Kita semua pendosa .Sebab tu
solat taubat kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang. Rasa bersih. Selepas
itu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati macam seronok.Tak nak lagi
buat dosa-dosa lama. Tu Insha AllaH tanda taubat AllaH dah terima.
Waktu Sesuai Solat Taubat
Waktu melakukan solat sunat taubat
ialah bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan solat.
Walau bagaimana pun, solat ini
lebih afdhal dilakukan selepas tengah malam sewaktu Qiamullai (bangun pada 2/3
malam untuk beribadat kepada Allah)
Cuma apabila kita berasa bersalah
dan mahu kembali kepada Allah, maka lebih baik kembali yang dimulai dengan
amalan serta-merta.
Dan amal yang paling baik
bagi umat manusia tidak lain tidak bukan adalah solat.
TELEKUNG
SOFINA BY SOFIA ELLEN
Bagaimana cara solat taubat?
Berikut adalah cara solat taubat
yang telah di susun step by step dengan jelas supaya mudah difahami dan mudah
bagi yang baru nak mula melakukan solat sunat taubat ini.
Cara Solat Sunat Taubat
§ Bersihkan diri. Ambil wudhu.
§ Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).
§ Bila dah siap berdiri, Istighfar
dulu, yang pendek sahaja. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu betul-
betul tenang.
§
Selepas itu baru niat. (Sahaja
aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala)
BACAAN
NIAT
§ Baca do’a Iftitah dan al-Fatihah
macam biasa.
§ Rakaat pertama, baca Surah
al-Kafirun 1 kali. Kalau ada yang tak hafal Surah ni, boleh baca Surah
al-Ikhlas je.
§ Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas
1 kali. Bila sampai waktu sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan
biasa waktu sujud, kita sambung baca do’a Nabi Yunus a.s.
DOA
NABI YUNUS
§ Bacalah 10 kali atau 20 kali
atau 30 kali. Ikut suka.
§ Waktu ni dahi kita sujud menyentuh
bumi.Kita berada dalam keadaan hina sehina-hinanya sebagai hamba memohon
keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama.
§ Lepas tu baru duduk tahiyat akhir,
baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.
§ Lepas bagi salam, Istighfar lagi, boleh
baca Istighfar pendek atau yang panjang sikit.
BACAAN
ISTIGHFAR
§ Baca seberapa banyak yang kita
nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah.Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru
do’a.
§ Bila berdo’a, kita kena
betul-betul menyesal dengan dosa-dosa kita. Mohon Allah ampunkan dan terima
taubat kita. Sebagai permulaan, guna do’a sendiri dalam Bahasa Melayu.Luahkan
apa yang terbuku dekat hati tu.Menangislah.. Merayulah.. Mohon Allah ampunkan
dosa tu.
§ Bayangkan kita cuma ada satu je ni
peluang nak mintak ampun dengan AllaH.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat
belakang nak cabut nyawa kita.Kejap lagi kita m4ti..Agak-agaknya apa kita akan
mohon pada AllaH?
§ Istigfar dan baca doa. Dalam
bahasa melayu pun takpa.
§ Dah selesai berdo’a, tutup do’a
kita tu dengan;
PENUTUP DOA, SURAH AL BAQARAH AYAT
201
§ Kemudian duduk diam atas sejadah,
ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.Tengok apa yang boleh kita perbaiki
lepas ni.
Imam al-Ghazali ada cakap,
tanda hati kita sudah mula hitam;
1. Bila kita buat dosa,
kita tak rasa bersalah.
2. Hilang kemanisan beribadah
3. Hati tak makan nasihat.
Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengampun
lagi Maha Pengasih. Semoga panduan ini dapat membantu kita dalam melakukan
solat sunat taubat dengan sebaik mungkin.
Semoga Allah SWT menerima taubat
kita dan membersihkan jiwa-jiwa kita daripada kegelapan dosa dan maksiat. InsyaaAllah.
Sumber: Nuremyliya Abdullah
Diolah
oleh SOFIA ELLEN