Berakhirnya
bulan Zulkaedah membawa kita kepada pembukaan tahun baru di dalam Islam iaitu
bulan Muharram. Haa, macam mana dengan persediaan semua pada tahun baru ini?
Dah ada azam baru ke? Dah mulakan langkah nak mencapai azam baru? Jika sudah,
Alhamdulillah. Jika ada dalam kalangan pembaca yang belum menanam azam baru,
masih belum terlambat lagi nak berazam baru ok?
Tapi hari ini Lady S bukan nak
cerita pasal azam baru Lady S. Cuma Lady S nak berkongsi sedikit berkenaan
puasa-puasa sunat yang boleh kita semua amalkan di dalam bulan Muharram yang
mulia ini J
Dari Abu Hurairah
r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah
puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah
solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)
Dapat dilihat menerusi hadis di atas bahawa puasa yang
kedua utama di dalam Islam ialah puasa di dalam bulan Muharram. Siapa biasa
amalkan puasa Asyura’? Kalau dah biasa tu, Alhamdulillah sejuk hati Lady S
mendengarnya. Hehehe… Kalau belum tu, apa kata tahun ini kita mulakan amalan
berpuasa di hari Asyura’ di dalam bulan Muharram.
PUASA ASYURA’
Puasa Asyura’ jatuh pada
tanggal 10 Muharram pada setiap tahun Islam J menurut sebuah
hadis,
Nampak tak betapa
banyaknya REWARDS yang Allah swt kurniakan kepada hamba-Nya yang berpuasa dan
bersedekah pada hari Asyura’.
Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu
Umar r.a.;"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) adalah
seperti berpuasa setahun dan siapa yangg bersedekah pada hari Asyura adalah
bagiku bersedekah setahun." (Riwayat Albazzar)
Nampak
tak betapa banyaknya REWARDS yang Allah swt kurniakan kepada hamba-Nya yang
berpuasa dan bersedekah pada hari Asyura’. Rugi tau kalau kita semua tak rebut
peluang yang hanya datang sekali setahun! Dapat pulak jika di hari Asyura’
banyak masjid / surau yang bergotong royong membuat bubur Asyura’ dan agihkan
kepada masyarakat setempat, siapa yang tak suka free food kan?
Selain
itu, Lady S juga nak kongsikan tingkatan puasa Asyura’ kepada semua. Terdapat
tiga tingkatan di dalam puasa di hari Asyura’ yang dijelaskan oleh Ibnul Qayim iaitu :
- Tingkatan paling sempurna, puasa tiga hari. Sehari sebelum Asyura, hari Asyura, dan sehari setelahnya.
- Tingkatan kedua, puasa tanggal 9 dan tanggal 10 Muharram. Ini berdasarkan banyak hadits.
- Tingkatan ketiga, puasa tanggal 10 saja. (Zadul Ma’ad, 2/72).*
PUASA TASU’A
Selain
puasa Asyura’ pada tanggal 10 Muharram, terdapat lagi satu lagi puasa di dalam
bulan Muharram yang digelar sebagai puasa Tasu’a. puasa tasu’a merupakan puasa
yang dilakukan pada sehari sebelum hari Asyura’ iaitu tanggal 9 Muharram pada
setiap tahun Islam. Menurut hadis Nabi Muhammad saw
Dari Ibn Abbas radliallahu ‘anhuma, beliau menceritakan:
Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi
wa sallam melaksanakan puasa Asyura’ dan memerintahkan para sahabat untuk
puasa. Kemudian ada sahabat yang berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya hari
Asyura adalah hari yang diagungkan orang Yahudi dan nasrani. Kemudian Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tahun depan, kita akan berpuasa di
tanggal sembilan.” Namun, belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallamsudah diwafatkan.” (HR. Al Bukhari)
Justeru,
Lady S nak mengajak semua pembaca untuk sama-sama berpuasa Tasu’a dan Asyura’
pada tahun ini. Semoga tahun ini merupakan tahun yang lebih baik bagi kita
semua dan semua amalan kita diterima Allah swt J
Salam
sayang,
Lady S
Lady S
(GAMBAR AWAL MUHARRAM BOLEH AMBIL YANG
IG/FB POST)