Thursday, 30 January 2020

5 TIPS PEMILIHAN PAKAIAN UMRAH UNTUK JEMAAH WANITA



·         JUBAH YANG SELESA
Pemilihan jubah haruslah tepat supaya sentiasa selesa ketika beribadah. Pilih jubah yang longgar serta tidak melekap. Seterusnya jubah juga haruslah wudhuk friendly agar mudah nak ambil wudhuk. Jubah juga seharusnya tidak meleret supaya tidak mudah kotor serta memudahkan pergerakan.


·         JUBAH SELUAR LEBIH MEMUDAHKAN
Sediakan juga sekurang – kurangnya 2 pasang jubah seluar. Jubah seluar lebih memudahkan pergerakkan. Ketika mengerjakan umrah dan juga ziarah pasti memerlukan anda untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Jadi memakai pakaian yang berseluar lebih selesa dan mudah berbanding jubah.


SUIT MAREAM by SOFIA ELLEN

·         TUDUNG YANG CEPAT DAN RINGKAS
Pastikan tudung yang di bawa ketika umrah memudahkan. Pilihan tudung sarung atau tudung instant lebih baik berbanding tudung yang memerlukan pin. Ini kerana dapat menjimatkan masa serta melancarkan urusan sepanjang di Tanah Suci. Kerana tujuan utama ke sana adalah fokus ibadah, jadi seharusnya merlukan tudung yang cepat supaya tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk bersiap.


ARIANNA INSTANT HIJAB by SOFIA ELLEN

·         MINIMUM IRONING
Penting juga untuk membawa pakaian dari jenis material yang tidak berkedut supaya tidak perlu bersusah payah nak iron baju yang nak dipakai. Hal ini supaya masa yang terluang boleh di isi dengan menambah ibadah ataupun berehat di bilik hotel.


·         MATERIAL YANG RINGAN
Pastikan juga anda memilih pakaian dari jenis material yang ringan. Hal ini kerana dapat menjimatkan ruang bagasi serta menjadikan bagasi anda terasa lebih ringan. Ruang bagasi yang lebih itu nanti, boleh anda gunakan untuk isi barangan yang anda ingin beli ketika di Tanah Suci seperti cenderahati dan air zam zam.

Semoga tips - tips yang di kongsikan ini berguna buat anda yang bakal menjadi tetamu Allah di Tanah Suci tidak lama lagi. Semoga Ibadah yang dikerjakan nanti dipermudahkan-Nya dan diterima oleh Allah SWT. InsyaAllah.


Credit: cutiumrah.com

Saturday, 18 January 2020

Manfaat Senaman Kardio Yang Perlu Diketahui


Senaman kardio atau ‘cardio workout’ merupakan senaman yang dilakukan berulang kali bagi tempoh masa yang tertentu dengan intensiti yang tertentu. Apa sahaja jenis senaman yang meningkatkan degupan jantung serta mengeluarkan peluh boleh dikategorikan sebagai senaman kardio. Antara senaman kardio yang popular di kalangan orang ramai adalah aktiviti seperti jogging , berlari, berbasikal, berenang, bersukan mahupun Zumba.



Terdapat pelbagai manfaat senaman kardio ini kepada tubuh badan kita. Antara manfaat senaman kardio adalah:

1.       Meningkatkan Kesihatan Jantung
- Organ jantung juga mempunyai otot – otot yang memerlukan senaman bagi melatih ia bekerja dengan lebih baik lagi. Bagi memastikan jantung sentiasa sihat dan dapat menjalankan fungsinya untuk mengepam darah dengan baik, maka melakukan senaman kardio secara konsisten dapat menjadikan jantung sentiasa sihat.

2.       Meningkatkan Metabolisma
– Senaman kardio juga membantu dalam meningkatkan metabolism badan. Apabila metabolisma badan meningkat, kadar pembakaran kalori juga meningkat. Lebih mudah untuk mendapatkan berat badan yang ideal dengan bersenam secara rutin.

3.       Meransang Hormon dan Mercerdaskan Otak
- Senaman kardio dapat merangsang hormon yang menimbulkan perasaan ‘gembira dan tenang’. Secara tak langsung latihan kardio ini dapat mengurangkan stress dan menjadikan kita lebih ceria sekaligus mencerdaskan otak.

4.       Mempercepat proses ‘recovery’
- Latihan kardio dapat mepercepat kadar ‘recovery’ badan kita. Senaman kardio dapat melancarkan pengepaman darah yang membawa oxygen ke otot yang dapat membantu pembentukan otot-otot baru sekaligus mepercepat proses pembaikan.

5.       Menangani Masalah Diabetes
- Latihan kardio dapat membantu meningkatkan kemampuan otot pesakit menggunakan glukosa sehingga mampu membantu mengawal kadar gula dalam darah.

Antara tips sebelum anda menjadikan senaman kardio sebagai rutin harian anda adalah, anda harus mula dengan kadar intensiti yang rendah dahulu. Setelah anda biasa dengan senaman barulah anda meningkatkan kadar intensiti senaman kardio. Hal ini supaya senaman yang dilakukan tidak menyusahkan anda dan anda akan rasa lebih berminat untuk bersenam untuk jangka masa yang panjang. Bersenamlah untuk gaya hidup sihat !



Friday, 10 January 2020

5 Tips Keselamatan Untuk Wanita Ketika Mengerjakan Ibadah Umrah





1) Ketika tawaf:

·         Para wanita digalakkan memakai seluar di dalam jubah dan jika anda mahu lebih selesa untuk melangkah adalah apabila anda memakai seluar tight dari jenis cotton. 
·        
Pakai kasut bersih khas untuk tawaf. Untuk pengetahuan anda, lantai di tempat tawaf adalah lantai tile. Jika anda hanya memakai sarung kaki, agak tak selesa untuk berjalan sebab sedikit licin dan kaki pun cepat sakit.



Kasut Tawaf SOFIA ELLEN.


2) Ketika Sa’ie:
  • Sama seperti tawaf; iaitu pakai seluar di dalam jubah dan pakai kasut. Biasanya perjalanan saie lebih laju berbanding tawaf sebab kurang sesak. Anda digalakkan untuk memakai stoking  grip pada bahagian bawah tapak kaki agar memudahkan untuk melangkah kerana permukaan tile ditempat tawaf agak licin.


3) Pakai Niqab:
  • Selain untuk mengelakkan diri daripada diganggu, niqab juga membantu melindungi wajah ketika panas terik dan juga ketika ribut pasir (adakala ia berlaku).


4) Pakaian
  • Untuk jubah, tidak perlu membawa banyak,anda juga boleh membawa dalam 4-5 helai jubah. Anda juga boleh membasuh sendiri (boleh beli sabun di sana) atau hantar ke laundry service di hotel (biasanya ada servis ni di setiap hotel).
  • Disana juga,anda boleh memakai blouse labuh dengan skirt dan memakai baju kurung. (Sopan dan tidak mengikut bentuk badan)
  • Membawa mini telekung,di sana anda boleh memakai mini telekung siap-siap dari hotel ke masjid dan jadi lebih mudah untuk pakai telekung sahaja tanpa kainnya.


5) Isu Tandas
  • Di Mekah, tandas memang agak jauh dari tempat solat. Kalau anda tinggalkan tempat solat untuk pergi ke tandas, biasanya anda takkan dapat duduk semula di tempat yang sama, terutamanya jika sudah hampir masuk waktu solat.



Friday, 3 January 2020

TIPS MEMILIH HOTEL DI MEKAH



Assalamualaikum semua. Tahukah anda sebelum anda berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Haji atau Umrah anda perlu mengetahui di manakah lokasi hotel yang travel agensi anda tawarkan. Ini kerana lokasi hotel penting untuk anda merancang urusan ibadah anda di Tanah Suci Mekah nanti. Jarak dari Masjidil Haram, harga dan juga suasana di sekitar hotel pasti memainkan peranan penting dalam membuat pilihan hotel yang terbaik. Dalam posting kali ini kami akan kongsikan tips memilih hotel di Mekah. Hotel di Mekah ada TIGA kawasan. Iaitu di Misfalah, Ajyad dan Janadriah.

1.       MISFALAH
Hotel di kawasan Misfalah ni terletak betul – betul di belakang hotel Millenium Tower (nama lama Hilton Tower) atau menara zam zam. Kawasan di sini merupakan kawasan landai dan menjadi tumpuan para Jemaah yang ingin membeli belah. Kawasan hotel di Misfalah ini juga banyak dihuni oleh Jemaah Pakistan. Boleh dikatakan 50% adalah Jemaah Pakistan.

Oleh kerana kawasan Misfalah yang landai dan juga merupakan kawasan membeli – belah dan juga sebagai tempat tumpuan, mejadikan hotel di kawasan ini agak mahal berbanding di kawasan – kawasan yang lain. Hotel di kawasan Misfalah ini terletak dalam jarak 500m sehingga 1km. Ada juga yang lebih dekat dengan jarak 50m hingga 500m (kawasan elite) boleh di dapati di bahagian depan Masjidil Dalam sehingga Jabal Omar. Hotel di jarak yang dekat ini kebanyakkannya memang premium.

Kebiasaan Jemaah yang duduk hotel di kawasan Misfalah mereka akan masuk melalui pintu King Abdul Aziz atau King Fahd dan tidak mudah sesat ketika Jemaah berulang alik dari hotel kerana jalannya lurus dan mudah.

Image: Google

2.       AJYAD
Sekarang kita beralih pula ke kawasan Ajyad. Hotel di kawasan Ajyad ini agak popular di kalangan travel agensi Malaysia. Kawasan Ajyad ini sedikit berbukit dan memerlukan kita untuk mendaki sedikit. Jika ada membawa Jemaah yang berkerusi roda agak kurang sesuai sedikit untuk duduk hotel di kawasan ini. Namun, bukanlah tidak boleh cuma perlu usaha sedikit lah jika duduk di kawasan Ajyad yang berbukit ini.

Terdapat 2 jalan utama yang menghubungkan Ajyad ke Masjidilharam. Satu melalui Hotel Al-Massa dan kedua bermula dari Hotel Makarem Ajyad, selepas jejambat di belakang Safwah Tower. Kawasan Ajyad ini agak sibuk sedikit dengan Jemaah. Ditambah pula dengan kenderaan yang tak putus – putus keluar masuk menjadikan kawasan ini hidup dan meriah.

Jika kita menginap di hotel sepanjang jalan utama menuju ke Terowong Aziziyah, kita akan rasa santai sikit berjalan. Hotel pula menghadap Istana jadi tak Nampak sangat kesibukan manusia. Jika di kawasan ini mudah nak ke Aziziyah hanya mengambil masa 5-10 minit sahaja. Jika nak ziarah Gua Hirak di Jabal Nur pula hanya ambil masa 20 minit sahaja.

Jika duduk di kawasan Ajyad kebanyakkan Jemaah terdiri dari orang Malaysia dan Indonesia. Sudah pasti tidak terasa kekok jika menginap di kawasan ini. Hotel di kawasan Ajyad juga adalah lebih murah berbading di Misfalah. Kebiasaan Jemaah dari Ajyad akan masuk melalui pintu nombor 93 ke atas, bermula dari pintu Ajyad terus ke pintu King Abdul Aziz.

Image: Google

3.       JANADRIAH
Kawasan seterusnya adalah kawasan Janadriah. Agak kurang popular di kalangan travel agensi Malaysia namun perlu juga untuk kita mengetahui serba sedikit mengenai Hotel di Kawasan Janadriah ini. Kawasan Janadriah ini berada di sebelah kawasan Saie. Kena keluar melalui pintu Marwah atau Babussalam.

Di kawasan Saie ini terdapat banyak lorong – lorong yang jika kita tak familiar dengan tempat tu memang agak mudah untuk sesat. Ini kerana ia agak jauh dari landmark seperti menara jam sebagai pandu arah kita. Kawasan Saie ini juga agak berbukit sedikit, jadi memerlukan tenaga sedikit untuk berulang alik ke hotel.

Antara hotel yang popular di sini adalah Hotel Abraj Al Janadriyah. Jarak Masjidil Haram dengan Abraj lebih kurang 700 meter. Kena berjalan melintasi kawasan lapang stesyen bas. Walaupun Nampak agak jauh, namun tidak terasa sangat apabila berjalan di kalangan Jemaah yang berpusu – pusu berulang alik di kawasan ini.

Di sekitar kawasan Janadriah ini banyak tempat – tempat ziarah yang menarik. Antaranya Masjid Jin, Masjid Shajarah dan Masjid Kucing. Di bahagian atas sedikit pula terletaknya Makam Maala. Tidak jauh dari Hotel Abraj Al Janadriyah ini juga, di bahagian pintu masuk dan hadapan abraj saja terdapat pelbagai kedai. Amatlah mudah untuk mendapatkan barang keperluan seperti sabun, roti, baldi, pakaian, jubah dan lain – lain lagi.

Image: Google

Itulah serba sedikit mengenai 3 kawasan di Tanah Suci Mekah yang perlu kita pertimbangkan dalam membuat pilihan hotel apabila nak book pakej Umrah dengan travel agensi nanti. Jauh atau dekat atas pilihan kita. Haruslah disesuaikan dengan bajet, jarak serta kemampuan kita. Ambil kira juga area hotel itu nanti mesra keluarga atau tidak. Semoga dengan sedikit info ini bermanfaat untuk merancang urusan Ibadah di Tanah Suci nanti. Di doakan semoga segala ibadah yang dilakukan diterima Allah S.W.T. InsyaAllah

Credit: Facebook Shauqi Hasan