Thursday, 19 October 2017

KEBAIKAN SOLAT UNTUK KESIHATAN


Assalamualaikum wbt, apa khabar semuanya? Ok lah, Lady S tahu mestilah ada yang merindui celoteh Lady S kan? Hari ini suka Lady S nak kongsikan dengan anda semua entry yang bermanfaat khususnya untuk yang beragama islam πŸ˜‰ Lady S nak ceritakan berkenaan KELEBIHAN SOLAT UNTUK KESIHATAN. Haaa… 

Seperti yang kita semua sedia maklum, solat merupakan tiang bagi agama Islam. Solat merupakan perkara pertama yang akan dipersoalkan oleh Allh swt di akhirat kelak. Banyak kelebihan solat yang perlu kita tahu dan antaranya adalah kelebihan solat dari segi kesihatan. Bagaimana solat yang merupakan amanah buat kita, jika kita menjaganya dengan baik akan dikurniakan Allah kesihatan yang lebih cemerlang 😊

Entry kali ini merupakan petikan dan rumusan bagi buku yang ditulis oleh prof. Madya Dr Fatimah Ibrahim yang merupakan pensyarah di Universiti Malaya iaitu “Solat Dari Perspektif Sains”. Terdapat empat bahagian kesihatan yang terbukti akan lebih baik dengan amalan solat. Jom kita sama-sama lihat apakah empat kelebihan tersebut.



1) KELEBIHAN SUJUD

Sekurang-kurangnya dengan solat fardhu sahaja kita akan melakukan pergerakan sujud sebanyak 34 kali. Sujud merupakan saat di mana kita lebih dekat dengan Maha Pencipta. Sujud memberikan ketenangan hati bagi yang benar-benar merasa dirinya bertuhan. 

Dari segi saintifiknya, sujud menyebabkan pengaliran darah ke bahagian otak menjadi lebih baik kerana adanya tarikan gravity. Dinding dan urat-urat nadi pada bahagian otak ketika sujud menerima lebih banyak bekalan darah dan oksigen berbanding keadaan badan pada posisi yang lainnya. Ini menjadikan keadaan otak sihat dan cerdas.

Selain itu, kadar denyutan jantung ketika sujud juga adalah lebih baik berbanding pada posisi badan yang lain. Ini menjadikan posisi sujud itu memberikan kesihatan yang lebih baik khususnya kepada jantung dan bahagian badan secara menyeluruh. Posisi sujud merangsang kadar denyutan jantung yang sihat. Justeru, ia membantu memanjangkan jangka hayat jantung dan menghindarkan pengecilan saluran darah yang boleh menyebabkan penyakit kronik seperti arteriosklerosis.



2) KESAN SOLAT PADA KESIHATAN SEKSUAL

Dari sudut kesihatan pula, solat terbukti mampu memberikan kesan positif kepada individu yang mempunyai masalah disfungsi ereksi (ED). Kajian membuktikan individu yang pada asalnya tidak dapat ereksi ketika tidur mula menunjukkan perubahan dengan satu ereksi selepas proses intervensi solat selama sebulan. 

Selain itu, dalam suatu kajian yang lain pada masa sama juga menunjukkan bilangan ereksi pesakit, isipadu darah serta tempoh ereksi juga meningkat secara mendadak. 



3) KHASIAT RUKUK

Selain sujud, rukuk yang merupakan pergerakan wajib di dalam solat juga memberikan impak yang baik kepada kesihatan tubuh badan manusia. Pergerakan sujud di mana kedudukan tulang belakang berada pada keadaan 90 darjah dan lurus melintang terbukti dapat mengelakkan risiko penyakit tulang belakang dan arthritis. Ini kerana, posisi rukuk menyebabkan pertambahan bendalir dalam sel yang terdapat pada sendir-sendi badan justeru melembutkan pergerakan sendi tersebut.

Posisi rukuk juga terbukti mampu membantu melambatkan proses penuaan kerana ia meningkatkan tisu aktif selain menambah baik proses imbangan air di dalam badan dan melancarkan fungsi buah pinggang. 

Tambahan pula, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pesakit yang menjalani terapi solat selama sebulan mengalami sakit pinggang yang berkurangan.




4) OTAK DAN SUJUD

Oleh kerana peredaran darah ke otak pada ketika seseorang itu sujud meningkat, maka kesihatan dan kecerdasan otak seseorang itu juga akan meningkat. Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan emosi dan fizikal seseorang. Terdapat sejenis gelombang otak yang dikenali sebagai Alfa (sekitar 8-13 Hz) menunjukkan tanda-tanda ketenangan iaitu semasa posisi sujud. 

Pergerakan di dalam solat juga boleh dikategorikan sebagai senaman ringan yang menyerupai senaman regangan berbentuk terapi perubatan. Pergerakan di dalam solat memberi pengaruh yang positif kepada kesihatan fizikal dan emosi. 



Justeru, menerusi 4 khasiat solat yang telah Lady S kongsi kepada pembaca sekalian, diharapkan para pembaca mendapat manfaat serta memanfaatkan entry kali ini dalam kehidupan semua ya 😊sekiranya kita kurang mengerti apa erti kita solat setiap hari, maka hari ini kita sudah tahu solat ini ada banyak khasiatnya meskipun secara perubatan. Jom Solat!

Salam sayang,
Lady S

Tuesday, 17 October 2017

8 MACAM REZEKI


Assalamualaikum dan selamat pagi semua pembaca setia blog Lady S 😊Apa khabar semua? Harapnya semua sihat-sihat belaka macam Lady S ok! Hehehe… Jadi hari ini Lady S nak kongsikan kepada pembaca mengenai 8 MACAM REZEKI yang Allah swt berikan kepada kita semua umat manusia. 

Seperti yang semua maklum erti rezeki menurut Dewan Bahasa dan Pustaka edisi kedua ialah segala sesuatu yang diperlukan untuk hidup; makanan atau segala yang diperlukan sehari-hari; nafkah. Berasal dari kata nama Bahasa Arab, rezeki adalah sesuatu yang kita perlukan sehari-hari. Udara, kesihatan, jodoh, kehidupan dan segala yang kita miliki merupakan rezeki kurniaan Allah swt buat kita semua. 

Jadi hari ini mari kita lihat 8 MACAM REZEKI yang Allah telah tetapkan kepada kita menurut dalil di dalam Al-Quran 😊



1. Rezeki Yang Telah Dijamin.

"Tidak ada suatu makhluk yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya"
(11:6)

2. Rezeki Karena Usaha.

"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya" (53:39)

3. Rezeki Karena Bersyukur.

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu" (14 : 7)

4. Rezeki Tak Terduga.

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya"
(65 : 2)

5. Rezeki Karena Istighfar.

"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta" (71 : 10-11)

6. Rezeki Karena Menikah.

"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kemapanan kepada mereka dengan karunia-Nya." (24 : 32)

7. Rezeki Karena Anak.

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu." (17 : 31)

8. Rezeki Karena Sedekah.

"Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak" (2 : 245)


Justeru begitulah dapat kita lihat 8 MACAM REZEKI kurniaan Allah swt kepada para hambanya di dunia ini πŸ˜‰ Semoga posting kali ini bermanfaat kepada semua dan menjadikan kita hamba yang lebih bersyukur in shaa Allah 😊 Itu sahaja untuk kali ini. Semoga kita berjumpa lagi.

Salam sayang,
Lady S

Sunday, 15 October 2017

7 KEBAIKAN CHIA SEED ANDA PERLU TAHU



Assalamualaikum semua. Apa khabar? Haaa… Mesti ada yang dah merindui celoteh Lady S kan? Jadi hari ini Lady S nak kongsikan 7 kebaikan chia seed yang awak-awak semua perlu tahu. Jika aada dalam kalangan pembaca yang masih belum mengenali chia seed ni, meh Lady S nak cerita sikit.

Chia Seed merupakan bijian organik yang berasal dari tumbuhan Salvia hisvanica yang kebiasaannya hidup di kawasan panas dan bergurun pasir seperti di negara Mexico, Amerika Latin. Sehingga kini, Chia Seed terkenal sebagai makanan bernutrisi tinggi untuk meningkatkan tenaga seharian. Sifatnya sebagai antioksidan yang aktif mampu menghindarkan kita dari kesan buruk akibat daripada radikal bebas.

Kandungan Omega-3 juga tinggi di dalam chia seed. Chia seed tidak mempunya sebarang rasa. Justeru, chia seed boleh diambil dengan makanan lain seperti oat, yogurt, salad, buah dan gandum tanpa menukar rasa makanan dan menjejaskan kandungan nutrien di dalamnya. Jika anda ingin campurkan sesudu chia seed ke dalam nasi yang hendak di tanak pun OK! Fyi, Lady S sendiri dah pernah cuba tau dan memang terbukti bagus untuk kesihatan 😊

Tanpa berlengah lagi jom kita lihat apakah 7 KHASIAT CHIA SEED yang Lady S dah ceritakan di atas :

1) Membantu mengurangkan berat badan

Chia seed sangat popular dijadikan sebagai agen menguruskan badan. Penggunaan chia seed mampu mengurangkan rasa lapar yang kerap dengan cara menghalang penyerapan makanan ke dalam sistem tubuh badan. Pembentungan penyerapan kalori ini menjadikan chia seed sangat berguna dalam membantu kita diet secara sempurna.

2) Menjadikan kita cepat kenyang

Chia seed juga membantu diet kita dengan cara menjadikan kita lebih cepat kenyang. Ini kerana, chia seed menyerap 10 kali berat badannya apabila dimasukkan ke dalam air, kemudian terbentuk menjadi gel yang besar. 

3) Penghidratan untuk para atlet

Chia seed juga bagus untuk para atlet kerana “chia gel” yang terbentuk boleh membantu hidratkan tubuh badan.

4) Mengurangkan tekanan darah

Chia seed juga terbukti mampu mengurangkan tekanan darah. Jika anda mengalami tekanan darah tinggi, elok sangat untuk anda amalkan minuman chia seed ini!

5) Omega-3

Chia seed merupakan tumbuhan yang paling kaya dengan Omega-3 (Lemak penting yang melindungi daripada keradangan seperti arthritis dan penyakit jantung). Sebenarnya, kandungan Omega-3 di dalam chia seed jauh lebih banyak dari dalam ikan salmon.

6) Baik untuk pesakit diabetes

Oleh kerana sifat chia seed yang mampu mengurangkan kadar penukaran karbohidrat kepada simple sugars, kajian menunjukkan bahawa chia seed mampu mengawal kadar gula di dalam darah. Ini menjadikan para saintis percaya bahawasannya chia seed sangat bermanfaat untuk diamalkan oleh pesakit kencing manis. 

7) Mudah dihadam

Chia seed jauh lebih mudah untuk dicerna oleh tubuh badan berbanding biji rami.

Kesimpulannya, penggunaan chia seed sangat bermanfaat untuk tubuh badan kita. Lady S sarankan kepada pembaca semua untuk mulakan meminum air yang mengandungi chia seed di dalamnya! Chia seed boleh dibeli secara online atau di supermarket berhampiran. Selamat mencuba! 😊

Salam sayang,
Lady S

Thursday, 12 October 2017

10 SUNNAH NABI YANG DIABAIKAN


Assalamualaikum pembaca setia Lady S! haaaa… jika sebelum ini, Lady S dah berikan tips buat anda semua, hari ini Lady S nak berikan sedikit perkongsian 😊 perkongsian hari ini berkisar tentang 10 sunnah Rasulullah saw yang kita, umat akhir zaman, sering abaikan. 

Sebagai pengenalan, izinkan Lady S memberikan maksud apa itu As-Sunnah? As- Sunnah menurut istilah syariah bererti segala sesuatu yang bersumberkan Nabi Mihammad saw yang mana boleh jadi ia berbentuk ucapan (qaul), perbuatan (fi’il), penetapan (taqrir), sifat tubuh serta akhlak yang dimaksudkan sebagai pensyariatan (tasyri’) bagi semua muslim.

Sunnah Nabi saw bukanlah suatu kewajipan kepada kita yang beragama Islam. Jika seseorang muslim itu mengikut Sunnah maka akan diberikan ganjaran pahala. Sebaliknya, jika seseorang muslim itu tidak membuat sebarang Sunnah maka ianya bukan suatu dosa. 

Di sini, Lady S ingin menyenaraikan 10 sunnah Rasulullah saw yang sering diabaikan dan mungkin tanpa kita sedari merupakan Sunnah Rasullullah saw. 

1) Mendahulukan kaki kanan ketika memakai sandal/selipar

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Jika kamu memakai sandal/selipar, maka dahulukanlah kaki kanan dan jika melepaskannya dahulukanlah kaki kiri. Jika memakainya, maka hendaklah memakai kedua-duanya atau tidak memakai kedua-duanya sama sekali. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Menerusi hadis di atas, jelas sekali Rasulullah saw menyarankan agar muslim memulakan memakai sandal/selipar dengan menggunakan kaki kanan kerana perbuatan tersebut ada keberkatannya. Bukan sahaja perbuatan memakai sandal/selipar disarankan untuk didahulukan dengan kaki kanan, malah banyak lagi perbuatan yang digesa untuk didahulukan dengan kaki, lambung, tangan dan sebelah kanan badan. 

Sebagai contoh, perbuatan makan/minum yang diharuskan penggunaan tangan kanan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Apabila seseorang daripada kamu makan, maka hendaklah ia makan dengan tangan kanannya, hendaklah ia minum dengan tangan kanannya, hendaklah ia mengambil dengan tangan kanannya dan hendaklah ia memberi dengan tangan kanannya." (riwayat al-Hasan bin Sufiyan)

Namun begitu, terdapat juga perbuatan yang diharuskan untuk dimulakan dengan kaki kiri iaitu memasuki tandas. 😊

2) Menjaga dan memelihara wudhuk


Amalan menjaga dan memelihara wudhuk daripada terbatal juga merupakan suatu Sunnah yang sering dipandang enteng oleh masyarakat muslim.

Diriwayatkan daripada Thauban r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Istiqamahlah (konsistenlah) kamu semua (dalam menjalankan perintah Allah) dan kamu tidak akan pernah dapat menghitung pahala yang akan Allah berikan. Ketahuilah bahawa sebaik-baik perbuatan adalah solat, dan tidak ada yang selalu memelihara wuduknya kecuali seorang mukmin." (riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

3) Bersiwak

Bersiwak adalah perbuatan yang disunatkan pada setiap saat, lebih-lebih lagi ketika hendak berwuduk, bersolat, membaca al-Quran, ketika mulut berbau, pagi ataupun petang, ketika bangun daripada tidur dan hendak memasuki rumah. Bersiwak merupakan perbuatan sunnah yang hampir tidak pernah dilakukan oleh kebanyakan muslim.

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Siwak dapat membersihkan mulut dan saranan untuk mendapatkan reda Allah." (riwayat Ahmad dan an-Nasa’i)
Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: Andai kata tidak memberatkan umatku necaya aku memerintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali hendak solat. (riwayat Bukhari dan Muslim)

4) Solat istikharah

Maklum pada semua kebanyakan kita muslim di Malaysia hanya tahu kewujudan solat istikharah ketika penentuan jodoh dilakukan. Sebenarnya, konteks dan tujuan solat istikharah ini adalah lebih jauh dan besar. Selain untuk merasa yakin dengan jodoh yang ingin dikahwini, istikharah juga membantu kita menentukan keputusan terbaik di dalam hidup sama ada untuk peluang kerja, belajar dan lain-lain. 

Diriwayatkan  daripada Jabir r.a. bahawa ia berkata: Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita tatacara solat istikharah untuk segala urusan, sebagaimana Baginda mengajarkan surah-surah al-Quran kepada kami. (riwayat Bukhari)

Oleh itu, lakukanlah solat istikharah dan berdoalah dengan doa yang sudah lazim diketahui dalam solat istikharah ketika kita merasa keliru dalam membuat keputusan yang terbaik.

5) Berkumur dan menyedut air ke hidung

Antara perkara yang disunatkan ketika mengambil wudhuk adalah berkumur serta menyedut air ke dalam hidung sebagai tujuan penyucian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid r.a. bahawa Rasulullah SAW berkumur-kumur dan menghisap/menghirup air ke hidung secara bersamaan daripada satu ceduk air dan itu dilakukan sebanyak tiga kali (ketika berwuduk). (riwayat Bukhari dan Muslim)

6) Berwudhuk sebelum tidur dan tidur mengiring ke sebelah kanan badan.

Islam merupakan sebuah agama yang mengajarkan penganutnya semua aspek kehidupan termasuklah cara tidur yang betul dan mendapat pahala darinya. 

Diriwayatkan daripada Al-Barra’ bin ‘Azib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Jika kamu hendak tidur, maka berwuduklah seperti hendak solat, kemudian tidurlah dengan posisi miring ke kanan dan bacalah: “Ya Allah, aku pasrahkan jiwa ragaku kepada-Mu, aku serahkan semua urusanku kepada-Mu, aku lindungkan punggungku kepada-Mu, kerana sayang sekali gus takut kepada-Mu, tiada tempat berlindung mencari keselamatan daripada (murka-Mu) kecuali kepada-Mu, aku beriman dengan kitab yang Engkau turunkan dan dengan nabi yang Engkau utus." Jika kamu meninggal, maka kamu meninggal dalam keadaan fitrah. Dan usahakanlah doa ini sebagai akhir perkataan kamu. (riwayat Bukhari dan Muslim)

7) Sujud syukur

Diajarkan kepada kita oleh Rasulullah saw apabila seorang muslim itu menerima sebarang rezeki atau nikmat atau doanya dimakbulkan Allah swt, maka disunnahkan untuk kita melakukan sujud syukur tanda kesyukuran kita terhadap nikmat yang dikuriakan Allah swt buat kita. Sujud ini hanya sekali dan tidak terikat oleh waktu. 

Diriwayatkan daripada Abu Bakrah r.a. ia berkata: Jika Rasulullah SAW mendapatkan sesuatu yang menyenangkan atau disampaikan khabar gembira, maka Baginda langsung sujud dalam rasa bersyukur kepada Allah." (riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).

8) Berlumba mengumandangkan azan, bersegera untuk solat dan berusaha mendapatkan saf pertama

Ini merupakan perkara yang paling jarang sekali Lady S perhatikan akan berlaku di Malaysia. Ketika Lady S ke tanah suci pada tahun 2012, setiap kali berkumandang sahaja azan, semua muslim akan berhenti bekerja dan meninggalkan pekerjaan masing-masing hanya untuk solat. Namun, itulah bezanya di tanah haram dan di negara kita. 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Andai kata umat manusia mengetahui pahala di sebalik azan dan berdiri pada saf pertama kemudian mereka tidak mendapatkan bahagian kecuali harus mengadakan undian terlebih dahulu nescaya mereka membuat undian itu. Andai kata mereka mengetahui pahala bergegas menuju masjid untuk melakukan solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba melakukannya.

Andai kata mereka mengetahui pahala solat Isyak dan Subuh secara berjemaah, nescaya mereka datang meskipun dengan merangkak. (riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Berdoa ketika memakai pakaian baharu

Teradapat pelbagai doa yang telah diajarkan kepada kita sejak dari kecil lagi contohnya doa ketika keluar dan masuk tandas, doa ketika hendar tidur dan bangun dari tidur, doa makan dan sebagainya. Doa ketika memakai pakaian juga tidak terkecuali supaya pemakaian kita itu ada ganjaran pahalanya serta semoga dengan doa tersebut Allah swt memperelok rupa paras kita standing dengan baju yang dipakai.

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a. ia berkata: Rasulullah SAW jika mengenakan pakaian baharu, maka Baginda menamakan pakaian itu dengan namanya, baju, serban, selendang ataupun jubah, kemudian Baginda membaca: “Ya Allah, hanya milik-Mu semua pujian itu, Engkau telah memberiku pakaian, maka aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan tujuannya dibuat dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan keburukan tujuannya dibuat." (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

10) Mengucap salam sesama muslim 

Selain mengucapkan perkataan selamat pagi dan sebagainya ketika kita berjumpa dengan rakan sesama muslim adalah lebih elok jika kita mengamalkan ucapan salam. Ucapan salam merupakan doa yang paling mudah untuk kita berikan kepada rakan sesama muslim sama ada yang dikenali atau tidak. 

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a. ia menceritakan: Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: Apa ciri keislaman seseorang yang paling baik? Rasulullah SAW menjawab: Kamu memberikan makanan (kepada orang yang memerlukan) dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang tidak kamu kenal. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan daripada Anas r.a. bahawa ia menuturkan: Rasulullah SAW berjalan melalui kumpulan kanak-kanak, lalu Baginda mengucapkan salam kepada mereka semua. (riwayat Muslim)

Ibnu Rajab menuturkan: Orang yang beramal sesuai ajaran Rasulullah SAW, meskipun amal itu sangat kecil, maka itu akan lebih baik daripada orang yang beramal tidak sesuai dengan ajaran Rasulullah SAW walaupun dia sangat bersungguh-sungguh.

Begitulah kesemuanya 10 sunnah Rasulullah saw yang sering diabaikan oleh kita sebagai seorang muslin. Sebagai penutup entry kali ini, Lady S berikan sebuah doa untuk kita semua agar kita sentiasa menjadi muslim yang mukmin dan mengamalkan Sunnah Rasulullah saw di dalam kehidupan seharian kita. In shaa Allah 

“Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang mengikuti sunnah Rasul-Mu dan mengikuti jejaknya. Ya Allah, kumpulkan kami dan kedua orang tua kami dan kaum muslimin semuanya ke dalam syurga-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Amin Ya Rabbal Alamin.”

Salam sayang,
Lady S 

Tuesday, 10 October 2017

6 PETUA MENGHILANGKAN JERAWAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca blog Lady S! J apa khabar? Harapnya semua sihat-sihat hendaknya lah ya. Hari ini, macam biasa Lady S nak kongsikan sedikit tips untuk kakak2 abang2 adik2 di luar sana. Tips apa?? Haaaa… Hari ini special untuk semua Lady S nak kongsikan tips MENGHILANGKAN JERAWAT dengan cepat!
            Wow sangat kan tajuk dia? Haaa… Apatah lagi kalau esok ada event/appointment penting lepastu jerawat pulak naik besar gedabak haaa dekat muka! Ya Allah! Mesti segan nak keluar rumah kan?! Mesti rasa inferior teruk! Jadi meh sini baca tips dari Lady S supaya chuols boleh tangani masalah jerawat dengan pap pup sekejap je hilang okay?!


  1. Serbuk Kunyit
    -Campurkan beberapa titisan air pada sesudu serbuk kunyit.
    -Sapu pada jerawat beberapa minit.
    -Lakukan sehingga hilang jerawat.


  2. Bawang Putih
    -Potong bawang putih kepada dua.
    -Tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat.
    -Lakukan ini sehingga jerawat hilang.
    -Jus ini mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan cepat. 

  3. Kulit Buah Oren
    -Kisarkan kulit oren bersama air.
    -Ambil pes kulit oren dan sapu pada jerawat.
    -Lakukan ini setiap hari sehingga jerawat hilang.     

  4. Madu
    -Dengan menggunakan bebola kapas, ambil sedikit madu.
    -Tekap pada jerawat.
    -Lakukan ini setiap hari sehingga jerawat hilang.   

  5. Jus Timun
    -Hiris timun dan rendam dalam air selama sejam.
    -Kemudian minum airnya.
    -Lakukan ini setiap hari sehingga jerawat hilang.   
  6. Ubat Gigi
    -Sapu ubat gigi pada jerawat.
    -Biarkan semalaman.
    -Lakukan ini setiap kali sebelum tidur sehingga jerawat hilang.

Friday, 6 October 2017

BULU MATA LEBAT DENGAN LIDAH BUAYA!



Assalamualaikum semua pembaca setia Lady S! Apa khabar semua? Harap-harpnya semua semakin sihat macam Lady S! Hiks! Jadi hari ini Lady S nak share dengan semua satu tips yang mana kakak2 adik2 abang2 di luar sana boleh buat untuk lebatkan bulu mata korang! Haaa…! Mestilah Lady S tahu sekarang ni bulu mata lebat memang IN sangat. Tak payah lah nak keluar duit beli bulu mata palsu lagi!

Tentunya semua dah kenal dengan bahan semulajadi yang satu ini. Yup, lidah buaya sangatlah baik untuk merawat rambuttermasuk salah satunya dapat menebalkan bulu mata. Namun begitu, kita harus berhati-hati dalam menggunakan lidah buaya sebagai agen pelebat bulu mata. Ini kerana lidah buaya memiliki getah yang boleh menggatalkan kulit. Getah tersebut sekiranya terkena pada bahagian mata, maka akan menjadi masalah yang sangat serius. Jadi, hati-hati ok?

Di bawah ini Lady S senaraikan cara penggunaan lidah buaya dalam melebatkan bulu mata agar bulu mata kakak2 adik2 abang2 semua melentik-lentik dengan lebatnya :

1)       Terlebih dahulu siapkan daun lidah buaya yang masih segar. Ambil gel dan lendir yang ada di lidah buaya tersebut.
2)       Sapukan secara perlahan-lahan cairan tadi secara merata pada bahagian bulu mata. Untuk memastikan sapuan terkena kemas pada bulu mata, dinasihatkan untuk gunakan bantuan maskara atau cotton bud.
3)       Setelah sapuan dilakukan secara merata, biarkan seketika selama kurang lebih 30 minit. Kemudian bilas dengan menggunakan air sejuk sehingga bersih.

Amalkan secara kerap dan berterusan untuk hasil yang MELETOP! Sekali lagi harus diingatkan supaya berhati-hati menggunakan lidah buaya untuk melebatkan bulu mata. Nanti kalau bulu mata dan melentik cantic jangan lupa share dengan Lady S ok! Ok lah. Lady S nak pergi cari lidah buaya kejap. Jumpa lagi semua!

Salam saying,

Lady S

Thursday, 5 October 2017

2 TIPS MENDAPATKAN GIGI PUTIH BERSERI


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca blog Lady S. Terima kasih tak terhingga sebab tak pernah letih baca celoteh dari Lady S tau! Apa khabar semua? Rindu tak nak tips-tips berguna dari Lady S?

            Haa… Hari ini istimewa untuk semua Lady S bawakan DUA tips memutihkan gigi agar senyuman tu Nampak berseri-seri gitew! Lepas ni, takdelah bila nak mengorat tu asyik kena reject je kan?! Hiks! Nak tau ke tak DUA tips tu? Kalau nak teruskan membaca ok?

GARAM DAN LEMON
        

Garam dan lemon boleh dijadikan sebagai bahan untuk menghilangkan warna kuning pada gigi. Garam merupakan pengelupas semulajadi yang boleh menanggalkan kotoran pada gigi, sementara lemon mengandung asam yang mampu membantu melunturkan kotoran pada lapisan enamel gigi.
Di bawah ini Lady S senaraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi memutihkan gigi dengan hanya menggunakan garam dan lemon :
1)      Campurkan satu sudu teh garam dan beberapa titis lemon
2)      Gosokkan campuran tersebut pada gigi dan biarkan beberapa minit
3)      Bilas dengan berkumur menggunakan air suam

Mudah bukan? Jimat duit dan tenaga untuk ke klinik demi rawatan gigi yang mahal! Selain menggunakan cara diatas, boleh juga menggunakan kulit lemon sahaja dengan cara menggosok kulit lemon tadi pada gigi dan biarkan selama beberapa minit sebelum berkumur dengan air bersih. Lakukan rawatan ini dua kali seminggu untuk mendapatkan kesan yang da’ bomb!

ARANG BATU












Tak ramai yang tahu sebenarnya arang batu yang kita selalu guna untuk BBQ tu boleh memutihkan gigi dengan cepat! Haa… Mesti semua yang baca pun tertanya-tanya macam mana arang yang hitam legam tu boleh putihkan gigi pulak? Itulah yang kita tak tahu.
Arang batu mengandung bahan aktif karbon yang boleh membantu mengikis kotoran pada enamel gigi dengan cepat. Namun perlu berhati-hati kerana arang tidak boleh digunakan sebagai bahan pemutih gigi secara rutin. Jom kita tengok macam mana caranya nak putihkan gigi dengan  hanya menggunakan arang batu :
1)      Tumbuk arang kayu sehingga menjadi serbuk
2)     Campurkan serbuk arang bersama sedikit air dan sapukan campuran tersebut pada gigi selama beberapa minit.
3)      Kumur dengan menggunakan air suam.

VoilΓ ! Hasilnya gigi putih berseri serta kelihatan cantik dan sihat! Tapi mesti beringat untuk hanya menggunakan arang secara maksimumnya sebanyak dua kali sahaja dalam sebulan kerana arang mampu merosakkan lapisan pelindung gigi dan mengakibatkan gigi menjadi sensitif.

Ok semua! Selamat mecuba dua tips memutihkan gigi agar gigi cantik berseri dari Lady S! mmmuah!

Salam sayang,
Lady S