·
NIAT
Sebelum anda berlepas ke tanah suci untuk
menunaikan ibadah umrah, anda wajib memasang niat. Ini adalah kerana, setiap
ibadah bermula dengan niat kerana Allah. Niat juga bagi mengekang diri kita
dari bersifat lalai. Sepatutnya pergi ke Makkah untuk mengerjakan umrah nanti
jadi berselfie pula yang lebih. Jadi pastikan niat ke Makkah itu betul untuk
ikhlas beribadah kepada Allah.
·
ILMU
Jika anda sudah memasang niat yang betul,
seterusnya nada boleh lah mula mencari ilmu berkaitan cara mengerjakan umrah.
Anda boleh melakukan pembacaan, bertanya kepada mereka yang telah menunaikan
umrah atau boleh menghadiri kursus umrah yang din ajurkan oleh travel agency.
·
SEMPURNA RUKUN
Sebagai seorang muslim rukun islam adalah
wajib untuk kita patuhi. Jadi sebaiknya anda menyempurnakan dahulu rukun yang
lima itu sebelum mengerjakan umrah. Namun, terdapat perselisihan pendapat
dimana perlu mencukupkan rukun yang lima sebelum mengerjakan umrah selari
dengan hadis daripada Zaid bin
Thabit R.A. katanya: Rasulullah S.A.W.bersabda: “Mengerjakan haji dan
umrah itu dua fardhu cuma sekali sahaja, dan bolehlah dikerjakan mana-mana satu
(sama ada haji atau umrah) dahulu.”
·
KEWANGAN
Pastikan juga anda mempunyai simpanan
kewangan yang cukup bagi menampung kos untuk anda berangkat ke tanah suci bagi
mengerjakan ibadah umrah. Pastikan juga sumber kewangan anda adalah dari sumber
yang halal dan tidak diragui. Hal ini kerana sumber wang yang halal dan bersih
penting bagi meraih keberkatan dalam beribadah.
·
IMUNISASI & KESIHATAN
Mencegah lebih baik daripada
mengubati. Begitu juga situasinya dengan bakal-bakal Jemaah yang akan
menunaikan umrah dan haji. Suntikan imunisasi ini merupakan salah satu
langkah pencegahan yang perlu dilakukan oleh bakal Jemaah sebelum berangkat ke
Makkah. Ini kerana, suntikan vaksin dapat membantu bakal-bakal Jemaah
mengelakkan diri mereka daripada dijangkiti wabak-wabak penyakit ketika berada
di luar negara. Pihak berkuasa Arab Saudi telah mewajibkan pengambilan Vaksin
Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135) kepada mana-mana Jemaah yang belum pernah
mengambil suntikan ini sebelum berlepas ke Tanah Suci. Ini bagi mengelakkan
diri mereka daripada terdedah kepada penyakit berjangkit dan boleh disebarkan
kepada orang lain. Bagi bakal jemaah yang belum pernah mengambil suntikan ini,
kita diwajibkan mengambil suntikan ini sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum
berlepas ke Tanah Suci.
·
PASSPORT & VISA
Sebelum anda berangkat menunaikan umrah,
pastikan anda mempunyai passport yang sah. Ini adalah untuk mengelakkan anda
ditahan oleh pihak imigresen. Untuk Jemaah yang pertama kali dan belum
mempunyai passport, anda boleh membuat atau memperbaharui passport anda di mana
– mana cawangan Jabatan Imigresen di seluruh Malaysia.
·
SOLAT
Sebelum berangkat ke tanah suci, digalakkan
untuk bakal Jemaah memperbanyakkan solat sunat di samping memperbaiki bacaan –
bacaan dalam solat. Hal yang demikian supaya ibadah umrah yang bakal dilakukan
nanti berjalan dengan lancar serta mendapat keberkatan-Nya. Bakal Jemaah juga
boleh memperbanyakkan solat berjemaah di masjid sebelum berangkat ke tanah
suci.
·
TAUBAT NASUHA
Menunaikan umrah ini adalah sebagai tanda
penyerahan kita kepada Allah Taala. Jadi sebaiknya sebelum kita menjadi tetamu
Allah di Tanah Suci kita menunaikan Solat Sunat Taubat dengan niat memohon
taubat dari segala dosa- dosa kita yang lalu.
·
SABAR/KAWAL PERASAAN
Sebelum menunaikan umrah, kita juga
disarankan untuk belajar mengawal sabra dan kawal perasaan marah. Hal ini untuk
menyediakan diri kita menghadapi sebarang dugaan ketika mengerjakan umrah
nanti. Tambahan pula kita akan bersama – sama Jemaah dari pelbagai Negara yang
pastinya mempunyai ragam masing – masing.
·
SENAMAN
Bakal Jemaah umrah juga digalakkan untuk
banyakkan bersenam untuk meningkatkan stamina di samping mengekalkan kecergasan
tubuh badan. Senaman juga penting kerana tubuh yang cergas dapat menjadikan ibadah
yang dijalankan nanti lebih focus dan lancar.
·
DOA & TAWAKKAL
Akhir sekali perbanyakkan berdoa kepda
Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan sepanjang menunaikan umrah di Tanah
Suci nanti. Jika segala persipan telah dibuat sebaik mungkin dan telah berdoa
dengan bersungguh – sungguh, kita haruslah berserah dan bertawakkal kepada
Allah. Semoga ibadah yang dilakukan nanti diterima Allah SWT.
Credit: cutiumrah.com