Friday, 27 March 2020

Petua Jaga Jantung Sihat, Amalkan Minum Jus Tomato


Jantung adalah organ yang sangat penting di dalam tubuh kita. Kegagalan jantung untuk berfungsi dengan baik boleh mendatangkan maut.

Menjaga kesihatan jantung sangat penting. Fungsi utama jantung adalah mengalirkan darah kaya oksigen ke seluruh bahagian tubuh. Jika organ ini tidak dijaga dengan baik boleh menyebabkan serangan jantung sekaligus menyebabkan kematian.

Salah satu petua kesihatan untuk menjaga jantung yang boleh diamalkan adalah dengan minum jus tomato selalu. Buah tomato sangat banyak khasiatnnya untuk kesihatan tubuh kerana tinggi anti oksida. Tomato mengandungi komponen seperti lycopene, fenolik, flavonoid, vitamin C, dan vitamin E yang berfungsi sebagai agen antioksida juga antikanser.


IMAGE: GOOGLE

Jemput baca perkongsian daripada Puan SuzyHoney ini.Sesiapa yang rasa jantung sudah nak tersumbat atau hendak jaga jantung rajin-rajinlah minum jus Tomato ya.

Bahan-Bahan Jus Tomato:
2 biji tomato
1 atau 2 gelas Susu Segar
Caranya mudah sahaja.
1. Carilah tomato yang baik keadaannya dan pastikan rendam dengan air garam sekejap untuk buang racun- racun buah yang pasti di semburkan oleh penanamnya. Kecuali tomato yang di tanam sendiri.
2. Di ambil tomato 2 biji dan saya campurkan blend dengan 1 ke 2 gelas
2. Di ambil tomato 2 biji dan saya campurkan blend dengan 1 ke 2 gelas susu segar rendah lemak ( low fat) dan kali ini saya memilih susu lebih protein untuk tulang sekali. Blenderkan semua lepas itu terus diminum . Jangan dibiarkan lama.

Sudah pasti minuman yang kita buat sendiri selamat dan sesuai juga jika mahu diberikan kepada anak- anak seisi keluarga.Sesekali apa salahnya paksa mereka minum untuk jaga kesihatan.

Buah tomato memang banyak khasiatnya. Jika mengalami masalah jantung bolehlah cuba amalkan minum jus tomato ini untuk kesihatan.Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Sumber - Sehinggit Media News
Diolah oleh SOFIA ELLEN


Monday, 23 March 2020

Bertaubatlah, Allah Sesungguhnya Maha Pengampun: Panduan Menunaikan Solat Taubat.


Kita semua pendosa .Sebab tu solat taubat kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang. Rasa bersih. Selepas itu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati macam seronok.Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Tu Insha AllaH tanda taubat AllaH dah terima.

Waktu Sesuai Solat Taubat
Waktu melakukan solat sunat taubat ialah bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan solat.
Walau bagaimana pun, solat ini lebih afdhal dilakukan selepas tengah malam sewaktu Qiamullai (bangun pada 2/3 malam untuk beribadat kepada Allah)
Cuma apabila kita berasa bersalah dan mahu kembali kepada Allah, maka lebih baik kembali yang dimulai dengan amalan serta-merta.
Dan amal yang paling baik bagi umat manusia tidak lain tidak bukan adalah solat.


TELEKUNG SOFINA BY SOFIA ELLEN


Bagaimana cara solat taubat?
Berikut adalah cara solat taubat yang telah di susun step by step dengan jelas supaya mudah difahami dan mudah bagi yang baru nak mula melakukan solat sunat taubat ini.

Cara Solat Sunat Taubat
§  Bersihkan diri. Ambil wudhu.
§  Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).
§  Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu, yang pendek sahaja. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu betul- betul tenang.
§ 









    




Selepas itu baru niat. (Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala)

BACAAN NIAT 


§  Baca do’a Iftitah dan al-Fatihah macam biasa.
§  Rakaat pertama, baca Surah al-Kafirun 1 kali. Kalau ada yang tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je.
§  Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1 kali. Bila sampai waktu sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do’a Nabi Yunus a.s.

DOA NABI YUNUS

  
§  Bacalah 10 kali atau 20 kali atau 30 kali. Ikut suka.
§  Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.Kita berada dalam keadaan hina sehina-hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama.
§  Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.
§  Lepas bagi salam, Istighfar lagi, boleh baca Istighfar pendek atau yang panjang sikit.


BACAAN ISTIGHFAR


§  Baca seberapa banyak yang kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah.Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do’a.
§  Bila berdo’a, kita kena betul-betul menyesal dengan dosa-dosa kita. Mohon Allah ampunkan dan terima taubat kita. Sebagai permulaan, guna do’a sendiri dalam Bahasa Melayu.Luahkan apa yang terbuku dekat hati tu.Menangislah.. Merayulah.. Mohon Allah ampunkan dosa tu.
§  Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dengan AllaH.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.Kejap lagi kita m4ti..Agak-agaknya apa kita akan mohon pada AllaH?
§  Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pun takpa.
§  Dah selesai berdo’a, tutup do’a kita tu dengan;









PENUTUP DOA, SURAH AL BAQARAH AYAT 201



§  Kemudian duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.Tengok apa yang boleh kita perbaiki lepas ni.

Imam al-Ghazali ada cakap, tanda hati kita sudah mula hitam;
1. Bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
2. Hilang kemanisan beribadah
3. Hati tak makan nasihat.
Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Semoga panduan ini dapat membantu kita dalam melakukan solat sunat taubat dengan sebaik mungkin.
Semoga Allah SWT menerima taubat kita dan membersihkan jiwa-jiwa kita daripada kegelapan dosa dan maksiat. InsyaaAllah.


Sumber: Nuremyliya Abdullah
Diolah oleh SOFIA ELLEN