Ramai di antara kita yang biasa tidak bersahur atau senang cakap malas nak bangun sahur. Tetapi, janganlah begitu. Sesungguhnya besar pahala bersahur. Jika anda malas nak makan semasa sahur, apa kata amalkan pengambilan susu kurma ini untuk menahan lapar sepanjang hari.
Mungkin anda juga mempunyai versi sendiri, tetapi Lady S merasakan resepi ini antara yang terbaik dan tersedap.
Bahan-bahan:
- 7 - 10 biji kurma (jenis kurma terpulang kepada anda. Nak campur pun boleh.)
- 1 cawan air kosong
- 2 cawan susu segar (penuh lemak atau rendah lemak - ikut citarasa masing-masing. Tetapi sebaiknya susu kambing lebih afdal~)
Bahan tambahan lain:
- Madu
- Oat
- Kacang badam/gajus
- Kismis
- Buah tin
- Pisang
- Serbuk milo/koko/kopi
- Serbuk kayu manis
- Ketulan ais
- Aiskrim vanila
Cara-cara membuat:
1. Belah kurma dan keluarkan bijinya.
2. Rendam isi kurma dalam air kosong semalaman. Sekiranya anda tidak mahu menunggu lama, boleh gantikan air kosong dengan air panas dan rendamkan kurma antara 10-15 minit.
3. Tuang kurma berserta air rendaman ke dalam pengisar dan masukkan sekali susu segar.
4. Kisar sehingga hancur.
5. Tuangkan ke dalam gelas dan boleh disejukkan terlebih dahulu atau dihidangkan terus.
Tips:
1. Jika anda gunakan kurma yang lembut dan manis, makan susu kurma anda akan lebih umph! Jika anda suka bereksperimen, bolehlah anda tambahkan bahan-bahan tambahan yang dinyatakan tadi.
2. Susu kurma ini juga perfect untuk ibu-ibu mengandung dan menyusukan anak. Juga terbaik untuk anda yang sedang berdiet kerana ia mengenyangkan dan mengekang rasa lapar untuk tempoh yang panjang.
3. Susu kurma ini boleh juga anda ambil semasa berbuka terutama sekali jika anda mahu solat Marghrib terlebih dahulu sebelum makan.
Selamat mencuba! - LadyS
Kredit: Facebook (Lubok Selera)