Friday, 7 July 2017

Batuk Berminggu-minggu? Guna Dua Bahan Simple Ni Untuk Hilangkannya.

Orang dulu-dulu sangat bijak dalam amalan-amalan tradisional yang tak pernah terfikir oleh kita. Sains pun kadang-kala tidak dapat menjelaskan di mana hujung pangkal 'kebaikan' amalan-amalan ini.

Tetapi, jangan pandang enteng ok? Selalunya ianya mujarab dan juga lebih natural dan organik berbanding ubat-ubatan moden. Apa salahnya cuba bukan? Selagi ianya halal dan tidak melanggar syariat agama, ikhtiar akan membawa kepada pemulihan.

Nak hilangkan batuk yang sudah berminggu-minggu atau batuk yang teruk sampai hilang suara? Lady S ada rahsia! Dua bahan je perlu dan gerenti ada di dapur akak-akak semua.

Apa bahannya?














1. Sebiji limau nipis
2. Sesudu besar kicap (masin or manis, ikut tekak anda)

Cara makan?
Perah limau (buaang bijinya ya!) ke atas sudu, tuang sedikit kicap atas sudu yag sama.
Kacau-kacau sikit dan minum.

Mula-mula anda pasti akan rasa segala macam rasa, tetapi percayalah lepas tu mesti lega dan akan mahu lagi. Sedap! Kombinasi yang pelik tetapi sedap dan berkesan. Amalkan dua kali sehari, pagi dan malam.

Pastikan anda minum juga air masak dengan banyak untuk mempercepatkan lagi batuk hilang. Selamat mencuba! - LadyS

No comments:

Post a Comment