Sunday, 15 March 2020

Makanan-makanan di Dalam Rumah Perlu Ditutup




Di masjid Ukay Perdana beberapa bulan lalu seorang penceramah (lupa namanya) dalam kuliah Subuhnya bercerita perihal kehidupan jin dan jenis-jenisnya.

Katanya ada 3 jenis jin dalam alam ini iaitu:

1. Jin yang berpindah randah - Hidup seperti manusia, berpindah dari satu tempat ke suatu tempat.

2. Jin yang menyerupai anjing dan ular. Jika ada ular memasuki rumah, ada cara untuk menghalaunya. Tidak boleh dibunuh dalam rumah kerana dibimbangi ia adalah jelmaan jin.

3. Jin tidak makan dan tidak minum. Jin jenis ini sering juga dipanggil 'angin merah'. Jin ini sentiasa berterbangan di udara seperti serangga. Kata ustaz, jin ini amat bahaya kerana sukar untuk diubati jika terkena gangguan atas sifatnya yang tidak makan dan minum. Jin ini juga menggemari logam seperti besi-besi sebagai tempat hinggapnya (seperti di jalan-jalan raya dan kawasan pembinaan, rumah dll)

Maka dengan sebab itulah Nabi SAW pernah berpesan agar makanan-makanan di dalam rumah perlu ditutup khususnya pada malam hari kerana akan diturunkan satu wabak pada satu malam dalam satu tahun namun tidak disebut waktunya.

Baginda Rasulullah bersabda: “Tutuplah bekas makanan dan minuman kamu pada malam hari. Setiap tahun ada satu malam yang padanya diturunkan wabak. Tidak akan lalu (melintasi) wabak itu ke atas bekas makanan atau minuman yang tidak ditutup kecuali ia (wabak) masuk ke dalamnya.” [HR Muslim]

Dalam satu hadis lain Rasulullah s.a.w. menyebut, “Tutuplah bejana (makan/minuman) kamu pada waktu malam walaupun dengan sebatang lidi.”

Jadi, berdasarkan ceramah ustaz itu, maka teringatkah akan virus Covid-19 yang mudah merebak melalui udara selain mampu hidup 12 jam pada logam-logam dan besi-besi.

Selain itu sering juga disebut orang terkena santau dan sebagainya yang besar kemungkinan ia berpunca daripada wabak pada 1 malam yang diturunkan seperti sabda nabi itu.

Selain usaha secara fizikal, kita sebagai hambanya juga perlu berusaha meningkatkan ketakwaan dengan berdoa agar terhindar daripada sebarang musibah kerana sesuatu ujian itu diturunkan ada sebab-sebabnya seperti kemurkaan Allah atas kerosakan yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia.

Dalam surah Ar-Room ayat 41: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Wallauhualam.

[Sekadar berkongsi hasil intipati kuliah agama. Mohon mereka yang arif perbetulkan jika terdapat kesalahan].

Sumber: Niezam Abdullah

Friday, 6 March 2020

6 FORMULA BERDOA UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK

Dalam kehidupan ini, berdoa kepada Sang Pencipta adalah antara rutin dalam kehidupan setiap orang Islam. Kerana fitrah manusia sebagai makhluk yang lemah pastinya perlu bergantung dan memohon kepada Tuhan yang Maha Esa. Walaubagaimanapun, cara - cara dan adab berdoa perlulah betul supaya doa yang dipohon berkesan dan dimakbulkan oleh Allah SWT. Jom semak 6 Formula berdoa yang dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Credit: Google Image

FORMULA 1:
Sebelum ini kita selalu berdoa, "Ya Allah berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka Allah akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita.
Faham faham?
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,
"Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku ".

FORMULA 2:
Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya Allah BERILAH aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,
"Ya Allah KURNIAKANLAH aku..."
Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila InshaaAllah.

FORMULA 3:
Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "Semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini:
"Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."
Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakin Allah makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

FORMULA 4:
Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contohnya, “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah” dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan Allah.
Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya:
"Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '
Amin Ya Mujib.
Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.
Mini Telekung By Sofia Ellen

FORMULA 5:
Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada Allah.. hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah Allah beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..
Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg Allah dah beri, maka Allah akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh:
"Ya Allah, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya Allah.."

FORMULA 6:
Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di Arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,
"Ya Allah, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya Allah.. bantulah dia ya Allah, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah.."

Moga Bermanfaat, InsyaAllah.

Credit: FB Intan Mdsah

Friday, 28 February 2020

Kerajaan Arab Saudi Gantung sementara visa Umrah




Kerajaan Arab Saudi gantung sementara visa Umrah



                 Kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Luar negara itu mengambil keputusan untuk
                     menggantung sementara pengeluaran visa umrah sebagai langkah pencegahan
                     berikutan penularan COVID-19, lapor agensi berita SPA.


                     Menurut kenyataan Kementerian Luar yang dikeluarkan di Riyadh pada Rabu, 
                     langkah itu bertujuan memberikan perlindungan sepenuhnya terhadap keselamatan
                     penduduk dan setiap individu yang berhasrat mengunjungi Arab Saudi bagi tujuan
                     mengerjakan umrah atau menziarahi Masjid Nabawi atau sekadar melancong.

                     Atas nasihat pihak berkuasa kesihatan tempatan, Kerajaan Arab Saudi telah
                     mengambil tindakan pencegahan proaktif dalam usaha menghalang penularan
                     wabak COVID-19, menurut laporan itu.

                     Justeru, Kerajaan Arab Saudi memutuskan untuk mengambil beberapa 
                     langkah berjaga-jaga seperti berikut:

                     1. Menggantung sebarang kemasukan bagi tujuan mengerjakan umrah
                     atau melawat Masjid Nabawi buat sementara waktu.

                     2. Menggantung sementara visa pelancong bagi individu yang datang dari
                     negara di mana berlakunya penyebaran wabak COVID-19.

                     3. Menggantung sementara visa dan pasport rakyat Arab Saudi yang
                     ingin melakukan perjalanan keluar negara kecuali mereka yang telah berada di luar.

                     Sumber: Bernama

Friday, 21 February 2020

Tips Persediaan Umrah Pertama Untuk Wanita


Apabila tiba kesempatan untuk mengerjakan umrah, banyak persediaan dan perancangan yang perlu kita lakukan dari segi mental dan fizikal bagi memastikan ibadah yang dijalankan berjalan dengan lancar dan teratur. Sedikit perkongsian tips buat jemaah wanita yang berhajat untuk membuat umrah tidak lama lagi, semoga bermanfaat.

                                                       
IMAGE: GOOGLE 


1.       Ketahui Tarikh Datang Haid
-          Bukan selalu hadir peluang untuk dapat menunaikan ibadah umrah. Justeru, merancang waktu berangkat ke tanah suci untuk kaum wanita adalah penting supaya waktu dua minggu di Tanah Suci dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk beribadah.
-          Sebelum booking pakej umrah kaum wanita perlu memantau tarikh dan rutin datang bulan. Sebagai contoh jika haid habis pada 15 hb maka bolehlah booking pakej untuk berangkat pada 17 hb.

2.       Pakaian Yang Sesuai
-          Dari aspek pakaian pula penting untuk kaum wanita memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna. Elakkan pakaian yang terlalu nipis mahupun yang terlalu tebal kerana di sana suhu agak tinggi. Pastikan pakaian dari fabrik yang menyerap peluh dan elakkan pakaian yang berwarna – warni serta jarang.


SUIT MAREAM BY SOFIA ELLEN

-          Pemakaian tudung sarung juga digalakkan kerana lebih mudah dan praktikal. Pastikan tudung sarung anda labuh dan selesa dipakai.

ARIANNA INSTANT BY SOFIA ELLEN

-          Pastikan juga untuk membawa stokin kaki dan juga stokin tangan ke sana nanti. Pemakaian stokin kaki adalah penting kerana di sesetengah kawasan berdebu terutamanya di Masjidil Haram yang memerlukan kita menukar stokin. Selain itu, stokin kaki yang tinggi juga dapat melindungi dari aurat kaki terdedah jika jubah yang dipakai terangkat.
-          Stokin tangan juga penting apabila melakukan tawaf dan perlu melambai Hajarul Aswad, hal ini kerana lengan jubah akan menurun dan mendedahkan pangkal tangan. Pemakaian stokin tangan dapat membantu dari terdedah aurat.



3.       Pemakaian Deodoran

-          Isu pemakaian deodorant sering menjadi kemusykilan. Namun, memakai wangi – wangian sebelum berniat ihram adalah dibenarkan. Oleh seeloknya lah kita memakai sedikit untuk menjaga bau badan kita dari mengganggu orang lain.

-          Selepas sahaja berniat ihram, wanita tidak dibenarkan lagi untuk untuk memakai deodorant, minyak angin, minyak wangi dan membasuh tangan dengan sabun bagi tempoh 2 jam.


 Credit: Hijabsheels


Thursday, 13 February 2020

ZIARAH MADINAH: SEJARAH MENGENAI JABAL UHUD


Jabal Uhud atau juga dikenali sebagai Bukit Uhud bukan gunung biasa. Jabal Uhud sarat akan nilai dan sejarah serta mempunyai makna spiritual.

Jabal Uhud sendiri memiliki tinggi sekitar 1.050 meter. Lokasinya sekitar 4,5 kilometer di sebelah utara Kota Madinah, Arab Saudi. Panjangnya 7 Km dan terdiri dari batu-batuan granit, marmer merah dan batu-batu mulia.

Jabal Uhud sendiri memang tampak seperti gunung yang menyendiri, tidak tersambung dengan gunung lainnya. Karena itu nama Jabal Uhud diberikan yang berarti gunung yang menyendiri. 

IMAGE: GOOGLE

Sejarah Jabal Uhud

Ada sebuah peta terpampang di sebuah dinding di area ziarah tersebut. Peta tersebut, menceritakan sedikit sebanyak mengenai peristiwa – peristiwa yang berlaku ketika perang Uhud. Perang ini terjadi pada 15 Syawal 3 Hijrah atau Tahun 625 Masihi itu terkenal dengan nama Perang Uhud.
Dalam lembah yang berada di kaki Gunung Uhud, pernah terjadi sebuah perang dahsyat antara kaum muslimin yang berasal dari Madinah yang dipimpin Nabi Muhammad SAW dengn kaum musyrikin Quraisy dari Makkah.
Jumlah kaum muslimin yang ikut berperang adalah sangat sedikit. Pada awalnya adalah sebanyak 1000 orang namun bilangan berkurang menjadi 700 orang akibat pengunduran sebilangan orang – orang munafik yang telah berundur kembali ke Madinah. Sementara itu, pihak musuh pula terdiri daripada 3000 orang musyrikin Quraisy.
Terjadilah pertempuran yang hebat. Ketika berperang sebenarnya kaum muslimin telah hamper menang ke atas kaum musyrikin. Namun, para pemanah yang berada di atas Gunung Arrimah tergoda melihat barang – barang berharga yang ditinggalkan oleh kaum musyrikin tersebut dan telah meninggalkan pos masing – masing ketika itu.
Para pemanah kaum muslimin turun dari bukit hingga lupa akan pesan Rasulullah SAW agar mereka tidak meninggalkan bukit tersebut. Semuanya turun kecuali  Abdullah bin Jabir dan 6 pemanah lainnya.
Apabila melihat ituasi itu, Khalid bin Walid (komandan Quraisy saat itu dan belum masuk Islam) memanfaatkan keadaan membawa pasukan melalui dari arah belakang pasukan Islam dan akibatnya pasukan kaum muslimin mengalami kekalahan yang teruk.
Ramai dari kaum muslimin yang telah terkorban dalam peperangan ini. Perang ini menggugurkan 70 sahabat Nabi termasuk 7 pahlawan Uhud. Yang paling membuat Rasulullah SAW terpukul dan sedih adalah gugurnya sang paman, Hamzah bin Abdul Mutholib.

Keistimewaan dan Kepentingan Ziarah ke Jabal Uhud
Tidak seperti gunung atau bukit lainnya di Kota Madinah, Jabal Uhud memiliki keistimewaan tersendiri. Bahkan Jabal Uhud adalah salah satu bukit yang dijanjikan kelak ada di syurga. "Jika kita hendak melihat bukit yang terdapat di syurga, maka ziarahlah ke Bukit Uhud. Nabi SAW bersabda, 'Bukit Uhud ialah salah satu dari bukit-bukit yang terdapat di syurga'," demikian hadis yang diriwayatkan HR Bukhari.

Oleh itu, kebiasaannya Jemaah yang ke Tanah Suci Mekah digalakkan untuk singgah ziarah Jabal Uhud yang terdapat di Madinah ini.

IMAGE: GOOGLE


Tips Ziarah
Oleh kerana aktiviti ziarah yang memerlukan pendakian dan kawasan bukit yang tidak rata para jemaah digalakkan memakai pakaian yang berseluar untuk memudahkan pergerakkan berbanding jubah atau kain yang meleret dan sedikit leceh. Namun semua atas pilihan masing – masing. Ini hanyalah sebagai panduan sahaja. 
CONTOH JUBAH SELUAR: SUIT MAREAM
SUIT MAREAM BY SOFIA ELLEN
SUIT MAREAM BY SOFIA ELLEN

Credit:
1. haji.okezone.com
2. travel.dream.co.id


Friday, 7 February 2020

GAYA TUDUNG YANG BERSESUAI DENGAN BENTUK MUKA


BUJUR
Buat anda yang memiliki bentuk wajah seperti ini, anda sungguh bertuah kerana anda bebas memillih sebarang gaya tudung. Jika anda peminat selendang anda boleh gayakan selendang dari jenis fabrik kapas, sifon ataupun net. Manakala peminat tudung yang berwajah bujur, anda boleh juga gayakan tudung yang bersengkuap atau jenis Syria.


ARIANNA INSTANT BY SOFIA ELLEN


PANJANG
Wanita yang memiliki bentuk muka panjang pula, bentuk mukanya mirip seperti bujur namun lebih panjang dibahagian dahi atau dagu. Buat anda yang mempunyai bentuk muka seperti ini, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.
Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang ini dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.

BULAT
Jika anda mempunyai bentuk muka ini, ia bermakna saiz muka dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan adalah sama.

Gaya pemakaian tudung bagi wanita yang mempuyai bentuk wajah bulat digalakkan menggunakan cekak lembut sebelum memakai tudung. Pilih anak tudung yang diperbuat daripada material yang anjal agar ukuran kepala tidak tampak terlalu kelihatan.

Untuk pemilihan selendang pula, bagi anda yang berwajah bulat, digalakkan memilih selendang dari material nipis. Pemakaian selendang bersama anak tudung bawal adalah disarankan agar bentuk muka kelihatan bujur.

PETAK
Selalunya, kelebaran kepala, tulang pipi dan rahang adalah sama pada muka yang petak. Bahagian tulang rahang bagi wajah berbetuk petak juga lebih ketara.

Penggunaan anak tudung sebelum memakai tudung dapat menjadikan wajah tampak memanjang. Untuk penggayaan selendang pula, pilih gaya yang menjurus kepada liltan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.


IMAGE: GOOGLE


SEGI TIGA
Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang.
Untuk bentuk wajah segi tiga, gunakan tudung yang ditarik boleh memakai tudung ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net.
Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga pemakaian selendang bukan satu masalah kerana bentuk wajah menghampiri bentuk muka bujur. Tetapi, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.

CREDIT: HARIAN METRO

Thursday, 30 January 2020

5 TIPS PEMILIHAN PAKAIAN UMRAH UNTUK JEMAAH WANITA



·         JUBAH YANG SELESA
Pemilihan jubah haruslah tepat supaya sentiasa selesa ketika beribadah. Pilih jubah yang longgar serta tidak melekap. Seterusnya jubah juga haruslah wudhuk friendly agar mudah nak ambil wudhuk. Jubah juga seharusnya tidak meleret supaya tidak mudah kotor serta memudahkan pergerakan.


·         JUBAH SELUAR LEBIH MEMUDAHKAN
Sediakan juga sekurang – kurangnya 2 pasang jubah seluar. Jubah seluar lebih memudahkan pergerakkan. Ketika mengerjakan umrah dan juga ziarah pasti memerlukan anda untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Jadi memakai pakaian yang berseluar lebih selesa dan mudah berbanding jubah.


SUIT MAREAM by SOFIA ELLEN

·         TUDUNG YANG CEPAT DAN RINGKAS
Pastikan tudung yang di bawa ketika umrah memudahkan. Pilihan tudung sarung atau tudung instant lebih baik berbanding tudung yang memerlukan pin. Ini kerana dapat menjimatkan masa serta melancarkan urusan sepanjang di Tanah Suci. Kerana tujuan utama ke sana adalah fokus ibadah, jadi seharusnya merlukan tudung yang cepat supaya tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk bersiap.


ARIANNA INSTANT HIJAB by SOFIA ELLEN

·         MINIMUM IRONING
Penting juga untuk membawa pakaian dari jenis material yang tidak berkedut supaya tidak perlu bersusah payah nak iron baju yang nak dipakai. Hal ini supaya masa yang terluang boleh di isi dengan menambah ibadah ataupun berehat di bilik hotel.


·         MATERIAL YANG RINGAN
Pastikan juga anda memilih pakaian dari jenis material yang ringan. Hal ini kerana dapat menjimatkan ruang bagasi serta menjadikan bagasi anda terasa lebih ringan. Ruang bagasi yang lebih itu nanti, boleh anda gunakan untuk isi barangan yang anda ingin beli ketika di Tanah Suci seperti cenderahati dan air zam zam.

Semoga tips - tips yang di kongsikan ini berguna buat anda yang bakal menjadi tetamu Allah di Tanah Suci tidak lama lagi. Semoga Ibadah yang dikerjakan nanti dipermudahkan-Nya dan diterima oleh Allah SWT. InsyaAllah.


Credit: cutiumrah.com