Thursday 1 March 2018

TIPS MEMILIH PAKEJ UMRAH





Assalamualaikum wbt semua.. Lady S berharap semuanya sihat-sihat belaka dan sentiasa dibawah rahmat-Nya.

Alhamdulillah saban hari semakin ramai rakyat Malaysia yang berhasrat dan dijemput untuk menunaikan ibadah Umrah dan Haji. Malangnya hasrat yang suci dan murni ini sering diambil kesempatan oleh agent atau pengelola umrah yang tidak bertanggungjawad untuk mengaut untung dan menipu jemaah Umrah dan Haji.



Ada juga jemaah yang tidak bertanyakan butiran perjalanan yang lengkap kerana keterujaan bakal menunaikan ibadah Umrah. 


Jadi bagaimanakah untuk memilih pakej Umrah?


1. HARGA MINIMA YANG DITAWARKAN

  • Harga pakej minima untuk standard pakej ekonomi 12 hari 10 malam adalah rm4900. Kebiasaannya harga akan berubah mengikut musim dan juga jenis pakej yang dipilih.
  • Tidak termasuk kos visa bagi  Jemaah kali kedua dan seterusnya.



2. PASTIKAN PAKEJ MERANGKUMI


  • Tiket penerbangan pergi dan balik.
  • Jenis bilik penginapan.
  • Kemudahan pengangkutan darat.
  • Jarak hotel ke Masjidil Haram.
  • Kekerapan makan dan minum.
  • Lawatan ziarah jika ada.
  • Diiringi oleh wakil syarikat sepanjang tempoh perjalanan.
  • Perkhidmatan mutawif (pembimbing) yang bertauliah.
  • Perlindungan skim takaful umrah untuk kecemasan, penyakit dan kematian.

3. FAHAMI DAN TANDA TANGAN PERJANJIAN PEMBELIAN PAKEJ UMRAH


  • Pastikan ada peruntukan atau gantirugi jika berlaku sebarang pembatalan.
  • Pastikan juga caj pembatalan dan terma syarat pembatalan dinyatakan dengan jelas.
  • Pastikan semua bayaran dibuat terus kepada akaun syarikat pelancongan dan bukan melalui akaun peribadi ejen atau wakil syarikat terbabit.



4. BERHATI-HATI DENGAN PENGENDALI UMRAH TIDAK BERLESEN



  • Hanya berurusan dengan syarikat berstatus sendirian berhad (sdn bhd) dan dilesenkan di bawah bidang agensi pengembaran (ticketing) dan perniagaan perlancongan luar negeri (outbound) sahaja dibenarkan untuk mengelola pakej Umrah.
  • Yayasan atau koperasi atau individu adalah tidak dilesenkan sebagai pengendali Umrah.
  • Penggunaan ejen atau wakil syarikat persendirian adalah tidak dibenarkan sama sekali.














Sumber   www.motac.gov.my

**BELILAH PAKEJ UMRAH DAN ZIARAH DARIPADA

AGENSI PELANCONGAN YANG BERLESEN

DENGAN KEMENTERIAN PERLANCONGAN DAN KEBUDAYAAN 
MALAYSIA BAGI MENGELAKKAN RISIKO PENIPUAN.



Lady S berharap dengan perkongsian ini, pembaca akan lebih berhati-hati serta membuat perbandingan sebelum membuat pembayaran bagi mengelakkan kerugian pada pihak pengguna. Disarankan juga buat anak-anak yang mempunyai ibubapa yang sudah berumur supaya membantu ibubapa anda bagi menyelesaikan urusan pendaftaran umrah dan haji mereka. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang yang memerlukan perbelanjaan yang besar dan sukar untuk menyimpan wang. Apabila wang sudah mencukupi ditipu dan diambil kesempatan pula oleh mereka yang tidak bertanggungjawad.


Lady S juga tidak mencadangkan bagi Jemaah umrah yang telah berusia atau ingin membawa anak kecil mengambil pakej Umrah transit. Ini adalah kerana dikhuatiri jika terdapat masalah teknikal seperti masa penerbangan yang ditunda lama. Semestinya Jemaah akan merasa penat dan anak kecil terus merengek dengan pelbagai ragam kerana terpaksa menunggu untuk waktu yang lama.


Semoga urusan Umrah dan Haji anda berjalan dengan lancar…. InsyaAllah.



salam sayang,
Lady S