Thursday, 9 November 2017

PANDUAN DAN LANGKAH MENGHADAPI BANJIR

Assalammualaikum pembaca2 blog Lady S. Apa khabar semua? Sudah lama Lady S tidak berceloteh. Mesti ada yg da rindu Lady S kan? hehehe.. 😆 

Semua mesti sudah sedia maklum, negara kita sekali lagi dilanda banjir yg begitu teruk. Lady S turut bersimpati terhadap apa yg berlaku di negeri-negeri yg dilanda banjir. Banyak harta benda habis dihanyut oleh banjir. Pada hari ini, Lady S tergerak hati nak share panduan dan langkah2 yang perlu diambil untuk menghadapi banjir... 
(Lady S rujuk di laman web http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/alam-sekitar/1729-panduan-dan-langkah-menghadapi-banjir.html)



PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR

  • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
  • Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
  • Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
  • Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
  • Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
  • Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.


SEBELUM BANJIR - SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN

  • Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
  • Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
  • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
  • Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.


SEMASA BANJIR - SEMASA PEMINDAHAN

  • Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan. 
  • Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
  • Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.


SEMASA BANJIR  - DI DALAM KENDERAAN

  • Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
  • Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat


SEMASA BANJIR - DI DALAM RUMAH

  • Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan.
  • Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.


SEMASA BANJIR - DI LUAR RUMAH

  • Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
  • Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
  • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  • Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
  • Jangan minum air banjir.


SELEPAS BANJIR

  • Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
  • Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
  • Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
  • Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.


SELEPAS BANJIR - SEMASA MEMASUKI BANGUNAN

  • Pakai kasut.
  • Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
  • Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
  • Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.

SELEPAS BANJIR - PERIKSA ANCAMAN BAHAYA

  • Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
  • Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
  • Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
  • Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
  • Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
  • Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi. 
  • Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.

Semoga apa yg Lady S share ini boleh jadi panduan pembaca2 diluar sana ya. Khususnya kepada yg terlibat... 😊

Salam sayang
Lady S