Saturday, 28 October 2017

10 TIPS PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI


Assalamualaikum wbt dan apa khabar semua? Lady S harap semua dalam keadaan sihat dan bahagia di samping keluarga tersayang ya. Haaa dengar kata ramai yg bakal dapat bonus selepas Perdana Menteri kita bentangkan Budget 2018 semalam. Wah!! Pasti senyum lebar semua kan hari ini? 

Da dapat bonus, jangan lupa menyimpan ya darling2 semua… Kita tidak tahu bila kesusahan akan dtg ke kita. Lebih baik kita menyimpan dari sekarang. Betul ke tidak? ๐Ÿ˜Š 

Haa, hari ini, Lady S nak share sikit pasal mcm mana nak uruskan kewangan peribadi kita. Ingat ya, tanpa pengurusan kewangan yg betul, wang yg tinggi melangit pun boleh habis. ๐Ÿ˜Š

Jadi dibawah ini Lady S nak share sikit tips2nya, ๐Ÿ˜‰

1. Simpan 10%-30% daripada gaji bulanan

Lady S percaya, semua pembaca blog Lady S semua sudah mempunyai gaji bulanan kan? Jadi, Lady S ingin nasihatkan , selepas mendapat gaji, asingkan siap2 untuk simpanan. Dan duit simpanan itu jangan usik kecuali ada hal2 kecemasan yg berlaku. ๐Ÿ˜Š 

2. Membayar komitment

Selepas selesai asingkan gaji bulanan, baru laa kita boleh membayar segala komitment yg perlu kita bayar setiap bulan. Seperti bill elektrik, bill air, bill telefon dan sebagainya. Seeloknya, jadikan amalan untuk membayar komitment tepat pada waktunya. Untuk mengelakkan iaanya menjadi satu bebanan pada bulan akan dtg. 

3. Belanja mengikut keperluan bukan kehendak

Lady S ingin nasihatkan supaya berbelanja mengikut keperluan bukan mengikut kehendak semata-mata. Sebaiknya, jauh kan diri dari pergi ke tempat membeli –belah ataupun jauhkan diri daripada melayari website2 yg boleh cenderung untuk “online shopping”. Perkara ini membolehkan kita membelanja melebihi daripada sepatutnya dan akan menyebabkan istilah “TERBELI” sering terjadi. 

4. Jangan lupa kepada kedua ibubapa

Kepada pembaca – pembaca blog Lady S yg masih mempunyai ibubapa, Lady S suka nak ingatkan, asingkan laa duit gaji kita setiap bulan untuk ibubapa kita. Sebaiknya bagi laa setiap seorang. Walaupun jumlah duit yg kita berikan kepada mereka tidak berapa banyak(walaupun sekadar RM50), tapi percayalah, ibubapa kita pasti akan berasa sangat gembira apabila anaknya memberikan nya duit poket. Jangan jadi kedekut dengan ibubapa kita. Ingatlaa tanpa keberkatan daripada ibubapa kita, gaji kita tinggi mana pun akan berasa tidak cukup jika kita sering melupakan ibubapa kita. ๐Ÿ˜Š

5. Elakkan Pinjaman Peribadi

Usah buat pinjaman peribadi untuk kenduri kahwin. Apabila pinjam RM50K untuk kenduri kahwin, pasangan berkenaan melangkah ke alam rumahtangga dengan hutang. Apa guna jadi Raja Sehari kalau selepas itu kita jadi Hamba Hutang bertahun-tahun?

6. Elakkan Kad Kredit

Gunakan kad debit, elakkan kad kredit. Ia sama seperti bayar tunai, tak berhutang. Ada duit beli, tak ada duit tak perlu beli.


7. Bayar Semula Setiap Bulan

Kalau nak gunakan kad kredit, pastikan bayar balik penuh setiap bulan. Usah berhutang. Gunakan credit limit yang rendah, bergantung kepada keperluan dan kemampuan bayar. Ramai orang muflis kerana kad kredit. Kalau kita tak mampu bayar balik kesemua baki kad kredit setiap bulan, itu petanda kita sudah berbelanja di luar kemampuan.

8. Elakkan Buat Bisnes Bermusim

Usah habiskan duit untuk buat bisnes bermusim. Orang buat bisnes ikan keli dalam kanvas, kita pun nak buat bisnes ikan keli dalam kanvas. Orang tanam serai wangi, kita pun nak tanam serai wangi. Ramai yang habis wang tabungan (dan rugi) kerana buat bisnes bermusim.

9. Jangan Jadi Penjamin

Elakkan menjadi penjamin pinjaman walaupun kepada adik-beradik dan kawan-kawan terdekat sekiranya mereka tidak mampu. Buat penilaian, sekiranya anda percaya mereka tidak ada kemampuan bayar balik atau tidak ada disiplin kewangan, usah jadi penjamin. Ramai hadapi masalah kewangan kerana jadi penjamin kepada orang lain. Hidup jadi kacau-bilau kerana jadi penjamin orang lain.

10. Dapatkan Nasihat

Walau berapa pun gaji kita, pastikan ada simpanan. Mulakan dengan menyimpan 10% gaji bulanan dan tingkatkan jumlah tersebut dari semasa ke semasa. Ada banyak instrumen simpanan dan pelaburan yang ada. Dapatkan nasihat mereka yang ada ilmu dalam soal pengurusan kewangan peribadi.



Dalam pengurusan kewangan peribadi, ingat tiga perkara: “Ikat Perut, Usah Berhutang Dan Buat Simpanan”. 

Semoga apa yg Lady S sharekan hari ini menjadi titik permulaan untuk kita semua , dapat menguruskan kewangan peribadi kita dengan betul. 
Salam sayang
Lady S

Thursday, 26 October 2017

DOA KETIKA MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Assalamualaikum wbt dan apa khabar semua? Haaa…. Kan Lady S dah share tips menghadapi peperiksaan untuk semua kna? Jadi hari ini Lady S nak kongsikan doa-doa yang boleh adik adik amalkan menjelang musim peperiksaan J


a)      Doa Penerang Hati
ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ู†َูˆِّุฑْ ู‚َู„ْุจِูŠْ ุจِู†ُูˆْุฑِ ู‡ِุฏَุงูŠَุชِูƒَ ูƒَู…َุง ู†َูˆَّุฑْุชَ ๏ญู„ุฃَุฑْุถِ ุจِู†ُูˆْุฑِ ุดَู…ْุณِูƒَ ุฃَุจَุฏًุง ุจِุฑَุญْู…َุชِูƒَ ูŠَุข ุฃَุฑْุญَู…َ ุงู„ุฑَّุงุญِู…ِูŠْู†َ

Terjemahan: “ Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya, Ya Allah Yang Maha Mengasihani. ”
  
b)     Doa Pembuka Hati
ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงَู„ْู‡ِู…ْู†ِูŠْ ุฑَุดْุฏِูŠْ ูˆَู‚ِู†ِูŠْ ุดَุฑَّ ู†َูْุณِูŠْ

Terjemahan: “ Ya Allah, berikan aku petunjuk dan peliharalah aku dari kejahatan sendiri. ”



c)      Doa Mengulangkaji Pelajaran
ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฃَุฎْุฑِุฌْู†ِูŠْ ู…ِู†ْ ุธُู„ُู…َุงุชِ ๏ญู„ูˆَู‡ْู…ِ ูˆَุฃَูƒْุฑِู…ْู†ِูŠْ ุจِู†ُูˆْุฑِ ๏ญู„ูَู‡ْู…ِ ูˆَ๏ญูْุชَุญْ ุนَู„َูŠَّ ุจِู…َุนْุฑِูَุชِูƒَ  ูˆَุณَู‡َّู„ْ ู„ِูŠْ ุฃَุจْูˆَุงุจَ ูَุถْู„ِูƒَ ูŠَุข ุฃَุฑْุญَู…َ ุงู„ุฑَّุงุญِู…ِูŠْู†َ 
Terjemahan“ Ya Allah, jauhilah aku dari kebingungan, muliakanlah aku dengan cahaya ilmu dan pengertian, bukakanlah kepadaku makrifat-Mu, dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang pengasih.” 


d)     Doa Sebelum Belajar
ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ๏ญูْุชَุญْ ุนَู„َูŠْู†َุง ุญِูƒْู…َุชَูƒَ ูˆَ๏ญู†ْุดُุฑْ ุนَู„َูŠْู†َุง ู…ِู†ْ ุฎَุฒَุงุฆِู†ِ ุฑَุญْู…َุชِูƒَ ูŠَุข ุฃَุฑْุญَู…َ ุงู„ุฑَّุงุญِู…ِูŠْู†َ


“ Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, Wahai Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”



e)      Doa Sedang Belajar
ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงูْุชَุญْ ุนَู„َูŠْู†َุง ูُุชُูˆْุญَ ๏ญู„ุนَุงุฑِูِูŠْู†َ ูˆَุงุฑْุฒُู‚ْู†َุง ูَู‡ْู…َ ุงู„ู†َّุจِูŠِّู€ูŠْู†َ ูˆَุฅِู„ْู‡َุงู…َ ๏ญู„ู…َู„ุงَุฆِูƒَุฉِ ุงู„ู…ُู‚َุฑَّุจِูŠْู†َ ุจِุฑَุญْู…َุชِูƒَ ูŠَุข ุฃَุฑْุญَู…َ ุงู„ุฑَّุงุญู…ِูŠِْู†َ

“ Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif , Kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para Malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan Rahmat-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”                               



f)       Doa Selepas Belajar
ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฅِู†ِِِّูŠْ ุฃَุณْุชَูˆْุฏِุนُูƒَ ู…َุง ุนَู„ِู…ْุชَู†ِู€ูŠْู‡ِ ูَุงุฑْุฏُุฏْู‡ُ ุฅِู„َูŠَّ ุนِู†ْุฏَ ุญَุงุฌَุชِูŠْ ุฅِู„َูŠْู‡ِ ูˆَู„ุงَ ุชَู†ْุณَู†ِูŠู€ْู‡ِ ูŠَุง ุฑَุจَّ ุงู„ุนَุงู„َู…ِูŠْู†َ
“ Ya Allah, aku pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah semula kepadaku jika aku memerlukannya dan janganlah Engkau buat aku melupainya, Wahai Tuhan Yang Sekalian Alam. ”




g)      Doa Mohon Diberi Kecerdasan Berfikir
ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงَู„ْู‡ِู…ْู†ِูŠْ ุฑَุดْุฏِูŠْ ูˆَุฃَุนِุฐْู†ِู‰ ู…ِู†ْ ุดَุฑِّ ู†َูْุณِูŠْ


“ Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah dari kejahatan nafsuku.”


h)     Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan

ุฑَุจِّ ุงุดْุฑَุญْ ู„ِูŠْ ุตَุฏْุฑِูŠْ ูˆَูŠَุณِّุฑْู„ِูŠْ ุฃَู…ْุฑِูŠْ


“ Ya Allah, Lapangkanlah dada(jiwaku) dan permudahkanlah urusanku.”



i)        Doa supaya Dijauhkan Dari Sifat Malas, Bakhil Dan Pengecut
ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฅِู†ِّูŠْ ุฃَุนُูˆْุฐُุจِูƒَ ู…ِู†َ ุงู„ู‡َู…ِّ ูˆَุงู„ุญَุฒَู†ْ ูˆَุฃُุนُูˆْุฐُุจِูƒَ ู…ِู†َ ุงู„ุนَุฌْุฒِ ูˆَุงู„ูƒَุณَู„ْ ูˆَุฃَุนُูˆْุฐُุจِูƒَ ู…ِู†َ ุงู„ุฌُุจْู†ِ ูˆَุงู„ุจُุฎْู„ِ ูˆَุฃَุนُูˆْุฐُุจِูƒَ ู…ِู†َ ุบَู„َุจَุฉِ ุงู„ุฏَّูŠْู†ِ ูˆَู‚َู‡ْุฑِ ุงู„ุฑِّุฌَุงู„ِ


“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada–Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). ”



j)       Doa Supaya Beroleh Ilmu Yang Bermanfaat
ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฅِِู†ِّูŠْ ุฃَุนُูˆْุฐُุจِูƒَ ู…ِู†ْ ุนِู„ْู…ٍ ู„ุงَ ูŠَู†ْูَุนُ , ูˆَู…ِู†ْ ู‚َู„ْุจٍ ู„ุงَ ูŠَุฎْุดَุนُ , ูˆَู…ِู†ْ ู†َูْุณٍ ู„ุงَ ุชَุดْุจَุนُ , ูˆَู…ِู†ْ ุฏَุนْูˆَุฉٍ ู„ุงَ ูŠُุณْุชَุฌَุงุจُ ู„َู‡ุงَ  


“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yanh tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”



k)     Doa menuntut Ilmu Pengetahuan
ูŠَุง ุญَูŠُّ ูŠَุง ู‚َูŠُّูˆْู…ُ ูŠَุง ุจَุฏِูŠْุนُ ุงู„ุณَّู…َٰูˆَุงุชِ ูˆَุงู„ุฃَุฑْุถِ ูŠَุง ุฐَุงู„ุฌَู„ุงَู„ِ ูˆَุงู„ุฅِูƒْุฑَุงู…ِ ูŠَุง ๏ญ๏ทฒُ ู„ุงَ ุฅِู„َู€ู‡َ ุฅِู„ุงَّ ุฃَู†ْุชَ ุฃَุณْู€ุฃَู„ُูƒَ ุฃَู†ْ ุชُุญْูŠِูŠَ ู‚َู„ْุจِูŠْ ุจِู†ُูˆْุฑِ ู‡ِุฏَุงูŠَุชِูƒَ ูŠَุง ุฃَุฑْุญَู…َ ุงู„ุฑَّุงุญِู…ِู€ูŠْู†َ

“Ya Allah, Tuhan Yang Maha Hidup yang Berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan Yang Maha Besar dan Maha Mulia, Ya Allah, Tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada-Mu semoga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah-Mu, Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih dan Penyayang.”




l)        Doa Dimudahkan Faham Dan Hafal Pelajaran ( Surah Al-Anbiya’: ayat 79)
ูَูَู‡َู…ْู†َุงู‡ุงَ ุณُู„َูŠْู…َุงู†َ ูˆَูƒُู„ุงَّ ุงَٰุชَูŠْู†ุงَ ุญِูƒْู…ุงً ูˆَุนِู„ْู…ً ูˆَุณَุฎََّุฑْู†ุงَ ู…َุนَ ุฏَุงูˆُุฏَุงู„ุฌِْุจَุงู„َ ูŠُุณَّุจِุญْู†َ ูˆَุงู„ุทَّูŠْุฑِ ูˆُูƒู†ุงَّ ูَุงุนِู„ِูŠْู†َ , ูˆَ ูŠุงَ ุญَูŠُّ ูŠَุง ู‚َูŠُّูˆู…ُ ูŠุงَ ุฑَุจَّ ู…ُูˆุณَู‰ٰٰ ูˆَู‡َุงุฑُูˆْู†َ ูˆَุฑَุจَّ ุฅِุจْุฑَุงู‡ِูŠْู…َ ูˆَูŠุงَ ุฑَุจَّ ู…ُุญَู…َّุฏٍ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ُ (ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…) ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ุฃَุฌู…ْู€َุนِูŠْู†َ , ุงَู„ู„َّّู‡ُู…َّ ุงุฑْุฒُู‚ْู†ِูŠَ ุงู„ูَู‡ْู…َ ูˆَุงู„ุนِู„ْู…َ ูˆَุงู„ุญِูƒْู…َุฉً ูˆَุงู„ุนَู‚ْู„َ ุจِุฑَุญْู…َุชِูƒَ ูŠَุง ุฃَุฑْุญَู…َ ุงู„ุฑَุงุญِู…ِูŠْู†َ


“ Kami fahamkan Sulaiman akan dia, dan masing-masing kami berikan hukum dan ilmu, kami tundukkan gunung-ganang dan burung kepada Daud, dan semuanya itu Kamilah yang membuatnya. Ya Allah, Tuhan Musa dan Tuhan Harun, Tuhan Ibrahim dan Tuhan sekalian makhluk, berilah aku rezeki, faham ilmu dan hikmah, dan fikiran dengan-Mu, Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih.”




OK lah itu sahaja dari Lady S khas untuk adik adik semua pada hari ini ya J pada ibu bapa yang membaca, bolehlah print out kan dan diberikan kepada anak anak ya J doa doa di atas boleh diamalkan bukan sahaja pada musim peperiksaan, tetapi sepanjang kehidupan juga ya! Semoga bermanfaat!

Salam sayang,
Lady S

Tuesday, 24 October 2017

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat pembaca setia Lady S. Apa khabar semua? Harap semuanya berada dalam kesihatan yang baik baik aje ye ๐Ÿ˜Š Memandangkan sekarang sudah masuk fasa hujung tahun, pastinya ramai adik adik yang bakal menduduki peperiksaan tak lama lagi kan? Lady S dapat tahu juga yang tak lama lagi dah musim SPM ๐Ÿ˜Š

Jadi hari ni Lady S nak share la sedikit tips bagi adik adik yang bakal nak exam tu boleh bersedia dengan jayanya supaya nanti bila dapat kertas periksa boleh jawab dengan baik. Haa gituu… jadi tanpa perlu Lady S celoteh panjang jom kita tengok apakah 7 tips tersebut.


1) SEMAK JADUAL

Sebelum peperiksaan berlangsung, para pelajar kebiasaannya akan dibekalkan dengan jadual peperiksaan. Adalah sangat penting untuk setiap pelajar menitik beratkan kandungan jadual peperiksaan tersebut. Ini kerana ia akan memudahkan para pelajar untuk merangka perjalanan ulangkaji. Matapelajaran mana yang perlu diutamakan. 

Antara tips yang boleh Lady S berikan ialah mulakan ulangkaji bagi kertas peperiksaan yang terakhir. Ini kerana kebiasaannya apabila tiba minggu peperiksaan pelajar akan mengulangkaji matapelajaran yang bakal diduduki pada hari pertama dan seterusnya.

Ini juga bermakna anda telah membuat ulangkaji yang menyeluruh jika anda dahulukan dengan kertas terakhir dan diakhiri dengan kertas yang pertama. 


2) KUNCI PEPERIKSAAN

Untuk kita menjadi seorang yang Berjaya, kita hendaklah mengetahui tujuan dank unci sesuatu yang kita lakukan. Contohnya dalam menghadapi peperiksaan kuncinya adalah usaha yang berterusan. Ulangkaji dan latihan yang dibuat secara berterusan menjadikan seseorang pelajar itu bersedia sepenuhnya dan boleh mengelak diri dari terlupa fakta bagi menjawab soalan. 

Justeru, para pelajar dinasihatkan untuk tidak jemu dan putus asa dalam mengulangkaji. Usaha yang berterusan setiap hari meskipun sedikit in shaa Allah akan membawa hasil yang baik. 


3) TENTUKAN KEUTAMAAN

Sekiranya seseorang pelajar merasa kurang yakin akan kebolehannya menguasai sesuatu subjek, maka pelajar tersebut perlulah mengutamakan subjek dan kemahiran yang kurang dikuasainya itu. Tahu kemampuan dan kebolehan diri dalam meletakkan keutamaan untuk mengulangkaji. 

Para pelajar tidak digalakkan untuk melebihkan mata pelajaran yang digemari sahaja. Ini kerana system peperiksaan di Malaysia membabitkan semua mata pelajaran yang dipelajari di sekolah bukan mengikut kepada minat pelajar sahaja. Justeru, para pelajar perlu bersedia untuk menguasai semua mata pelajaran yang ditetapkan oleh KPM.   



4) MENGINGAT DAN MEMBUAT KAITAN

Apabila menghadapi peperiksaan, mengingat fakta dan formula adalah antara kunci untuk menjawab soalan dengan baik. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh para pelajar dalam membantu untuk mengingat dan membuat kaitan. Contohnya penggunaan mindmap, nota ringkas dan sebagainya. Belajar dan mengulangkaji secara berulangan juga mampu mengasah kemahiran mengingat dan membuat kaitan.

Apapun cara yang digunakan adalah mengikut citarasa anda. Apa yang penting ialah cara tersebut membantu anda dalam mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan. 



5) ELAKKAN AKTIVITI SIA-SIA
Pelajar memerlukan fokus yang tinggi dalam menghadapi peperiksaan. Justeru, para pelajar disarankan untuk menjauhkan diri dari aktiviti yang tidak baik agar kesihatan fizikal dan mental sentiasa berada dalam keadaan yang baik. 

Dalam menghadapi peperiksaan juga, para pelajar akan berdepan dengan pelbagai dugaan. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, sentiasalah berbincang dengan yang lebih mengetahui seperti ibu bapa dan guru. Juga perlu bagi setiap pelajar untuk bersedia dengan pelbagai dugaan yang diterima. Sentiasalah berdoa kepada tuhan agar diberikan kesenangan dan kemudahan dalam menghadapi peperiksaan ๐Ÿ˜Š


6) PERSIAPAN TERANCANG

Terdapat tiga perkara yang boleh dipraktikkan oleh para pelajar dalam menghadapi pepriksaan. Tiga perkara tersebut mampu mebantu para pelajar untuk bersiap sedia menghadapi peperiksaan.

  • Semakin mendekat hari peperiksaan, pelajar perlu lebih berusaha dan semangat untuk membuat latihan secara beterusan. Bukan hanya bergantung kepada latihan yang diberikan oleh guru di sekolah. Pelajar perlulah mencari inisiatif sendiri mencari buku latihan. Minta pada ibu bapa untuk bekalkan buku latihan tertentu supaya ulangkaji dapat dilakukan secara berterusan. 
  • Latih diri anda untuk sentiasa bangun awal pagi. Ini supaya anda boleh bangun awal dan bersiap sedia pada hari peperiksaan. Bangun awal, bersiap awal dan bolehlah ke sekolah dengan lebih awal. Jika anda terlewat bangun, dikhuatiri anda tergesa-gesa untuk bersiap sehingga ada perkara yang tertinggal di rumah seperti slip masuk dewan periksa, alat tulis dan lain-lain. Juga, jika ada terlewat anda mungkin akan menjawab periksa dengan perut kosong!
  • Terkahir, selesai peperiksaan berlangsung jangan anda terus berbincang dengan rakan-rakan mengenai soalan yang sudah dijawab. Berikan anda masa untuk bertenang dan habiskan semua kertas periksa terlebih dahulu. Ini bagi mengelakkan anda rasa kurang yakin untuk meneruskan peperiksaan sekiranya anda mendapati anda bakal mendapat keputusan yang kurang memuaskan.


7) DOA DAN TAWAKAL

Selesai musim peperiksaan, anda yakinlah diri anda akan berjaya. Jangan anda ragui kebolehan dan kemampuan diri. Sentiasalah berdoa dan bertawakkal kepada Allah agar diberikan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Anda telah habiskan bahagian anda untuk berusaha dan menjawab peperiksaan. Selebihnya, rezeki kejayaan adalah ketentuan tuhan.



Semoga perkongsian Lady S kali ini sedikit sebanyak memberi kesan positif kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi ๐Ÿ˜Š doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal lah kepada yang Maha Memberi Rezeki agar dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat.



Salam sayang,
Lady S

Sunday, 22 October 2017

DETOX DAN KURUS


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua pembaca setia blog Lady S. Harapnya semua sihat sihat belaka lah ye ๐Ÿ˜Š Macam biasalah, kalau Lady S menaip ni mestilah sebab Lady S ada tips BAIK PUNYAAA nak kongsi dengan anda semua! 

Jadi hari ini Lady S nak kongsikan resipi air detox yang anda semua boleh buat sendiri di rumah. Resipinya mudah dan tak perlukan modal yang banyak. Siapa tak nak kan kurus tanpa melabur banyak duit?! Mestilah nak!!! So, boleh teruskan membaca kalau nak tahu resipi air detox oleh Lady S! 



1) Timun + Limau + Lemon

Mudah sahaja. Anda hanya perlukan beberapa hirisan timun, limau dan lemon untuk resipi yang pertama ini. Dan tentulah perlukan juga air kosong dan jag kaca ๐Ÿ˜Š campurkan kesemua bahan dan masukkan ke dalam jag kaca kemudian boleh disimpan di dalam peti sejuk selama beberapa jam. Siap! Mudah kan? 

Resipi di atas ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Timun, limau dan lemon mampu mengawal nafsu makan selain mengelakkan masalah perut kembung. Terbaik kan?! ๐Ÿ˜Š



2) Lemon + Daun Pudina

Sama seperti yang di atas, campurkan kesemua bahan dan masukkan ke dalam jag kaca kemudian boleh disimpan di dalam peti sejuk selama beberapa jam. Siap dan sedia diminum. 

Kombinasi di antara lemon dan daun pudina ini pula sesuai buat mereka yang sibuk dan aktif. Lemon dapat menyingkirkan toksin dalam badan manakala daun pudina pula membantu proses penghadaman. Ia sangat membantu menurunkan berat badan. 



3) Oren + Limau + Lemon

Seperti sebelumnya, kesemua bahan hendaklah dicampurkan dan dimasukkan ke dalam jag kaca kemudian disimpan di dalam peti sejuk selama beberapa jam. 

Ramuan detox yang ini pula sangat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan perut kerana oren dan limau nipis baik untuk sistem pencernaan. Lemon pula membersihkan sistem pencernaan. Berkesan untuk mengatasi masalah perut buncit.


4) The Hijau + Pudina + Oren

Untuk resipi terakhir ini, hanya perlu bancuhkan teh hijau terlebih dahulu secara berasingan tanpa gula. Kemudian dibiarkan sejuk seketika. Kemudian, hirisan oren dan daun pudina di campurkan kepada teh hijau tadi. Simpan sejuk kemudian bolehlah diminum. Senang sangat tau! 

Ramuan terakhir ini amat berkesan untuk membakar lemak, melancarkan penghadaman, mengatasi sakit kepala dan bau mulut. Teh hijau pula memang terkenal dalam membantu meningkatkan metabolisme tubuh. 



Okay semua, itu sahaja untuk entry kali ini ๐Ÿ˜Š harap anda semua suka dan manfaatkan resipi air detox yang boleh membantu untuk menguruskan serta membuang toksin di dalam badan. Banyak manfaatnya jika kita minum air sebegini berbanding air air lain yang banyak gula tu tau! Haaaa… okay sampai sini sahaja dulu celoteh Lady S. jumpa lagi di entry yang lain ya! ๐Ÿ˜Š

Salam sayang,
Lady S

Thursday, 19 October 2017

KEBAIKAN SOLAT UNTUK KESIHATAN


Assalamualaikum wbt, apa khabar semuanya? Ok lah, Lady S tahu mestilah ada yang merindui celoteh Lady S kan? Hari ini suka Lady S nak kongsikan dengan anda semua entry yang bermanfaat khususnya untuk yang beragama islam ๐Ÿ˜‰ Lady S nak ceritakan berkenaan KELEBIHAN SOLAT UNTUK KESIHATAN. Haaa… 

Seperti yang kita semua sedia maklum, solat merupakan tiang bagi agama Islam. Solat merupakan perkara pertama yang akan dipersoalkan oleh Allh swt di akhirat kelak. Banyak kelebihan solat yang perlu kita tahu dan antaranya adalah kelebihan solat dari segi kesihatan. Bagaimana solat yang merupakan amanah buat kita, jika kita menjaganya dengan baik akan dikurniakan Allah kesihatan yang lebih cemerlang ๐Ÿ˜Š

Entry kali ini merupakan petikan dan rumusan bagi buku yang ditulis oleh prof. Madya Dr Fatimah Ibrahim yang merupakan pensyarah di Universiti Malaya iaitu “Solat Dari Perspektif Sains”. Terdapat empat bahagian kesihatan yang terbukti akan lebih baik dengan amalan solat. Jom kita sama-sama lihat apakah empat kelebihan tersebut.



1) KELEBIHAN SUJUD

Sekurang-kurangnya dengan solat fardhu sahaja kita akan melakukan pergerakan sujud sebanyak 34 kali. Sujud merupakan saat di mana kita lebih dekat dengan Maha Pencipta. Sujud memberikan ketenangan hati bagi yang benar-benar merasa dirinya bertuhan. 

Dari segi saintifiknya, sujud menyebabkan pengaliran darah ke bahagian otak menjadi lebih baik kerana adanya tarikan gravity. Dinding dan urat-urat nadi pada bahagian otak ketika sujud menerima lebih banyak bekalan darah dan oksigen berbanding keadaan badan pada posisi yang lainnya. Ini menjadikan keadaan otak sihat dan cerdas.

Selain itu, kadar denyutan jantung ketika sujud juga adalah lebih baik berbanding pada posisi badan yang lain. Ini menjadikan posisi sujud itu memberikan kesihatan yang lebih baik khususnya kepada jantung dan bahagian badan secara menyeluruh. Posisi sujud merangsang kadar denyutan jantung yang sihat. Justeru, ia membantu memanjangkan jangka hayat jantung dan menghindarkan pengecilan saluran darah yang boleh menyebabkan penyakit kronik seperti arteriosklerosis.



2) KESAN SOLAT PADA KESIHATAN SEKSUAL

Dari sudut kesihatan pula, solat terbukti mampu memberikan kesan positif kepada individu yang mempunyai masalah disfungsi ereksi (ED). Kajian membuktikan individu yang pada asalnya tidak dapat ereksi ketika tidur mula menunjukkan perubahan dengan satu ereksi selepas proses intervensi solat selama sebulan. 

Selain itu, dalam suatu kajian yang lain pada masa sama juga menunjukkan bilangan ereksi pesakit, isipadu darah serta tempoh ereksi juga meningkat secara mendadak. 



3) KHASIAT RUKUK

Selain sujud, rukuk yang merupakan pergerakan wajib di dalam solat juga memberikan impak yang baik kepada kesihatan tubuh badan manusia. Pergerakan sujud di mana kedudukan tulang belakang berada pada keadaan 90 darjah dan lurus melintang terbukti dapat mengelakkan risiko penyakit tulang belakang dan arthritis. Ini kerana, posisi rukuk menyebabkan pertambahan bendalir dalam sel yang terdapat pada sendir-sendi badan justeru melembutkan pergerakan sendi tersebut.

Posisi rukuk juga terbukti mampu membantu melambatkan proses penuaan kerana ia meningkatkan tisu aktif selain menambah baik proses imbangan air di dalam badan dan melancarkan fungsi buah pinggang. 

Tambahan pula, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pesakit yang menjalani terapi solat selama sebulan mengalami sakit pinggang yang berkurangan.




4) OTAK DAN SUJUD

Oleh kerana peredaran darah ke otak pada ketika seseorang itu sujud meningkat, maka kesihatan dan kecerdasan otak seseorang itu juga akan meningkat. Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan emosi dan fizikal seseorang. Terdapat sejenis gelombang otak yang dikenali sebagai Alfa (sekitar 8-13 Hz) menunjukkan tanda-tanda ketenangan iaitu semasa posisi sujud. 

Pergerakan di dalam solat juga boleh dikategorikan sebagai senaman ringan yang menyerupai senaman regangan berbentuk terapi perubatan. Pergerakan di dalam solat memberi pengaruh yang positif kepada kesihatan fizikal dan emosi. 



Justeru, menerusi 4 khasiat solat yang telah Lady S kongsi kepada pembaca sekalian, diharapkan para pembaca mendapat manfaat serta memanfaatkan entry kali ini dalam kehidupan semua ya ๐Ÿ˜Šsekiranya kita kurang mengerti apa erti kita solat setiap hari, maka hari ini kita sudah tahu solat ini ada banyak khasiatnya meskipun secara perubatan. Jom Solat!

Salam sayang,
Lady S

Tuesday, 17 October 2017

8 MACAM REZEKI


Assalamualaikum dan selamat pagi semua pembaca setia blog Lady S ๐Ÿ˜ŠApa khabar semua? Harapnya semua sihat-sihat belaka macam Lady S ok! Hehehe… Jadi hari ini Lady S nak kongsikan kepada pembaca mengenai 8 MACAM REZEKI yang Allah swt berikan kepada kita semua umat manusia. 

Seperti yang semua maklum erti rezeki menurut Dewan Bahasa dan Pustaka edisi kedua ialah segala sesuatu yang diperlukan untuk hidup; makanan atau segala yang diperlukan sehari-hari; nafkah. Berasal dari kata nama Bahasa Arab, rezeki adalah sesuatu yang kita perlukan sehari-hari. Udara, kesihatan, jodoh, kehidupan dan segala yang kita miliki merupakan rezeki kurniaan Allah swt buat kita semua. 

Jadi hari ini mari kita lihat 8 MACAM REZEKI yang Allah telah tetapkan kepada kita menurut dalil di dalam Al-Quran ๐Ÿ˜Š



1. Rezeki Yang Telah Dijamin.

"Tidak ada suatu makhluk yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya"
(11:6)

2. Rezeki Karena Usaha.

"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya" (53:39)

3. Rezeki Karena Bersyukur.

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu" (14 : 7)

4. Rezeki Tak Terduga.

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya"
(65 : 2)

5. Rezeki Karena Istighfar.

"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta" (71 : 10-11)

6. Rezeki Karena Menikah.

"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kemapanan kepada mereka dengan karunia-Nya." (24 : 32)

7. Rezeki Karena Anak.

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu." (17 : 31)

8. Rezeki Karena Sedekah.

"Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak" (2 : 245)


Justeru begitulah dapat kita lihat 8 MACAM REZEKI kurniaan Allah swt kepada para hambanya di dunia ini ๐Ÿ˜‰ Semoga posting kali ini bermanfaat kepada semua dan menjadikan kita hamba yang lebih bersyukur in shaa Allah ๐Ÿ˜Š Itu sahaja untuk kali ini. Semoga kita berjumpa lagi.

Salam sayang,
Lady S