buaya kejap. Jumpa lagi semua!

Salam saying,

Lady S

Thursday, 5 October 2017

2 TIPS MENDAPATKAN GIGI PUTIH BERSERI


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca blog Lady S. Terima kasih tak terhingga sebab tak pernah letih baca celoteh dari Lady S tau! Apa khabar semua? Rindu tak nak tips-tips berguna dari Lady S?

            Haa… Hari ini istimewa untuk semua Lady S bawakan DUA tips memutihkan gigi agar senyuman tu Nampak berseri-seri gitew! Lepas ni, takdelah bila nak mengorat tu asyik kena reject je kan?! Hiks! Nak tau ke tak DUA tips tu? Kalau nak teruskan membaca ok?

GARAM DAN LEMON
        

Garam dan lemon boleh dijadikan sebagai bahan untuk menghilangkan warna kuning pada gigi. Garam merupakan pengelupas semulajadi yang boleh menanggalkan kotoran pada gigi, sementara lemon mengandung asam yang mampu membantu melunturkan kotoran pada lapisan enamel gigi.
Di bawah ini Lady S senaraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi memutihkan gigi dengan hanya menggunakan garam dan lemon :
1)      Campurkan satu sudu teh garam dan beberapa titis lemon
2)      Gosokkan campuran tersebut pada gigi dan biarkan beberapa minit
3)      Bilas dengan berkumur menggunakan air suam

Mudah bukan? Jimat duit dan tenaga untuk ke klinik demi rawatan gigi yang mahal! Selain menggunakan cara diatas, boleh juga menggunakan kulit lemon sahaja dengan cara menggosok kulit lemon tadi pada gigi dan biarkan selama beberapa minit sebelum berkumur dengan air bersih. Lakukan rawatan ini dua kali seminggu untuk mendapatkan kesan yang da’ bomb!

ARANG BATU












Tak ramai yang tahu sebenarnya arang batu yang kita selalu guna untuk BBQ tu boleh memutihkan gigi dengan cepat! Haa… Mesti semua yang baca pun tertanya-tanya macam mana arang yang hitam legam tu boleh putihkan gigi pulak? Itulah yang kita tak tahu.
Arang batu mengandung bahan aktif karbon yang boleh membantu mengikis kotoran pada enamel gigi dengan cepat. Namun perlu berhati-hati kerana arang tidak boleh digunakan sebagai bahan pemutih gigi secara rutin. Jom kita tengok macam mana caranya nak putihkan gigi dengan  hanya menggunakan arang batu :
1)      Tumbuk arang kayu sehingga menjadi serbuk
2)     Campurkan serbuk arang bersama sedikit air dan sapukan campuran tersebut pada gigi selama beberapa minit.
3)      Kumur dengan menggunakan air suam.

VoilĂ ! Hasilnya gigi putih berseri serta kelihatan cantik dan sihat! Tapi mesti beringat untuk hanya menggunakan arang secara maksimumnya sebanyak dua kali sahaja dalam sebulan kerana arang mampu merosakkan lapisan pelindung gigi dan mengakibatkan gigi menjadi sensitif.

Ok semua! Selamat mecuba dua tips memutihkan gigi agar gigi cantik berseri dari Lady S! mmmuah!

Salam sayang,
Lady S

Friday, 29 September 2017

PUASA ASYURA'



Berakhirnya bulan Zulkaedah membawa kita kepada pembukaan tahun baru di dalam Islam iaitu bulan Muharram. Haa, macam mana dengan persediaan semua pada tahun baru ini? Dah ada azam baru ke? Dah mulakan langkah nak mencapai azam baru? Jika sudah, Alhamdulillah. Jika ada dalam kalangan pembaca yang belum menanam azam baru, masih belum terlambat lagi nak berazam baru ok?
            Tapi hari ini Lady S bukan nak cerita pasal azam baru Lady S. Cuma Lady S nak berkongsi sedikit berkenaan puasa-puasa sunat yang boleh kita semua amalkan di dalam bulan Muharram yang mulia ini J

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

Dapat dilihat menerusi hadis di atas bahawa puasa yang kedua utama di dalam Islam ialah puasa di dalam bulan Muharram. Siapa biasa amalkan puasa Asyura’? Kalau dah biasa tu, Alhamdulillah sejuk hati Lady S mendengarnya. Hehehe… Kalau belum tu, apa kata tahun ini kita mulakan amalan berpuasa di hari Asyura’ di dalam bulan Muharram.

PUASA ASYURA’
Puasa Asyura’ jatuh pada tanggal 10 Muharram pada setiap tahun Islam J menurut sebuah hadis,
Nampak tak betapa banyaknya REWARDS yang Allah swt kurniakan kepada hamba-Nya yang berpuasa dan bersedekah pada hari Asyura’.

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.;"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yangg bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (Riwayat Albazzar)

Nampak tak betapa banyaknya REWARDS yang Allah swt kurniakan kepada hamba-Nya yang berpuasa dan bersedekah pada hari Asyura’. Rugi tau kalau kita semua tak rebut peluang yang hanya datang sekali setahun! Dapat pulak jika di hari Asyura’ banyak masjid / surau yang bergotong royong membuat bubur Asyura’ dan agihkan kepada masyarakat setempat, siapa yang tak suka free food kan? 

Selain itu, Lady S juga nak kongsikan tingkatan puasa Asyura’ kepada semua. Terdapat tiga tingkatan di dalam puasa di hari Asyura’ yang dijelaskan oleh Ibnul Qayim iaitu :
  1. Tingkatan paling sempurna, puasa tiga hari. Sehari sebelum Asyura, hari Asyura, dan sehari setelahnya.
  2. Tingkatan kedua, puasa tanggal 9 dan tanggal 10 Muharram. Ini berdasarkan banyak hadits.
  3. Tingkatan ketiga, puasa tanggal 10 saja. (Zadul Ma’ad, 2/72).*

PUASA TASU’A
Selain puasa Asyura’ pada tanggal 10 Muharram, terdapat lagi satu lagi puasa di dalam bulan Muharram yang digelar sebagai puasa Tasu’a. puasa tasu’a merupakan puasa yang dilakukan pada sehari sebelum hari Asyura’ iaitu tanggal 9 Muharram pada setiap tahun Islam. Menurut hadis Nabi Muhammad saw
Dari Ibn Abbas radliallahu ‘anhuma, beliau menceritakan:
Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melaksanakan puasa Asyura’ dan memerintahkan para sahabat untuk puasa. Kemudian ada sahabat yang berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang diagungkan orang Yahudi dan nasrani. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tahun depan, kita akan berpuasa di tanggal sembilan.” Namun, belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallamsudah diwafatkan.” (HR. Al Bukhari)
            Justeru, Lady S nak mengajak semua pembaca untuk sama-sama berpuasa Tasu’a dan Asyura’ pada tahun ini. Semoga tahun ini merupakan tahun yang lebih baik bagi kita semua dan semua amalan kita diterima Allah swt J
Salam sayang,
Lady S

(GAMBAR AWAL MUHARRAM BOLEH AMBIL YANG IG/FB POST)

Thursday, 20 July 2017

Persediaan Pakaian Haji Bagi Jemaah Wanita

Labbaikallah Hummallabbaiq~

Panggilan Haji sudah semakin lama semakin hampir dengan kita. Buat anda yang bertuah menjadi tetamu Allah tahun ini, tahniah buat anda! Sudah buat persediaan ke belum?

Haa... Persediaan Haji bukan sahaja fizikal dan mental je ya.. Ia juga merangkumi persediaan kelengkapan A - Z yang perlu dibawa bersama. Mari Lady S berikan 'checklist' untuk anda sang muslimah agar persediaan Haji kita lebih mudah dan smooth.



Checklist kelengkapan Haji bagi Muslimah


Kalau dilihat pada checklist, kita Muslimah perlu membawa jubah seluar di dalamnya. Kebetulan Butik Sofia Ellen memang menyediakan jubah seluar dari fabrik cotton yang selesa dan tidak panas. Menyerap peluh dan juga mesra solat. Tak perlu susah-susah dah~


Set Aleesya



Set Adeera


Set Afeena


Set Aneesa


Sempena musim Haji ini, butik Lady S akan memberikan DISKAUN sehingga 30% untuk setiap set pakaian Haji. Bukan diskaun sahaja, hadiah PERCUMA juga Lady S bagi ok~ Bertuah sangat sesiapa yang walk-in butik SOFIA ELLEN sepanjang musim Haji ini.

Produk kami terjamin kualiti dan jahitannya. Fabrik yang gred A sahaja kami gunakan. Jadi, anda tak perlu risau dengan harga + kualitinya. Berbaloi-baloi~

Apa lagi? Jomlah buat persediaan Haji anda dengan Butik SOFIA ELLEN! - LadyS

Friday, 7 July 2017

Batuk Berminggu-minggu? Guna Dua Bahan Simple Ni Untuk Hilangkannya.

Orang dulu-dulu sangat bijak dalam amalan-amalan tradisional yang tak pernah terfikir oleh kita. Sains pun kadang-kala tidak dapat menjelaskan di mana hujung pangkal 'kebaikan' amalan-amalan ini.

Tetapi, jangan pandang enteng ok? Selalunya ianya mujarab dan juga lebih natural dan organik berbanding ubat-ubatan moden. Apa salahnya cuba bukan? Selagi ianya halal dan tidak melanggar syariat agama, ikhtiar akan membawa kepada pemulihan.

Nak hilangkan batuk yang sudah berminggu-minggu atau batuk yang teruk sampai hilang suara? Lady S ada rahsia! Dua bahan je perlu dan gerenti ada di dapur akak-akak semua.

Apa bahannya?














1. Sebiji limau nipis
2. Sesudu besar kicap (masin or manis, ikut tekak anda)

Cara makan?
Perah limau (buaang bijinya ya!) ke atas sudu, tuang sedikit kicap atas sudu yag sama.
Kacau-kacau sikit dan minum.

Mula-mula anda pasti akan rasa segala macam rasa, tetapi percayalah lepas tu mesti lega dan akan mahu lagi. Sedap! Kombinasi yang pelik tetapi sedap dan berkesan. Amalkan dua kali sehari, pagi dan malam.

Pastikan anda minum juga air masak dengan banyak untuk mempercepatkan lagi batuk hilang. Selamat mencuba! - LadyS

Friday, 2 June 2017

Susu Kurma: Terbaik Untuk Tahan Lapar

Ramai di antara kita yang biasa tidak bersahur atau senang cakap malas nak bangun sahur. Tetapi, janganlah begitu. Sesungguhnya besar pahala bersahur. Jika anda malas nak makan semasa sahur, apa kata amalkan pengambilan susu kurma ini untuk menahan lapar sepanjang hari.

Mungkin anda juga mempunyai versi sendiri, tetapi Lady S merasakan resepi ini antara yang terbaik dan tersedap.

Bahan-bahan:
- 7 - 10 biji kurma (jenis kurma terpulang kepada anda. Nak campur pun boleh.)
- 1 cawan air kosong
- 2 cawan susu segar (penuh lemak atau rendah lemak - ikut citarasa masing-masing. Tetapi sebaiknya susu kambing lebih afdal~)

Bahan tambahan lain:
- Madu
- Oat
- Kacang badam/gajus
- Kismis
- Buah tin
- Pisang
- Serbuk milo/koko/kopi
- Serbuk kayu manis
- Ketulan ais
- Aiskrim vanila

Cara-cara membuat:
1. Belah kurma dan keluarkan bijinya.
2. Rendam isi kurma dalam air kosong semalaman. Sekiranya anda tidak mahu menunggu lama, boleh gantikan air kosong dengan air panas dan rendamkan kurma antara 10-15 minit.
3. Tuang kurma berserta air rendaman ke dalam pengisar dan masukkan sekali susu segar.
4. Kisar sehingga hancur.
5. Tuangkan ke dalam gelas dan boleh disejukkan terlebih dahulu atau dihidangkan terus.




Tips:
1. Jika anda gunakan kurma yang lembut dan manis, makan susu kurma anda akan lebih umph! Jika anda suka bereksperimen, bolehlah anda tambahkan bahan-bahan tambahan yang dinyatakan tadi.
2. Susu kurma ini juga perfect untuk ibu-ibu mengandung dan menyusukan anak. Juga terbaik untuk anda yang sedang berdiet kerana ia mengenyangkan dan mengekang rasa lapar untuk tempoh yang panjang.
3. Susu kurma ini boleh juga anda ambil semasa berbuka terutama sekali jika anda mahu solat Marghrib terlebih dahulu sebelum makan.

Selamat mencuba! - LadyS

Kredit: Facebook (Lubok Selera)